Translate

Ahad, 31 Oktober 2010

Dun Galas : Rozali Isohak Baru Keluar Dari Peti Sejuk.


Majlis Veteran UMNO Kelantan menyangkal kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa PAS telah "ditendang" keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekitar 70-an dan bukannya PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan UMNO ketika itu. Pengerusinya, Datuk Rozali Isohak, berkata sebenarnya PAS mungkir dengan janjinya untuk tidak menubuhkan cawangan mereka di kawasan yang dikuasai oleh UMNO semasa bergabung dalam BN.



Sudah lama tidak mendengar berita daripada Datuk Rozali Isohak bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah orang kuat  Ku Li semasa 'Kapal S46' masih berbau kilang, yakni masih berkilat lagi. Setelah 'Kapal S46' siap dibina, kaptennya (Ku Li) membaca ikrarnya yang terkenal bahawa beliau tidak akan meninggalkan 'Kapal S46' walaupun hanya beliau sahaja yang tinggal di atas 'Kapal S46'.


Penolong kapten 'Kapal S46', Rais Yatim awal-awal lagi telah 'Membakar Jambatan'. Beliau 'Membakar Jambatan tersebut kerana ia menghubungkan 'Kapal S46' dengan daratan milik 'Umeno Baru'. Jika jambatan tersebut masih wujud pasti ajakan,bisikan hawa nafsu akan bermain-main difikiranya yang masih lemah itu. Ini kerana bisikan-bisikan yang dimainkan oleh 'Umeno Baru' cukup kuat.


Difikirannya pasti akan terbayang-bayang dengan 'Projek', 'Pangkat', 'Kedudukan', 'Kesenangan' dan bermacam-macam lagi kenikmatan duniawi. Tapi apakan daya, bisikan hawa nafsu yang dibawa oleh 'Umeno Baru' cukup kuat dan rugi untuk dilepaskan. Akhirnya bukan awak-awak yang meninggalkan 'Kapal S46' tetapi kapten dan orang-orang kanannya yang meninggalkan 'Kapal S46'.



Dalam keadaan kewangan yang semakin mengempis dipoket kapten 'Kapal S46' yang terpaksa menanggung makan minum awak-awak, satu pakatan dengan hawa nafsu 'Umeno Baru' telah dilakukan.  Janji-janji hawa nafsu 'Umeno Baru'  benar-benar mengasyikkan, dengan beberapa syarat dalam perjanjian yang dipanggil 'Perjanjian Setan'. 


Kapten mestilah menebuk lubang di 'Kapal S46' sehingga tengelam walau pun tiada ribut dan gelombang. Dengan sisa-sisa dari 'Kapal S46' itu pula, Rais Yatim mestilah membina kembali jambatan yang telah beliau bakar. Rozali Isohak pula mestilah membuat onar, huru hara dan menghentam sehabis-habisan keatas kerajaan Kelantan baik diluar mahu pun di dalam dewan.


Ia benar-benar mengejutkan awak-awak yang terpaksa bertempiaran terjun untuk menyelamatkan diri setelah merasakan 'Kapal S46' sikit demi sedikit tengelam. Awak-awak 'Kapal S46' merasakan bahawa kapten (Ku Li) dan orang-orang kanannya telah mengkhianati sokongan yang mereka berikan dengan sepenuh hati.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kenyataan Nik Aziz yang dari satu aspek menyebut bahawa parti itu telah ditendang daripada BN pada tahun 70-an selepas dipelawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein, dan bukannya PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO.

"PAS juga berbalah sesama sendiri, sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan Mageran iaitu Majlis Keselamatan Negara di Kelantan dan dengan keadaan itu menyebabkan pemimpin UMNO merasai PAS tidak perlu bersama BN lagi," katanya.  PAS, katanya, bergabung dengan UNO membentuk BN demi perpaduan, namun hasilnya PAS khususnya di Kelantan berpecah kepada empat iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. 


Nik Aziz dalam ulasannya seperti yang tersiar dalam laman portal Harakah Daily yang diberi tajuk "Fatwa Ikut Suka PAS: UMNO Keliru dan Terus Keliru" yang antara lain menyebut bahawa PAS dengan ikhlas menyambut ajakan masuk bergabung ke dalam BN oleh Tun Razak pada 1973 yang kemudiannya menjadi perangkap bagi PAS. 

Beliau sepatutnya sedar bagaimana sikap Umno terhadap rakan-rakan (parti) apabila ia mendapat kembali pengaruhnya. Lihatlah kepada dirinya sendiri sebagai contoh setelah berada didalam Umno sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan isu PAS 'ditendang' keluar dari Barisan Nasional.

Usahlah beliau memutarbelitkan fakta sejarah akan peranan sebenar yang dimainkan oleh Umno di Kelantan. Umnolah yang memainkan peranan besar  mewujudkan parti Berjasa agar mengucar kacirkan PAS. Umno berjaya dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS sehinggakan mereka "Mageran' Kelantan. Setelah berjaya merampas Kelantan dari PAS dengan menaja rakan subahat mereka (Berjasa), Berjasa dipinggirkan sehinggalah ianya terus lenyap tanpa batu nisan.

Alasan berhubung dengan penubuhan cawangan PAS dikawasan Umno hanya sebagai penyedap cerita sahaja. Seperti juga alasan yang mereka berikan untuk membubarkan Semangat 46 yang beliau sendiri adlah antara wataknya. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular