Translate

Sabtu, 13 November 2010

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.10)


GAMBAR DARI ARKIB 



Seorang penulis jurnal Ruth Anderson menggambarkan imej-imej ketidakperikemanusiaan dari Intifada Aksa di dalam The Palestine Chronicle, yang diterbitkan di Palestin: 



Tiada siapa pun yang menyebut tentang lelaki muda yang baru berkahwin yang keluar berdemonstrasi hanya untuk mati syahid meninggalkan isterinya sebagai balu. Tiada siapa pun yang menyebut tentang orang muda Palestin yang dihentak kepalanya oleh Israel dan lengannya dipatahkan sebelum disembelih dengan kejam. Tiada siapa pun yang menyebut tentang budak lelaki kecil berusia 8 tahun yang ditembak mati oleh askar Israel. Tiada siapa pun yang mengatakan bagaimana penduduk Yahudi yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan diberi semangat oleh kerajaan Barak, menyerang perkampungan Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun serta membunuh penduduk awam Palestin. Tiada siapa pun yang menyebut tentang bayi-bayi Palestin yang mati apabila rumah mereka dibom dalam serangan-serangan udara atau yang ditangkap di dalam serangan bertubi-tubi peluru Israel ketika mereka sedang enak dibuai mimpi. Semua orang tahu bahawa bayi-bayi itu tidak boleh melontar batu. Semua orang tahu kecuali Israel dan Amerika.14

Maklum balas dari Ehud Barak, perdana menteri ketika itu, terhadap senario kebinatangan yang berlaku di Palestin amat menarik sekali sebagai refleksi pandangan kerajaan Israel. Beliau dengan mudah berkata bahawa beliau tidak kisah bagaimana konflik di Gaza, Tebing Barat dan zon-zon lain akan berakhir dan segala macam cara yang digunakan untuk menentang rakyat Palestin adalah berasas. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak berminat tentang berapa ramai rakyat Palestin yang mati, sebaliknya beliau hanya bimbangkan keselamatan rakyatnya sahaja.15
ISRAEL MENUMPAHKAN DARAH KANAK-KANAK


Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakkan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan haiwan ternakan. Allah tidak sukakan kebinasaan.
(Al-Baqarah, 2:205)
Respons dari E. Eytan, seorang jeneral dalam pasukan askar Israel, adalah lebih provokasi. Beliau menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menyesal terhadap apa yang telah dilakukan dan mereka bersedia menggunakan apa jua cara untuk menjaga keselamatan orang-orang mereka dan juga askar-askarnya. Beliau juga berkata bahawa arahan telah dikeluarkan kepada pasukan askar supaya menggunakan senjata untuk menentang penunjuk perasaan Palestin dan mereka mesti ditembak di kepala dan dada untuk menanam rasa takut kepada populasi Palestin.16
Kenyataan-kenyataan di atas yang datang dari orang-orang kuat Israel adalah penerangan munasabah paling jelas tentang mentaliti yang kejam ini. Perangkaan menunjukkan bahawa kebanyakan askar Israel telah menjalankan arahan yang diterima dengan berkesan sekali. Berdasarkan kepada laporan Pertubuhan Kesihatan Palestin, 34 peratus daripada lebih 400 orang yang dibunuh dalam Intifada Aqsa berumur bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah 47 peratus daripada mereka yang mati tidak terlibat langsung di dalam demonstrasi atau pertempuran. 38 peratus daripada mereka yang tercedera di Tebing Barat telah ditembak dengan peluru hidup, dan 75 peratus telah ditembak di bahagian badan yang atas. Di Semenanjung Gaza, 40 peratus dicederakan oleh peluru hidup, dan 61 peratus daripada mereka ditembak di bahagian atas badan, atau dengan kata lain di bahagian dada. Jumlah keseluruhan mereka yang cedera melebihi 10,000 orang. Dalam 1,500 orang menderita kecacatan yang kekal. Hospital tempat mereka dirawat juga sering diserang. Secara total, 1,450 telah ditahan, dan 750 dari mereka masih berada di dalam penjara-penjara Israel.

Dalam 2,760 buah bangunan mengalami kerosakan teruk. Daripada bilangan tersebut, 773 merupakan rumah kediaman rakyat Palestin, 180 telah musnah sama sekali. Daripada bangunan yang musnah, 29 adalah masjid, 12 gereja dan 44 tempat mengambil air. 41 buah sekolah tidak boleh digunakan sama sekali, dan 4 daripadanya digunakan sebagai gudang askar Israel. Tiga puluh buah bangunan sekolah telah dibakar oleh askar Israel. Keadaan ini membawa kepada kerosakan yang dianggarkan bernilai $400,000.


Selama bertahun-tahun, pasukan askar Israel telah melakukan pembunuhan kejam ke atas mereka yang tidak bersenjata, termasuklah kanak-kanak, tanpa ada sebarang perasaan kasihan.
Akhir sekali, 45 pelajar telah dibunuh ketika berjalan pulang ke rumah sewaktu dua bulan pertama tercetusnya Intifada al-Aqsa.17 

Semua fakta statistik ini merujuk kepada satu hakikat nyata: Kerajaan Israel terlibat dalam polisi penghapusan rakyat Palestin yang sungguh sistematik dan jelas. Perangkaan-perangkaan di atas menunjukkan bahawa askar Israel tidak menggunakan senjata mereka untuk menghapuskan ancaman kepada keselamatan penduduk awam, tetapi digunakan untuk membunuh dan mencederakan. Kebanyakan daripada kanak-kanak yang dibunuh dan dicacatkan telah ditembak di bahagian kepala atau dada, atau yang lain dari belakang. Adalah jelas bahawa tiada askar yang tujuannya hanya mahu menurut arahan akan menembak manusia di bahagian kepala atau dada, atau dari belakang apabila mereka melarikan diri. 

Tidak ragu-ragu lagi bahawa tindakan keganasan menyerang penduduk awam oleh beberapa kumpulan radikal Palestin sebagai tentangan kepada penindasan Israel adalah tidak berjustifikasi, dan kami seharusnya mengutuknya. Serangan-serangan tersebut biasanya menjadi kritikan dunia secara besar-besaran dan lebih membawa keburukan dari kebaikan kepada pihak Palestin. Namun, harus diingat bahawa detik permulaan yang membawa kepada tercetusnya tindakan keganasan ini ialah pendudukan rakyat Israel. Sebelum 1967, dengan kata lain sebelum Israel menduduki wilayah Palestin, Israel tidak berhadapan dengan sebarang ancaman keganasan. Pendudukan Israel dan strategi "pembersihan etnik" telah melahirkan dan membenarkan kewujudan terorisme rakyat Palestin.

Namun demikian, umat Islam mesti bersikap seperti yang diarahkan oleh Allah dan dipandu oleh sunnah Nabi Muhammad s.a.w., di setiap waktu kehidupan mereka. 
Taburan umur mereka yang dibunuh
Bilangan
%
Bahagian Tercedera
Bilangan
%
Bawah 15
60
14.9
Kepala dan tengkuk (termasuk 9 orang yang ditembak dari belakang)
154
41.8
16-18
75
18.7
Dada (termasuk 12 orang yang ditembak dari belakang)
Perut
117
31.8
19-29
176
43.8
Keseluruhan badan secara umum
32
8.7
30-39
50
12.4

Lengan
61
16.6
40-49
18
4.5
4
1.1
Atas 50
23
5.7
Jadual menunjukkan jumlah mereka yang terkorban sepanjang Intifada al-Aqsa, dan tempat mereka dicederakan. Ia jelas menunjukkan bahawa askar-askar Israel menjadikan kanak-kanak dan golongan muda sebagai sasaran, serta menembak lebih banyak di bahagian kepala dan dada bagi memastikan mereka terbunuh.

Bersambung.......


Harun Yahya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular