Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini
membuat laporan polis terhadap laman web Umno kerana didakwa memetik
laporan palsu dan memfitnah majikannya.
Zairil Khir Johari berkata, sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan dimuatkan dalam Umno-Online yang mendakwa anak Lim mencabul seorang pelajar perempuan dan beliau dikatakan membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar itu.
"Yang
paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan
dimainkan dengan semberono walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh
pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu," katanya.
Sebelum
ini, beberapa penulis blog pro-Umno mendakwa anak remaja Lim mencabul
kehormatan rakan sekelasnya dan dan akibat itu terpaksa dipindahkan
sekolah.
Dalam kenyataan hari ini, gadis yang dituduh Anya Ann
Corke, pemain catur terkemuka, Lim dan pengetua sekolah berkenaan
menafikan kejadian itu.
Beliau juga mendakwa laman itu memetik "laporan palsu" yang didakwa disiarkan oleh akhbar Cina Guang Ming Daily berhubung perkara itu.
Sembilan laporan berkaitan dimuatkan antara 18 hingga 28 Oktober lalu.
Justeru, beliau berpendapat, Umno-Online
melakukan kesalahan jenayah bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen
8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi
dan Multimedia 1998. Malaysiakini
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Merujuk kepada kata-kata Ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin berkaitan isu pemecatan Dr Hasan Ali, beliau ada menyebut tentang Abu Baka...
-
Surat di atas adalah surat Presiden PAS kepada media yang baru lalu. Ada 2 isi penting surat itu.Pertama, arahan Presiden supaya Pimpinan P...
-
Sebagai seorang peguam dan pemimpin PAS saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menberikan pandangan saya tentang keputusan Yang Arif...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
-
Shahrul Reezwan Antara Yang Mereka Yang Menghina Almarhum Sultan Johor Earl Ku Wei Hoong Pierre Lim Untuk makluman g...
-
Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di ...
-
"Saya keliru, jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya Timbalan Perdana Menteri yang mewakili beliau dan kerajaa, dan bukan Rosmah? A...
-
Gerakan Anti Korupsi Gerakan Kebangkitan Rakyat Gerakan Pembela Rakyat Gerakan Anti ISA ___________________________________________...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan