Translate

Sabtu, 28 Mei 2011

Benarkah Ketua Pemuda Umno tahi Hidung Masing ?.


ASET RM2.8 BILION, HUTANG RM30K TAK BOLEH BAYAR?


Sumber MRCB memberitahu, ada masalah yang berlaku dan amat memalukan. Kisahnya hutang telefon RM30K yang sepatutnya dibayar, dikatakan tidak mampu walhal Ketua Pemuda dikatakan memiliki aset bernilai lebih RM2.8 bilion.


Nampaknya masing-masing mula nak lepas tangan dalam membayar hutang. Walaupun khabarnya si Ketua akan menghantar namanya untuk mencalonkan dirinya sekali lagi, hutang sekecil itu pun khabarnya tidak mampu dan tidak mahu dibayar.

Benarkah Ketua Penerangan dan Ketua sayap berkenaan tidak mampu membayar hutang atau pun sememangnya cuba menimbulkan satu persepsi baru terhadap parti yang mereka sendiri menjadi pemimpinnya.

Salah seorang Ketua Pemuda Bahagian di Utara yang enggan namanya disebut yang berasa bertanggungjawab telah mencadangkan kempen untuk mengutip RM158 seorang daripada 191 Ketua Pemuda Bahagian di seluruh negara untuk membayar hutang berkenaan.

Apa punya Ketua Pemuda ler.... kedekut! Taik hidung masin! Apa sangatlah RM30k berbanding RM2.5 bilion. Masa bertanding bukan main janji... tabur bulan bintang, mengalahkan Anwar Ibrahim.

Ketua-Ketua Pemuda Bahagian, minta tolong sahkan berita ini... 
Sumber; TFK

Lynas: Jika Bahaya, Kenapa Perlukan R&D Untuk Menguruskan Sisa Buangan...!!!


Lynas Corporation dari Australia akan memperuntukkan sebahagian daripada perolehan daripada loji miliknya di Gebeng, Pahang, yang menjadi kontroversial sekarang, untuk membantu Putrajaya menaja penyelidikan menguruskan toksik nadir bumi dengan selamat, kata sumber-sumber kerajaan. 



Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, Lynas diminta membayar kerajaan satu jumlah daripada keuntungan bersih tahunannya untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan bidang pengurusan dan pelupusan sisa buangan radioaktif atau mengadakan bayaran sekuriti. 

Buat masa sekarang, produk-produk sisa buangan nadir bumi hanya boleh ditanam, dikitar semula atau diubah menjadi bahan-bahan bukan radioaktif, meskipun kebanyakan operasi kecil-kecilan di China melepaskan toksik ke dalam aliran bekalan air umum. 

Difahamkan bahawa keperluan itu diketengahkan sebagai satu syarat bagi lesen produksi Lynas oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom  (AELB) ketika satu pertemuan yang turut dihadiri wakil Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti). 

Sementara sumber memberitahu bahawa AELB, bukannya Mida atau Miti, yang bertanya tentang soal keselamatan, dana sekuriti itu tidak boleh dianggap sebagai bayaran ganti rugi terhadap kemungkinan bahaya sisa-sisa buangan yang kemungkinan terhasil daripada aktiviti pemprosesan nadir bumi di lojinya di Gebeng dekat Kuantan. 

“Ini bukan dana ganti rugi,” kata sumber itu. 

Minggu lalu, Lynas memberitahu The Malaysian Insider, ia telah meletakkan deposit dengan Putrajaya untuk memastikan pengurusan yang selamat sisa buangan sebagaimana diperlukan oleh AELB. 

Bagaimanapun syarikat itu tidak mengulas mengenai deposit atau mendedahkan jumlah yang ia bayar kepada AELB, yang dicaj oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk melulus dan memantau industri radioaktif. 

Bagaimanapun Ketua Pengarah AELB Raja Abdul Aziz Raja Adnan dengan segera menafikan agensinya ada meletakkan deposit sebagai satu syarat. 

“Ia tiada kaitan dengan AELB. Anda kena pastikan dengan Mida, pastikan dengan Miti,” katanya kepada The Malaysian Insider.

'Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang'

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.
NONEMenurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.

“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.
NONEBeliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.
NONE“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”. MK

Jumaat, 27 Mei 2011

RON95, Kemenangan Sementara Buat Rakyat.


















Tekanan demi tekanan dari laman blog, laman sosial dan terus dari orang ramai telah berjaya menidakkan kenaikkam harga petrol RON95. Yang pasti kemenangan ini hanyalah sementara kerana kerajaan masih gatal untuk menaikkannya dan ia pasti akan dinaikkan, cuma menunggu masa sahaja.

Inilah kelebihan pada era internet yang mana rakyat cakna akan keadaan sekelilingnya. jika perkara ini terjadi pada tahun 80 an, pasti kerajaan akan menaikkannya sewenang-wenangnya kerana mereka mengawal semua media massa elektronik dan cetakan. Mahu tak mahu rakyat terpaksa menerimanya walau pun kehidupan dihimpit kemiskinan.

Ada suatu yang tidak kena apabila minyak dibahagikan kepada dua iaitu RON95 dan RON97 dengan harga yang amat ketara. Apakah ianya satu taktik kerajaan untuk memansuhkan RON95 kerana dengan perbezaan harga sebanyak 80 sen, secara logik rakyat pasti memilih RON95. Dengan mengurangkan subsidi kepada RON97 maka stoknya pasti berlebihan atau tidak laku dan kerajaan tidak mendapat apa-apa walau pun ianya dinaikkan sehingga RM 4.00 seliter. 

Jadi jalan terbaik yang kerajaan lakukan ialah dengan memansuhkan RON95 dan sebenarnya sekarang kerajaan yang dipimpin Umno sedang mengakali rakyat. Rakyat sedang di main-mainkan oleh kerajaan BN dalam usaha mereka untuk kekal berkuasa pada PRU 13 dengan melakukan ugutan kenaikan harga barang.

Adakah kerajaan yang diterajui oleh Umno mengambil kesah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana bagi mereka naik atau tidak, mereka langsung tidak merasainya. Sebagai contoh tol, seorang bekas menteri dari utara yang pertama kali membayar tol telah mengatakan, 'Betapa mahalnya tol dan ia betul-betul membebankan rakyat'.

Inilah pertama kali seorang bekas menteri kabinet sedar bagaimana rakyat terpaksa menanggung beban setiap hari. Semasa menjawat jawatan menteri, semua keperluan hidup ditanggung oleh kerajaan yang mana sumber kewangan itu adalah dari rakyat. Mereka sentiasa menyalahkan rakyat dengan bermacam-macam gelaran diberi sedangkan mereka sendiri tidak merasai apa yang rakyat rasai.
azlan

Mereka menegur rakyat agar berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, tetapi lihatlah kediaman rasmi mereka yang penuh dengan cahaya bergemilang mengelilingi pagar-pagar disepanjang kediaman mereka, tidakkah itu satu pembaziran. Jika rakyat marhaen terpaksa membayar bil elektrik sebanyak RM 50-70 sebulan, berapa ribu pula elektrik yang telah mereka gunakan untuk mencahayakan kediaman mereka. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul, mereka sendiri adalah pembazir yang tegar.

Jadilah Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh pemimpin dalam penggunaan cahaya. Yang pasti ianya pasti tidak berlaku kerana kehidupan dengan kemewahan sudah berakar umbi dalam diri para pemimpin Umno/BN. Bila ada pemimpin pembangkang bukan Islam ingin mengambil contoh pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bermacam kutukan dan cacian diberi oleh pemimpin Umno, media pencacai dan para blogger terhadap pemimpin itu.

Hanya satu sahaja jalan yang rakyat ada ialah menguburkan terus pemerintahan Umno/BN pada PRU 13 nanti.

Khamis, 26 Mei 2011

Nik Aziz: SPRM, jangan kaitkan saya dalam siasatan menantu



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz (gambar) berkata beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

“Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya.

“Itu tak betul,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan selaku Menteri Besar sejak 1990 ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK.

Justeru, Nik Aziz berkata, adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata, siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Siastaan itu dibuka pada akhir 2009.

Pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Aziz.
 Insider

Salam Berjuang.

Sajak ini saya nukilkan buat pejuang-pejuang yang tidak pernah berputus asa dalam menegakkan yang haq. Walau apa pun rintangan yang telah dihadapi dan dengan segala cercaan yang telah mereka terima dan mereka menerimanya dengan berlapang dada. Mereka berjuang tanpa mengharapkan duniawi tetapi kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. semata-mata. Siapalah kita, tanpa mereka yang telah banyak berkorban dan menyedarkan kita apakah ertinya perjuangan. Sesungguhnya berbahagialah mereka yang terdahulu dari kita. Semoga ia menjadi panduan buat kita semua......... salam berjuang buat saudara dan saudari, muslimin dan muslimat....

Cantiknya ia tiada tandingan
Ibarat bidadari tiada samakan
Bercahayanya ia indah gemilang
Jika terpandang nescaya pengsan
Ketahuilah kamu wahai insan
Barang didunia tiada samakan
Nyata ia sembilan puluh sembilan
Tiada siapa dapat memandang
Menyesalkan kamu wahai insan
Berdirilah kamu wahai insan
Berserulah kamu pada tuhan
Berdoalah kamu kepada tuhan
Ruku'lah kamu mengbongkok badan
Tak kala berdiri ia menghilang
Tahyatlah kamu wahai insan
Angkatlah tangan kamu tadahkan
Mutiara ditangan kamu kirakan
Jangan buat alang kepalang
Tujuh ribu satu malam
Jika dapat jangan bermegahan
Susah pula hendak pujukkan
Barulah ada kasih dan sayang
Mutiara bukan intan pun bukan
Dirasanya ada pandangnya hilang
Hendak dipegang cahayanya hilang
Bukannya tinggi mengawan
Bukannya benda jadi jualan
Mengapa yang salah dirahsiakan
Itulah dia jadi idaman
Kalau tak dapat yang diidamkan
Takkala kamu sembahyang
Takkala ia tinggi mengawan
Supaya ia jangan berjauhan
Lelakikah ia atau perempuan
Mudah-mudahan ia datang
Doakan saja apa yang dihajatkan
Bukan seratus hendak dibayarkan
Seribu dua tiada samakan
Barulah dapat yang dirahsiakan
Kelak ia lari kehutan
Tasbih seribu jadi pakaian

Nukilan Musafirlalu

Nik Aziz dakwa Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya. Insider

Rabu, 25 Mei 2011

Subsidi IPP: Lagi Pembohongan Dan Penipuan BN.



DAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

NONESetiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Sikap tak bertanggungjawab BN

“Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.
Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

azlanKatanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.
Tipu diri sendiri

“Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

azlanSebagai contoh, menurut Lim kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini, katanya tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

“Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

“Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga,” katanya lagi. MK

Selasa, 24 Mei 2011

Subsidi: Siapa yang Untung, Rakyat Atau Kroni...!!!


Subsidi adalah topik yang hangat di perkatakan sekarang baik dari pihak media mahu rakyat marhaen. Seperti biasa akhbar pencacai akan memainkan isu ini untuk menyokong hasrat kerajaan untuk mengurangkannya. Mungkin perkataan subsidi kurang difahami oleh sesetengah rakyat marhaen tetapi ia cukup sinonim dengan syarikat-syarikat besar yang diapungkan di Bursa Saham.

Seperti kata seorang yang bergelar orang kampung, 'Kerajaan pandai, kalau dia nak naik harga barang mereka akan naikkan harga minyak sahaja maka semua barangan lain akan naik'. Itu kata orang kampung yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi prihatin terhadap isu semasa.

Sekarang para menteri cuba menerangkan kepada orang ramai bahawa pada tahun ini kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak hampir RM 20 bilion berbanding RM 10 bilion pada tahun lepas. Kata-kata orang politik yang meminta simpati rakyat betapa beban kerajaan semakin bertambah kerana subsidi sudah menjadi candu kepada rakyat. Apakah benar apa yang dikatakan bahawa rakyat sudah ketagih subsidi atau mereka cuba melindungi para kroni-kroninya.

Mungkin rakyat tidak mengetahui bahawa subsidi untuk IPP atau Pengeluar Tenaga Bebas telah diberi subsidi sebanyak RM 22 bilion setahun dalam urus niaga berat sebelah dengan TNB. TNB terpaksa membeli tenaga yang dikeluarkan oleh IPP dengan harga yang tinggi walau pun tenaga yang dimiliki sendiri pun sudah berlebihan. Mahu tak mahu TNB terpaksa membayarnya apa keadaannya sekali pun.

Siapa pemilik saham besar dalam syarikat IPP tersebut jika bukan bilioner yang tersenarai orang-orang terkaya di Malaysia. Inilah sebenarnya orang yang telah menjadikan subsidi sebagai candu dengan dilindungi oleh pihak kerajaan dan yang menjadi mangsanya ialah rakyat. Petronas terpaksa memberi subsidi gas yang dibeli dengan harga mahal dan menjual dengan harga murah kepada syarikat milik bilioner-bilioner ini. Kesudahannya rakyat disalahkan kerana dikatakan terlalu bergantung pada kerajaan.

Dalam masa tiga tahun ini, rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup sebanyak 33 peratus tetapi bagi kakitangan kerajaan, tiada langsung kenaikan gaji berlaku sejak sepuluh tahun lalu. Sudahlah bonus tahunan hanya RM 1000 dengan dua kali bayar berbanding dengan kakitangan swasta yang ada mendapat dua bulan gaji. Di manakah keadilan yang dilaung-laungkan oleh kerajaan kononnya rakyat didahulukan.

Dengan ura-ura harga minyak, gas dan elektrik akan dinaikkan, beban rakyat marhaen semakin bertambah. Inilah jasa Umno/BN untuk rakyat kerana membantu memberi bebanan yang berganda dengan menjurangkan lagi antara yang kaya dan yang miskin. Tanyalah berapa gaji para menteri dan timbalan menteri yang segala keperluan ditanggung setiap bulan dan masih bergaji RM 50-52 ribu sebulan.

Lihatlah pula rumah para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka, adakah nilainya RM 100 ribu yang bagi rakyat marhaen angka yang cukup besar. Bagi Rosmah, nilai RM 100 ribu hanya untuk melelapkan mata selama sehari sahaja kerana egonya sebagai 'First Lady'. Mereka berlumba sesama sendiri membina istana-istana yang besar sehingga ada yang mencecah puluhan juta. Dari mana sumber yang mereka dapat untuk membina istana-istana besar-besar itu.

Sejak era Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga ke era Najib, lebih RM 300 bilion duit rakyat lesap disamun oleh para pemimpin Umno/BN dan kroni-kroni mereka. Apakah rakyat masih tidur atau masih mamai dek kerana RM 50 yang dimasukkan ke dalam poket oleh penyamun-penyamun ini setiap kali pilihan raya. Kerana RM 50, segala kutukan dan makian yang di laungkan kepada Adun dan MP Umno/BN yang menghilang diri selepas menang pilihan raya pun hilang sama dek tepukan dibahu menagih undi.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia, jika kebajikan anda sudah diabaikan dengan alasan mengurangkan ketagihan candu (subsidi), maka sudah tiba masanya untuk mereka direhatkan kerana mereka sudah tidak lagi pandai mengurus negara. Gunakan kuasa anda untuk menolak kerajaan yang korup dan hadapkan mereka semua ke muka pengadilan untuk mengembalikan harta yang telah mereka samun.

Rm 6 Bilion Dari KWSP, Adakah Felda Sudah Hampir Muflis.

















Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.


Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.

Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut “permohonan sara hidup yang dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka, jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.”

Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu diperoleh.

Justeru tambah Mazlan (gambar), pihaknya mempersoalkan tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut penjelasan.

“Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Dakwaan Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.

“Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya pada sidang media di sini.

Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.

“Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.

“RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku,” kata Mazlan.

Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.

“Kita mahu tahu kebenaran,” kata beliau.

Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).

“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.

“Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat? Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh,” soalnya.
Insider

Tuan Ibrahim ubah fikiran, sah tanding timbalan presiden PAS


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu.


Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah berfikir secara mendalam untuk bertanding jawatan itu walaupun mengakui sebelum ini tidak bercadang untuk turut serta menyertai pertandingan.

Ekoran keputusan ini, jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru selepas penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu telah mengesahkan pendirian masing-masing.

"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan timbalan presiden PAS dengan hati yang terbuka dan pada masa yang sama saya menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.

"Saya ingin merakamkan ucapan  terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya, dengan rendah diri saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama," kata Tuan Ibrahim dalam entri blognya.

Tuan Ibrahim (gambar) menang jawatan naib presiden dalam percubaan kali pertama dua tahun lalu.

Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, beliau sebenarnya tidak berniat untuk bertanding jawatan itu namun ekoran pencalonan yang memberangsang daripada kawasan-kawasan beliau terpaksa memikirkan semula hasrat itu.

"Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai naib presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

"Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ia suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.

Selain Nasharudin, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.

Sehingga kini, hanya Nasharudin dan Mohamad Sabu mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden manakala Salahudin membayangkan akan hanya mempertahankan jawatannya sekarang iaitu naib presiden.

Kesemua calon-calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pemilihan PAS dijangka akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding pada 27 Mei ini.

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

"Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam," kata Tuan Ibrahim. Insider

Anwar kembali ke tirai besi?

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.
NONEKetika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.

Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI:
Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?


DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?
DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?


DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?


DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.


DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?


DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?


DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan MK

Minyak Naik Atau Naik Minyak, BN Patut Di Tolak Pada PRU 13.





























Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.

Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.

“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau  berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri  berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama. Insider

Isnin, 23 Mei 2011

Jika Ini Benar, Bagi Saya Ia Sungguh Menyedihkan Terhadap Insan Yang Melakukan Tanpa Mengharapkan Apa-Apa Imbuhan.



Top Ranking Online (TRO) adalah laman yang membuat carta ranking blog-blog yang terdapat di Malaysia. Laman tersebut cukup terkenal buat seketika sebelum ianya diserang virus dan tidak boleh diekses oleh pemiliknya. Sebelum diserang webmaster TRO sempat melahirkan dua lagi laman TRO 1 dan TRO 2 tetapi datanya yang ada pada TRO masih belum sempat dipindahkan kelaman terbaru beliau.

Setelah tidak dapat menghubungi beliau melalui handphone peribadinya, gua ke rumahnya tetapi sepi kerana gua tahu beliau sedang sakit kuat semasa lawatan gua 2-3 minggu yang lepas. Beliau ada memberitahu gua yang beliau mengidap penyakit misteri yang mana doktor pakar sendiri buntu terhadap penyakit yang beliau hadapi.

Mengikut beliau, doktor pakar hanya membekalkan beberapa jenis ubat tidur dan juga ubat penahan sakit. Beliau juga telah di nasihatkan oleh doktor pakar agar berehat selama 3 bulan dari melakukan apa-apa aktiviti terutama berkaitan komputer. Walau bagaimana pun beliau berjanji akan meneruskannya selepas beliau sihat, itu janji beliau kepada gua dan gua ada maklumkan kepada blogger Aku Dan Teksi.

Sebelum beliau jatuh sakit, beliau sempat melahirkan satu lagi laman TRO iaitu Top Ranking 100 untuk menampung data yang terlalu banyak. Antara individu yang banyak membantu beliau memulihkan kembali laman TRO ialah blogger Aku Dan Teksi. Jika tidak silap gua, beliau sempat melihat kembali laman yang telah dibaik pulih oleh blogger Aku Dan Teksi tetapi tidak sempat mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana masalah kesihatan.

Mungkin blogger Joyiman lebih mengetahui tentang perkara ini. Apa pun jika benar gua ingin mengucapkan takziah terhadap keluarga beliau semoga tabah dalam menghadapi segala dugaan. Gua puji apa yang telah beliau lakukan untuk menceriakan dunia blogger tanpa memihak mana-mana parti politik. 

Walau pun beliau lakukan tanpa mengharapkan upah, masih ada yang berhati bucuk menuduh beliau mempunyai kepentingan dalam usahanya. Jika gua tak silap, blogger Musafirlalu ada menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadap webmaster TRO dengan sokongan blogger Bersama Mazidul dan beberapa blogger yang lain. Marilah kita bersama-sama tanpa mengira ideologi untuk sedekahkan surah al-Fatihah untuk beliau...... Al-Fatihah. Jika ada yang sudi meringankan beban keluarga dan menghargai apa yang beliau lakukan, bolehlah melakukan sumbangan yang telah gua letak diatas kiri blog gua. Antara blog yang beliau lahirkan ialah..

P/S- TOLONG SEBARKAN KERANA BELIAU ADALAH RAKAN TERBAIK BLOGGER YANG KITA ADA. BELIAU SENTIASA MENGAMBIL BERAT TERHADAP BLOGGER TANPA PILIH KASIH ATAU MEMBURUKKAN ANDA SEMUA. BAGI BELIAU,KITALAH RAKANNYA WALAU APA PEGANGAN POLITIK KITA,  BELIAU MENYANJUNG TINGGI APA BLOGGER TELAH LAKUKAN UNTUK MENYEDARKAN RAKYAT

Ahad, 22 Mei 2011

Mahfuz gesa Najib minta maaf label rakyat ‘ketagih subsidi’


PAS mendakwa pentadbiran Najib mengalih beban akibat defisit fiskal ke atas bahu rakyat dengan memotong subsidi ke atas barang-barang keperluan asas.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Putrajaya tidak mampu mencari jalan untuk memotong perbelanjaannya tetapi rakyat pulai terpaksa “membayar subsidi kepada kerajaan untuk membayar hutangnya.”

“Ini sebuah kerajaan yang lemah, yang tidak boleh mengurangkan defisitnya tanpa membebankan rakyat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan kini mengambil wang daripada saku rakyat untuk membayar defisitnya.

Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memanggil pilihan raya tergempar tahun ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu meneruskan langkah pemotongan subsidi bagi mengurangkan beban subsidi yang dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini.

Mahfuz juga mengkriitk Najib kerana menggambarkan subsidi sebagai “candu” ketika bercakap di depan khalayak luar negara.

“Beliau memberitahu komuniti antarabangsa bahawa rakyat Malaysia ketagih subsidi. Ini satu penghinaan dan beliau seharusnya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan di London 16 Mei lalu, Najib berkata, subsidi bahan api ibarat “candu” kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi bernilai RM11 bilion tahun ini tetapi paras itu telah mengalami kenaikan, sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

“Subsidi, pada keseluruhannya, seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk; sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik,” kata beliau.

Pada Mac lalu, Najib berkata, beliau berkomited untuk memotong subsidi jangka panjang dan penjimatan seharusnya disasarkan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

“Pengurusan ekonomi yang baik dan makro membolehkan anda mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

“Maka, anda membolehkan faktor pasaran untuk memperuntukkan sumber-sumber dengan berkesan,” katanya lagi.

Dipetik laporan Reuters, Najib berkata, keperluan untuk menarik balik subsidi secara berperingkat-peringkat perlu diseimbangkan dengan keperluan Malaysia untuk mengurangkan defisit bajet.

Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengurangkan defisit sehingga 5.4 peratus tahun ini berbanding 5.6 peratus sebelum ini, kemudian sehingga 2.8 peratus menjelang 2015.

Minggu lalu, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Harga RON97 telah mengalami kenaikan 20 sen seliter awal bulan lalu.

Harga gula pula naik 20 sen sekilogram berkuat kuasa dua minggu lalu.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, subsidi kepada barang-barang keperluan asas seperti minyak dan gula tidak seharusnya dilihat sebagai herot-benyot kepada pasaran, sebaliknya ia “tanggungjawab kerajaan untuk mengurangkan beban orang ramai.”

“Ia satu mekanisme bagi pengagihan kekayaan. Kerajaan harus mengurangkan perbelanjaannya sendiri daripada menarik balik hak rakyat,” kata beliau lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim berkata kerajaan telah mengarahkan semua jabatan kerajaan agar memotong perbelanjaan ekoran peningkatan kos. Insider

Takziah, Allah Mengasihani Mereka Dengan Rahmatnya.





Dari Allah mereka datang kepada Allah mereka kembali, dari tanah mereka dicipta kepada tanah mereka dikembalikan. Takziah dari Musafirlalu terhadap mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam.

Runtuhan tanah lumpur yang merempuh sebuah rumah anak yatim di Kampung Gahal, Hulu Langat, telah membunuh 16 mangsa selepas hujan lebat monsun melanda Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya hari ini.

Sehingga 5.30 pagi tadi, 15 kanak-kanak dan seorang penjaga telah disahkan mati dan sembilan lagi cedera.
Operasi menyelamat yang bermula sejak 2.45 ptg semalam, diberhentikan buat sementara waktu pada kira-kira jam 5.30 pagi selepas mayat terakhir ditemui pada 5.05 pagi. Kerja-kerja mencari mangsa kemudiannya disambung semula pada jam 8.00 pagi tadi bagi memastikan semua mangs dapt dikeluarkan.

Polis berkata sembilan kanak-kanak yang tercedera telah diselamatkan dari bawah lumpur yang menutupi sebahagian rumah anak yatim di Selangor.

Insiden tanah runtuh itu berlaku sekitar jam 2.30 ptg Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Usaha-usaha menyelamat dihalang oleh hujan berlanjutan.

“Hujan membuatkan kerja menyelamat sukar seperti lumpur yang masih bergerak,” Ketua Polis Negara Ismail Omar berkata semalam.

Kanak-kanak ini sedang mengikuti program perkhemahan motivasi di rumah anak yatim itu apabila tanah runtuh melanda, menurut media tempatan.

Mangsa yang terselamat adalah kanak-kanak yang berumur diantara 11 dan 17 tahun dan seorang dewasa berumur 22 tahun yang dipercayai pekerja di rumah anak yatim. Kanak-kanak yang meninggal dunia berumur di antara 11 dan 14 tahun.

Mangsa terselamat telah dikejarkan ke Hospital Kajang Hospital and Hospital Ampang Hospital, menurut Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah di dalam sidang akhbar.

Katanya rumah anak yatim, bertempat hampir sebuah bukit, mempunyai 49 penduduk, lima daripada mereka penjaga-penjaga. Semua penduduk-penduduk rumah anak yatim lelaki.

Lima daripada sembilan mangsa tanah runtuh di Hulu Langat telah disahkan Hospital Ampang petang semalam dalam keadaan stabil. Yang lain telah disenaraikan sebagai kritikal.

Mereka dibawa ke hospital di antara 4.46 ptg hingga 8.23 malam. Mangsa-mangsa yang di dalam keadaan stabil mengalami kecederaan rusuk dan kecederaan leher.

Runtuhan dari tanah runtuh itu meliputi keseluruhan kem yang didirikan di atas lereng bukit. Sebuah surau juga ditimpa tanah runtuh.

“Kami difahamkan dua kejadian tanah runtuh berlaku dalam selang beberapa saat. Kesemua mangsa yang berada di dalam kem itu telah terperangkap,” Tun Hisan berkata di tempat kejadian.

Katanya para penyelamat terdiri daripada kakitangan Jabatan Kebakaran dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

Senarai yang terkorban:

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

Senarai yang terselamat:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui

Sabtu, 21 Mei 2011

Projek IC: Saya TPM tapi tak dirujuk, kata Anwar

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbas semula satu projek rahsia bawah Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri berhubung pendaftaran warga asing sebagai warga Malaysia – dikatakan sebagai penyumbang utama kepada peluasan Umno di Sabah.
NONENamun, Anwar menegaskan bahawa beliau bukanlah salah seorang daripada individu yang mengetahui secara khusus mengenai projek rahsia berkenaan walaupun beliau merupakan timbalan perdana menteri pada ketika itu.

"Saya telah menjelaskan perkara ini dan ia tidak dipertikaikan. Ia merupakan operasi khas di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri, pada waktu itu berada bawah (Tun Dr) Mahathir (Mohamed) dan Megat Junid (Megat Ayub).

"(Operasinya) ada sistem dan jumlah (individu atau peruntukan) tidak pernah dirujuk kepada kabinet atau majlis tertinggi Umno atau kepada biro politik," kata ketua umum PKR itu dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini pada minggu lalu.
illegal immigrants roundup 010305 patiently waitingAnwar bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak mendapat maklumat secara langsung berhubung projek berkenaan dan hanya mengetahui mengenainya daripada sumber sekunder.

"Saya merupakan timbalan presiden Umno, tetapi tidak pernah menjadi penandatangan kepada apa-apa cek dalam Umno. Anda boleh bayangkan?

"Pada waktu itu saya bukan sekadar timbalan biasa, saya agak berpengaruh. Tapi perkara tertentu (seperti) keselamatan dalam negeri, operasi ini, duit – itu adalah (tanggungjawab) Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin)," katanya lagi.


Operasi rahsia

Anwar sebelum ini turut terpalit dengan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam operasi yang antara lainnya pernah didokumentasikan dalam buku Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah tulisan bekas pemimpin kanan Parti Bersatu Sabah, Dr Chong Eng Leong.
mahathir and anwar hardtalk showMahathir telah menafikan dakwaan berkenaan manakala satu inkuiri pada 1997 oleh satu jawatankuasa terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum.

Tanda tanya berhubung 'Projek IC' ini timbul semula apabila PKR menimbulkan dakwaan pada awal bulan ini bahawa Umno Hulu Selangor telah meminta KDN memberikan kerakyatan kepada 2,000 orang warga asing.
NONEBagaimanapun, Anwar berkata warga asing berkenaan sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya.

"Tapi kenapa ia perlu jadi operasi rahsia. Kenapa ia tidak boleh dijalankan secara telus? Maksud saya, jika mereka sebelum ini warga Indonesia yang telah tinggal di sini selama 20, 30 tahun, saya tidak nampak sebab mengapa kita patut halang.

"Saya tidak memegang pandangan ekstrem seperti sesetengah rakan kita di Sabah," katanya lagi yang menjangkakan kos operasi di negeri berkenaan mencecah angka "ratusan juta ringgit."
captured detained illegal immigrants 030707Tambahnya lagi, sekiranya usaha yang sama dijalankan di seluruh negara, ia akan memakan belanja tambahan sebanyak beberapa ratus juta ringgit.

"(Adakah) sukarelawan Umno yang buat begini? Tidak. (Ia melibatkan) syarikat-syarikat besar," katanya yang berpendapat isu tersebut tidak akan disiasat sepenuhnya kerana ia mungkin turut melibatkan kementerian dalam negeri. MK

Kenaikan harga: Bersedia hadapi hakikat baru

Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi.
NONEPendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.

Dalam perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lalu.


Muhyiddin dilaporkan menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.
azlanDalam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri.

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya.

Kuasa pasaran

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan harga serta penyusunan semula subsidi.
NONE"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita tidak berupaya untuk menangani semua perkara.

“Orang ramai perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," kata Marimuthu (atas, kiri).

Beliau berkata, oleh kerana faktor luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada masa akan datang.
azlanPada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan.
Ekonomi global

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan.

sausage dilema ppim pc 290305 dr maamor osman holding reportMaamor berkata orang ramai tidak boleh menolak hakikat semasa -- bahawa kenaikan harga bagi pelbagai produk berpunca daripada faktor ekonomi global – dan oleh itu mereka perlu memahami mekanisme berkenaan agar kenaikan ini tidak terlalu membebankan mereka.

Orang ramai juga perlu berusaha meningkatkan kemampuan membeli masing-masing termasuk dengan meningkatkan kemahiran diri untuk membolehkan mereka menambah pendapatan.

Mengenai cara untuk menambah bekalan makanan, kata beliau, walaupun penduduk bandar menghadapi masalah untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan akibat kekurangan tanah, persatuan penduduk boleh menggunakan tanah kosong, termasuk di bawah talian bekalan elektrik, untuk bercucuk tanam dan berkongsi hasilnya.
cij book launch 080207 gurmit singhPengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) Gurmit Singh KS berkata suatu kesilapan yang dilakukan selama ini ialah membiarkan mentaliti subsidi berkembang subur dalam minda sebahagian besar rakyat Malaysia.

Kata beliau mentaliti ini perlu dikikis secara berperingkat dan walaupun inflasi serta harga barangan perlu dikawal, orang ramai juga perlu berhenti daripada membazirkan sumber, tidak kira sama ada yang murah atau mahal seperti tenaga elektrik, air dan bahan bakar.

Gurmit berkata oleh kerana harga tenaga elektrik di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau ini, maka ramai rakyat Malaysia tidak begitu mengambil berat untuk mengunakannya secara cekap.

Bazir elektrik

"Orang miskin dan orang kaya semuanya membazirkan tenaga elektrik; mereka rasa, oleh kerana ia murah, maka mereka boleh membazirkannya. Mereka sepatutnya sedar bahawa sumber itu tidak boleh dibazirkan...mereka kena belajar memuliharanya," katanya.
NONEPenggunaan tenaga elektrik secara lebih cekap dan menggunakan pengangkutan awam bukan saja membolehkan orang ramai menjimatkan perbelanjaan, tetapi juga membantu mengurangkan kesan akibat perubahan iklim.

"Ada orang memandu kereta ke kedai berhampiran rumahnya semata-mata untuk membeli senaskhah surat khabar. Kenapa mereka tidak berjalan saja? Ini bukan hanya menjimatkan bahan bakar, tetapi juga suatu senaman yang baik," katanya.

Beliau juga menyeru rakyat negara ini supaya mengamalkan sikap berjimat-cermat dan menikmati kehidupan berkualiti.
NONEDalam hubungan ini, beliau menggesa golongan berada dan golongan kelas pertengahan atas, malah menteri, supaya mempamerkan teladan yang baik.

Dr Yeah Kim Leng, pakar ekonomi kumpulan RAM Holdings Berhad, berkata syarikat perniagaan dan pengguna perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan kenaikan harga yang berpunca daripada hakikat baru ekonomi.

Buat pilihan
Untuk membolehkan mereka menyerap kenaikan kos, beliau berkata syarikat perniagaan perlu memberi fokus terhadap usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
rosmah mansor najib wife shopping 290508Melalui cara ini, kata Dr Yeah, beban yang terpaksa dikongsi oleh pengguna akibat kenaikan kos akan dapat dikurangkan.

"Pengguna juga patut memilih barangan atau perkhidmatan yang lebih murah...terdapat begitu banyak pilihan di pasaran,' katanya.

Di samping menyeru pengguna supaya mengamalkan sikap berhemat dalam berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak begitu diperlukan, beliau juga menegaskan bahawa penyusunan semula subsidi perlu dilakukan untuk memastikan ekonomi negara berada dalam keadaan sihat dan defisit pula dapat dikurangkan.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular