Translate

Selasa, 1 Februari 2011

Mossad Dan CIA Mula Menyusup Masuk Krisis Asia Barat.

IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. 

Setelah rejim Tunisia tumbang ditangan kuasa rakyatnya, ia telah merebak ke negara Mesir yang diperintah secara kuku besi oleh rejim Hosni Mubarak. Rejim Hosni Mubarak dijangka tumbang pada bila-bila masa dari sekarang walaupun beliau masih mendapat sokongan daripada jenderal-jederalnya.

Kebangkitan rakyat Mesir sudah tidak boleh dihalangkan lagi walau pun rejim Hosni Mubarak cuba meredakannya dengan memecat beberapa menterinya. Apa yang rakyat Mesir mahukan ialah rejim Hosni Mubarak mesti meletak jawatan atau beliau akan digulingkan.

Perkara ini amat membimbangkan rejim Israel dan Amerika yang menjadi sekutu kuat rejim Hosni Mubarak. Jika jatuhnya rejim Hosni Mubarak, ia akan memberi impak yang besar kepada negara haram Israel. Apa yang ditakuti oleh rejim Israel dan Amerika ialah kebangkitan Islam melalui Ikhwam Muslimin yang sudah berpuluh-puluh tahun ditindas oleh rejim Hosni Mubarak.

Hosni Mubarak yang memerintah secara kuku besi selama 30 tahun setelah mengantikan Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu majlis perarakan oleh pengerakan Islam kerana mengkhianati rakyat Palestin dan umat Islam dengan menjadi boneka/sekutu rejim Israel.
  
Malah beliau juga yang mengarahkan agar tembok dibina untuk menghalang rakyat Palestin mendapatkan pelindungan daripada pembunuhan dan penyembelihan yang dilakukan oleh rejim Isreal Laknatullah terhadap saudara Palestin mereka..

Terowong-terowong disempadan Mesir yang digali oleh rakyat Palestin untuk mendapat bekalan makanan telah di bom atas arahan rejim Hosni Mubarak dengan bantuan daripada rejim Israel Laknatullah. Walaupun protes dimulakan kerana desakkan hidup yang semakin meruncing tanpa ada apa-apa tindakkan oleh rejim Hosni Mubarak yang mengamalkan kronisma, tetapi ia terus merebak kepada pembelaan kepada rakyat Palestin.

Mossad dan CIA mula memainkan perana mereka dengan menyusup masuk dalam usaha mereka untuk menghalang Ikhwam Muslimin dari mengambil alih pemerintahan Mesir dan Tunisia. Diperingkat diplomatik pula, rejim Israel telah melobi negara-negara barat agar memberi sokongan mereka terhadap rejim Hosni Mubarak.

Apakah akan lahir seorang lagi Shalahuddin Al-Ayubi untuk pembebasan bumi Palestin daripada rejim Israel dan sekutu-sekutunya dari bumi para Ambi'ya?. Sejarah telah memperlihatkan akan kebijaksanaan Salahuddin Al-Ayubi merampas kembali bumi Palestin kembali kepada umat Islam.

Apa yang berlaku dizaman Salahuddin tiada bezanya dengan zaman sekarang. Walau pun negara haram Israel dikelilingi negara-negara Arab yang mengaku Islam, tetapi mereka hanya melihat sahaja rakyat Palestin di bunuh dan disembelih oleh rejim Israel Laknatullah. 

Pemimpin-peminpin Arab bukan sahaja melihat kekejaman rejim Israel, malah mereka sendiri memberi sokong yang padu kepada rejim Israel. Mereka membina tembok-tembok agar rakyat Palestin tidak dapat melarikan diri untuk mendapat perlindungan.

Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan bumi Palestin dan Baitumuqadis bukan perkara yang mudah dikala umat Islam berada seperti dizaman sekarang ini. Kerana itulah beliau menumbangkan pemimpin-pemimpin yang lemah dan melantik pemimpin-pemimpin yang beriman memerintah negara dalam pada itu beliau berjaya menyatukan umat Islam menjadi satu pasukan yang kuat.

Inilah yang menakutkan rejim Israel dan Amerika setelah rejim Tunisia tumbang dan ia merebak kepada sekutu dekatnya Mesir. Apa yang pasti akan rejim Hosni Mubarak akan tumbang dengan tentera akan menyebelahi kuasa rakyat Mesir walau pun jeneral beliau masih menunjuk taat setia.
Berkemungkinan di Algeria pun akan belaku protes rakyat yang mana kemenangan Parti Islam Algeria (FIS) pada pilihan raya 20 puluh tahun dulu telah dihalang oleh pihak tentera dengan sokongan Perancis. FIS telah dihalang daripada membentuk kerajaan Algeria yang sah setelah keputusan tersebut dibatalkan oleh pihak tentera malah para pemimpin tertinggi FIS dipenjara dan diseksa.

Sabagai umat Islam yang sudah lama ditindas, baik diluar negara mahu pun di bumi Malaysia ini, kita tetap bersama-sama dengan umat Islam di seluruh dunia menyokong penuh apa yang dilakukan oleh rakyat Tunisia, Mesir, Algeris dan beberapa negara lagi akan menyusul....... Insyaallah.
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular