Translate

Rabu, 31 Ogos 2011

Nabi Pun Dianggap Pengkhianat.


Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.
Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT.
“Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya.
Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah.
“Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.
“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi. 
HarakahDaily

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dari Musafirlalu.


Ramadhan pergi meninggalkan kita dengan penuh tangisan kerana akan bersuakah lagi kita dengan Ramadhan yang akan datang. Setelah berpuasa selama sebulan menahan segala hawa nafsu, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

Selamat menyambut hari hari raya Aidil Fitri daripada saya sekeluarga kepada pengunjung setia laman ini walau pun sudah lebih sebulan saya tidak update kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Kepada para sahabat baik dan seluruh umat Islam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika ada salah dan silap sepanjang saya berblog. Maaf zahir batin buat kawan dan lawan dihari yang mulia ini.

Tidak lupa buat keluaga Abg Ibrahim, Abg Hanifa, Abg Maidin, PokSu. Kak Yam, Kak Esah, Kak Tom, Fatimah  dan sepupu yang berada di Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Kuantan, Rompin, Kuala Lumpur dan Bukit Ibam.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DARI KAMI SEKELUARGA.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular