Translate

Ahad, 31 Oktober 2010

Dun Galas : Tindakan Yang Tidak Beradab Bekas Calon BN.


Lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah bekas ADUN Galas dari Parti Semangat 46, Haji Omar Mohamad hari ini dicemari oleh insiden maki hamun oleh bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris.

Tuan Guru yang hadir selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Maahad Muhammadi Gua Musang tengah hari tadi. Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Sebaik tiba Haji Omar menyambut mesra kehadiran Tuan Guru dan mempersilakan Tuan Guru serta rombongan masuk ke rumahnya. Ketika para tetamu bersalaman dengan Tuan Guru, Nor Idris yang telah tiba terlebih dahulu enggan berbuat demikian. Beliau sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP". Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak Mursyidul Am PAS itu berdebat dengannya.

Datuk Mohd Amar cuba menenagkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu. Tuan Guru hanya membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata Tuan Guru sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik". Sebaik air minuman dihidangkan oleh tuan rumah, tuan guru meminta Nor Idris untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Haji Omar yang hanya memerhatikan telatah Nor Idris itu menyatakan tindakan tersebut boleh mencemarkan imejnya sebagai tuan rumah. Dato' Amar ketika ditemui pula menyatakan rasa kesalnya atas tindakan kurang sopan Nor Idris itu. Beliau mempersoalkan mengapa Nor Idris sebagai tetamu tidak dapat mengawal emosinya sedangkan tuan rumah tiada masalah dengan Tuan Guru.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular