APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Isnin, 21 Mac 2011
Sekitar Pengusungan Jenazah Bonda Yang Di-Pertuan Agong.
Angkatan Tentera Diraja Malaysia mengusung jenazah bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengiringi bonda baginda yang mangkat, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah di Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan mengaminkan doa semasa bonda baginda yang mangkat, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah sebelum berangkat melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, hari ini.
Turut berangkat Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahamd Shabery Cheek dan Yang di Pertua Melaka Tun Khalil Yaakob dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bonda baginda mangkat di Hospital Seri Kota, Klang, Selangor pada 1.22 pagi tadi dan dibawa pulang menaiki pesawat C130 TUDM ke Istana Maziah, Kuala Terengganu untuk penghormatan terakhir dan urusan pengebumian.(Sumber)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Peranan Komunis China yang Anti-Islam di Timur Jauh Penindasan berdarah yang dikenakan ke atas umat Islam Uighur Turki di Turkestan Ti...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Apabila saya melayari Utusan Malaysia untuk artikel, ' Muhyidin nafi jual tanah kepada Singapura '. Apa yang saya dapat ialah.... &...
-
(Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi) PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicar...
-
Nama: Nasir Abdullah a.k.a Nasir Uban Alamat: 5106, Kampung Sireh, Bawah Lembah, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Umur: 40-50 Perna...
-
Semasa saya masih dibangku sekolah, guru sejarah saya banyak berceritakan tentang sejarah yang tidak ada dalam buku sejarah yang dibekalkan...
-
Kesemua 52 orang termasuk seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan kerana melanggar arahan polis dengan cuba meneruskan perarakan pr...
-
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang Murtad: Kemana Arah Sasarannya. SATU himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yan...
-
Gerakan Anti Najib/Rosmah Dari Pekida Jadi Pukida, Samseng Kampung Pinang Sebatang Batu Dua. Nampaknya puak-puak ce...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan