Translate

Jumaat, 25 Januari 2013

Kes Sugumar: Berkata Benarlah Wahai PDRM.


Sekarang heboh tentang kematian seorang pengawal keselamatan, Sugumar Chelliah yang dikotegerikan sebagai mati mengejut oleh pihak polis. Pihak polis telah dituduh cuba menutup kes kematian Sugumar yang didakwa digari, dipukul oleh empat anggota polis dan melumur dengan serbuk kunyit. Sehinggakan mengikut sumber sejumlah anggota polis yang bersenjata M16 telah mengawal bilik mayat semasa post mortem dilakukan ke atas mayat beliau.

'Kami merujuk kepada dakwaan ketua polis Kajang bahawa polis tidak memukul Sugumar hingga mati dan dia meninggal dunia akibat serangan jantung', kata peguam N.Surendran dan Latheefa Koya, yang mewakili keluarga mangsa, mengikut satu kenyataan pagi ini.

Mengapa pihak polis begitu cepat mengeluarkan kenyataan sedangkan mengikut saksi yang berada ditempat kejadian telah menceritakan yang Sugumar telah dikejar oleh polis, digari, dipukul dan berlumur dengan kunyit. Mengapa kenyataan saksi-saksi ini tidak diambil keterangan mereka oleh pihak polis sedangkan ia melibatkan kematian.

Ini bukan kali pertama tahanan polis mati semasa berada didalam kawalan pihak polis dan ia benar-benar membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap pihak polis sebagaimana bekas Timbalan Perdana Menteri yang lebam matanya semasa berada didalam tahanan polis. Dalam kes seperti ini, yang menjadi mangsa ialah majoriti anggota polis yang benar-benar menjalankan tugas dengan ikhlas sedangkan yang brutulnya ialah segelintir anggota polis yang merasakan mereka cukup berkuasa walau pun hanya berpangkat prebet sahaja.

Maka berkata benarlah wahai pihak polis kerana rakyat sudah lama memerhati segala tingkah laku kamu. Walau sepahit mana pun, janganlah mengadaikan maruah majoriti anggota polis yang lain. Jangan kerana hendak menjaga segelintir anggota, yang menjaga mangsanya ialah anggota-anggota polis yang lain. Kerana setitik nila habis susu sebelanga.

NONE

Ini adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahad...

Polis telah mengklafikasikan kematian seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dan merosakkan harta benda awam dekat Kajang semalam, sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata dalam ejadian bermula jam 6.30 petang itu, C Sugumaran, 39, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hulu Langat menggunakan palang besi untuk merosakkan harta benda awam.

Menurutnya, lelaki itu mula mengamuk dari Taman Sri Nanding di sini sebelum menuju ke Taman Desa Raya dan Taman Lagenda Suria.

Abdul Rashid berkata polis mengekori suspek sejauh dua kilometer sebelum dia tiba-tiba terjatuh di bahu jalan.

"Ketika itu, polis dan orang awam menangkap lelaki itu yang bertindak agresif dan beliau didapati tidak sedarkan diri ketika berada dalam kenderaan polis," katanya dalam sidang media di Kajang malam ini.

Menurut Abdul Rashid, samasa dalam perjalanan ke Hospital Serdang, beliau disahkan meninggal dunia.

"Hasil bedah siasat menunjukkan beliau mengalami saluran jantung tersumbat dan tiada sebarang kecederaan lain," katanya.

Abdul Rashid menegaskan kematiannya tiada kena mengena dengan tindakan polis ketika menahannya.
Bernama

Selasa, 22 Januari 2013

Inilah Manusia Yang Mencabar Allah s.w.t.


Sedar atau tidak, Ibrahim Ali telah mengapi-apikan orang Islam agar al-kitab berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah mesti dibakar. Adakah beliau seorang penganut agama Majusi yang suka bermain dengan api dengan mengapi-apikan pemikiran orang Melayu dengan hasutan yang jahat di hadapan Bapak segala kejahatan iaitu sifu beliau yang bergelar 'Melayu Mudah Lupa' itu. 

Ahli-ahli Perkasa patut keluar beramai-ramai daripada pertubuhan perkauman Melayu itu jika ingin iman mereka selamat. Manusia yang telah dirasuk oleh syaitan yang dikenali akan berkata apa sahaja kerana api itu sendiri adalah asal syaitan. Jika beliau tidak suka pun dengan kalimah Allah dimasukkan dalam al-kitab berbahasa Melayu, beliau patut banyak bertakbir dan berselawat kerana batas-batas iman seorang Islam ialah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan kepada para Rasul Nya bermula dengan Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad Rasulullah s.a.w. penutup segala nabi dan rasul.

Walau pun kita sebagai umat Islam tahu yang kitab Zabur, Taurat dan Injil telah banyak diubah, tetapi kita tidak boleh menolak apa yang terkandung didalam kitab-kitab tersebut kerana kita tidak mengetahui ayat mana dan surah mana yang telah mereka pinda. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan yang si Ibrahim nak suruh umat Islam bakar al-kitab itu, apa pasal. 

Seorang alim telah ditanya tentang perkara ini dan beliau menjawab kita seorang sebagai umat Islam mesti percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan tetapi kita tidak boleh mengatakan yang ayat ini dan ayat itu salah kerana kita tidak mengetahui ayat mana yang benar dan ayat mana yang telah dipinda oleh pendita-pendita mereka. Lainlah kalau beliau nak bakar kitab perlembagaan Umno Baru yang sememangnya jelas menghina Islam di hadapan pengasas dan ahli pertama parti Umno Baru, Mahathir yang mudah lupa.

Cakap boleh sebarang cakap tetapi biarlah bercakap sebagai orang yang berilmu, bukannya macam tin kosong bunyi sahaja bising tetapi tiada apa-apa kat dalamnya. Perkara ini melibatkan akidah kerana percaya kepada kitab-kitab adalah termasuk didalam Rukun Iman. Memang benarlah apa yang telah dilakukan oleh penjajah barat, mereka memberi kemerdekaan kepada setiap negara setelah pemikiran anak-anak jajahan berjaya diresapi dengan apa yang ada pada pemikiran beliau, sifu beliau dan para pemimpin Umno.

Penjajah tahu jika mereka menjajah dengan cara membakar al-Quran atau masjid-masjid, Melayu yang jahil pun akan bangun menentang mereka maka jadilah 'alam semulajadi' dan bukannya 'alam yang dijadikan' didalam mata pelajaran ilmu alam, ini sebagai salah satu contoh yang banyak lagi dari contoh-contoh yang lain. Maka perlukah al-kitab dibakar sepertimana yang di perintahkan oleh presiden Perkasa dengan disaksikan Pengasas Umno Baru. 

Wahai penyokong Umno, Perkasa dan yang sewaktu dengannya, fikirlah dengan fikiran yang waras walau pun kamu bukan beragama Majusi, Kristian atau Yahudi, patutkah kamu membakar kitab-kitab yang telah diturunkan kepada kaum sebelum kamu kerana semua itu adalah daripada Allah s.w.t. Jika ikutkan Ibrahim Ali yang cuba mencari sedikit simpati untuk dicalonkan semula oleh Umno di parlimen Pasir Mas maka pergilah beli dan bakar al-kitab berbahasa Melayu tetapi jika kamu seorang yang mengaku taat kepada Allah dan Rasul Nya, maka nyahkan Ibrahim Ali dari menjadi pemimpin kamu kerana jelas ia akan merosakkan akidah kamu yang mungkin tinggal tak seberapa itu.

PRU13: Mahathir, Najib Dan Rosmah Mula Mengelabah.


Hanya tinggal tidak sampai 3 bulan sahaja lagi parlimen akan terbubar dengan sendirinya walau pun Najib cuba mengelakkannya. Inilah pertama dalam sejarah negara penggal parlimen hampir cukup 5 tahun kerana sebelum ini parlimen dibubarkan paling lama pun 4 tahun selepas BN memerintah. Kenapa Najib terlalu takut untuk mengadakan pilihan raya umum sehinggakan ia menyusahkan parti-parti yang bersama dengan Umno dalam BN.

Adakah kerana Najib/Rosmah belum selesai memindahkan aset-aset mereka keluar dari negara atau beliau cuba untuk mengadakan darurat agar beliau mempunyai masa untuk mempersiapkan dirinya. Antara orang yang paling takut pada PRU13 ini ialah Tun Mahathir, mantan PM ke 4 kerana ia melibatkan kepentingan anak-anaknya yang pasti akan tersepit sekiranya BN kalah pada Pakatan Rakyat. 

Jika mengikut kepada ilmu gerak badan, Mahathir benar-benar rasa tertekan dengan sisa-sisa kuasa yang dimiliki oleh Umno. Beliau yang terkenal dengan sikap suka memuji diri sendiri dan apa yang beliau lakukan adalah betul dan tidak kepada pengganti-pengganti beliau. 

Lihatlah bagaimana beliau dengan berat hati mengaku akan peranannya memerintahkan agar I/C diberi kepada pendatang asing tetapi masih mengaku apa yang beliau lakukan adalah betul sebetulnya dengan alasan-alasan yang tak masuk akal.

Tanpa merasa malu, beliau cuba menegakkan benang yang basah dengan menuduh Tunku lebih teruk kerana memberi lebih sejuta kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa Malaya baru mendapat kemerdekaan dari bapak tiri Umno. Apakah beliau ingat rakyat Malaysia buta atau pun masih boleh diperbodohkan sedangkan apa yang Tunku lakukan adalah mengikut perlembagaan yang digubal oleh bapak tiri Umno agar setiap bangsa yang datang sebelum Malaya diberi kemerdekaan, mestilah diberi kerakyatan dengan syarat mereka wajib taat kepada Raja-Raja Melayu.

Mahathir yang merasakan beliau masih berkuasa walaupun sudah tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri telah mengugut orang Melayu dengan mengatakan yang bangsa Melayu akan pupus jika Umno/BN kalah pada PRU13 nanti jejas menunjukkan betapa bimbangnya beliau akan masa depan bisnes anak-anaknya. Benarkah Melayu akan pupus atau berpecah belah seperti yang beliau laung-laungkan itu kerana yang pasti bangsa Melayu tidak sesekali berpecah belah tetapi Umno sebenarnya yang berpecah belah.

Bangsa Melayu tetap akan kuat selagi mereka menolak parti sekular Umno dengan menyokong PAS yang sudah terbukti berjaya mengangkat martabat bangsa Melayu pada tempatnya iaitu berpaksikan kepada Islam. PAS dan PR tidak takut untuk menerima kekalahan kerana PAS sudah berpengalaman lebih dari 55 tahun berjuang. PAS tetap berdiri teguh walau pun saban pilihan raya mereka kalah kerana pendokong Islam tahu bahawa akan tiba masanya Islam akan mencapai kemenangan yang gemilang dan terbilang apabila Allah s.w.t. mengizinkannya.

Hanya Umno dan Mahathir sahaja yang takut menghadapi kekalahan kerana mereka sudah lama merasa betapa empuknya kerusi di Putrajaya. Kita sedia maklum hanya orang yang bersalah sahaja yang takut menghadapi kekalahan kerana mereka tahu geriji Penjara Sungai Buluh sedang menunggu mereka dengan penuh sabar untuk menyambut para pemimpin agung Umno dan yang sewaktu dengannya. 

Pakatan Rakyat bukannya sezalim Mahathir atau pun Umno/BN, mereka pasti akan diadili dengan adil tanpa ada campur tangan dari mana-mana pemimpin PR yang akan memimpin negara nanti. Tidak mustahil parti Umno akan terpapar di muzium untuk tatapan generasi akan datang menambahkan ilmu yang parti keris ini pernah memerintah negara dengan penuh kezaliman sehingga sanggup membunuh rakyatnya sendiri demi untuk terus berkuasa. 

Maka marilah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat parti Umno yang telah dikuburkan oleh rakyat Malaysia pada PRU13. Semoga segala kejahatan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa semasa pemimpin mereka memerintah negara diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah s.w.t..... Aminnnnnn.

Khamis, 17 Januari 2013

Akhbar Cina, Sinar Harian Wajar Dipuji; TV3, Utusan Kekal Primitif.

























Ahmad Lutfi Othman

Harakah edisi Isnin lalu terpaksa dilewatkan penerbitannya bagi mendapatkan liputan terkini Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013. Lazimnya deadline kami, pada Jumaat malam; ada kalanya terlajak sekitar jam 3 pagi Sabtu, malah kadang-kadang sehingga azan Subuh.

Himpunan bersejarah paling aman itu berakhir lebih kurang jam 5 petang Sabtu. Kami perlu bergegas menyiapkan bahan untuk  proses percetakan tidak boleh melewati tengah malam. Saya masih di hotel dekat Pudu Sentral, sehingga jam 6 petang. Mengambil masa berehat sebentar sebelum memulakan tugasan. Malangnya, seorang editor jatuh pitam semasa berjalan balik dari Stadium Merdeka dan proses editing dan rekabentuk tersangkut sehingga 2 pagi.

Rakan-rakan di bahagian pengedaran berhak untuk khuatir jualan merosot jika pembeli menunggu lama sehingga senja Ahad, apatah lagi jumlah cetakan sengaja ditambah.



Alhamdulillah, sambutannya laris, mengulangi terbitan Harakah untuk siri demonstrasi Bersih, yang juga kami lewatkan percetakannya. Ramai mahu mengabadikan foto besar yang menghiasai dari muka depan ke back cover itu sebagai poster untuk tatapan awam.

Pagi-pagi Ahad, 13 Januari,  ketika lenguh seluruh badan menapak ke Stadium Merdeka belum terubat, kolumnis A Shukur Harun menelefon: "Lutfi, dengar suara pun sudah maklum anta tak sihat, tapi harap dapat beli akhbar-akhbar Cina hari ini dan bandingkan dengan surat khabar Melayu. Jangan tunggu sampai tengahari, nanti habis!"

Tidak lagi kemudian, seorang lagi rakan SMS: "Pagi ini aku cari Sinar Harian di lima kedai, semua habis. Masa minum di kedai tadi, aku tengok orang sebelah baca, memang menarik. Laporannya seimbang."
Selain lidah rasmi PAS dan KeADILan, Sinar Harian dikira akhbar yang berani mencarik adat. Ia bukan sahaja  bersedia melaporkan dengan penuh tanggungjawab, tetapi dapat membantu pembaca melihat sesuatu isu secara lebih menyeluruh.

Pastinya semua sudah maklum akan "tabiat dan kelakuan pelik" media yang dikawal ketat Umno-BN -- khususnya Utusan Malaysia dan TV3 -- dalam menyorot HKR ini ... ya, sejak awal lagi.

Tentulah rakan-rakan wartawan di media berkenaan berhak membuat liputan yang menguntungkan bos politik mereka, tetapi usahlah sengaja menurunkan martabat diri, misalnya dengan membuat gelaran yang bukan-bukan seperti "Himpunan Shamsidar".

Lebih bebal lagi, momokan yang dimulakan oleh seteru ketat Anwar Ibrahim, Nallakaruppan itu, turut dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad. Saya belum mendengar PM Najib Razak mengulanginya.

Mendengar Buletin Utama TV3, yang merujuk semua liputannya tentang HKR sebagai Himpunan Shamsidar, awalnya saya rasa marah dan panas telinga, tetapi selepas diulang-ulang istilah itu,  terbetik perasaan kasihan bercampur lucu, terutama kepada kawan-kawan di sana.

Terbukti Umno dan segala jentera propagandanya tidak pernah berubah, malah makin mengarut, tersasar dan terbabas, walaupun menyedari kuasa BN terancam. Rakyat yang semakin cerdik dan matang terus diperbodoh tanpa segan. Kalau bukan kerjaya sebagai wartawan, saya sendiri sudah lama melupakan Utusan, tetapi terpaksa juga mengikuti tohmahan dan fitnah terhadap pembangkang.

Pagi Ahad itu, anak saya terpaksa berpusing-pusing juga sekitar Ampang mencari akhbar Cina. Rupanya bukan saya seorang, bahkan ramai lagi yang bergegas membelinya hanya untuk melihat gambar-gambar menarik -- bukan hanya di muka depan tetapi menempati empat lima halaman penuh di dalam -- tanpa  memahami walaupun satu kalimat!
Ketiga-tiga naskhah akhbar Cina yang saya tatap pagi hujung minggu itu memaparkan foto sama  di muka depan -- pemandangan dari udara, menunjukkan bukan saja Stadium Merdeka penuh sesak hingga tiada ruang kosong di tengah padang, malah ia melimpah keluar, bersesak-sesak, dalam lingkaran beberapa kilometer di sekitarnya.

Prof Dr Shaharir Md Zain, anak Melayu pertama memperolehi PhD dalam matematik, melalui kaedah pengiraan tersendiri, menganggarkan hampir 700,000 orang menyertai HKR. Manakala Pengerusi HKR, Mohamad Sabu -- berdasarkan kutipan sumbangan hadirin, khususnya di dalam stadium, iaitu sekitar RM280,000 -- meletakkan angka setengah juta peserta.


Daripada himpunan gambar-gambar yang dipilih akhbar Cina itu, laporannya cukup positif, menggambarkan suasana harmoni peserta HKR pelbagai kaum, dengan gaya santai dan mimik muka ceria. Ada foto di muka depan menunjukkan tiga orang, pertengahan umur, rasanya dari kalangan Melayu, India dan Cina, tersenyum girang sambil memegang banner mendokong tuntutan bersihkan proses pilihan raya.

Sementara itu, Malaysiakini membuat analisis ringkas kandungan akhbar hujung minggu yang dikawal Umno-BN itu. New Sunday Times, yang meletakkan tajuk utama "Simply Irresponsible" (Memang Tak Bertanggungjawab) menyiarkan gambat besar tiga wanita, termasuk seorang darinya mengintai dari celah pagar besi kedai yang hampir ditutup.

Mingguan Malaysia menggunakan tajuk utama "Penganjur langgar syarat" dan tajuk kecil "Polis berjaya kawal himpunan pembangkang" di muka depan.

Dalam intisarinya, akhbar tersebut menyebut polis bertindak dengan "bijaksana" namun peserta melanggar syarat dengan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dan juga "sepanduk menghasut dan boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan". Ia juga menyebut dakwaan satu blog bahawa peserta dibayar RM200 hingga RM700.

Muka depan itu dihiasi gabungan tiga gambar ibu bapa bersama anak masing-masing dengan kapsyen "Undang bahaya".

Berita Harian pula langsung tidak menonjolkan apa-apa berhubung perhimpunan berkenaan di muka depannya.

Berdasarkan respons dalam FB saya, ramai kenalan yang sudah lama tidak membaca akhbar-akhbar berkenaan. Mereka menyifatkan "membuang masa" saja saya memberi perhatian istimewa kepada kandungan "akhbar tali barut" Umno itu.

Sebagai pengamal media, saya menghormati dasar editorial akhbar masing-masing, tapi janganlah sampai menghina diri ke tahap pencacai yang tidak bermaruah. Boleh saja menggelapkan berita dan gambar perhimpunan raksasa tetapi mengapa perlu menggelarnya Himpunan Shamsidar?

II.

Sejak lebih sebulan, Pengerusi HKR, Mohamad Sabu, merupakan orang paling sibuk menjelajah seluruh negara. Himpunan yang bermula di Seremban Jaya, 3 November lalu dan melintasi semua bandar-bandar besar membawa mesej penting dan kritikal, khususnya bagi memastikan PRU13 berjalan bebas, bersih dan adil.

Mulanya kami menetapkan temujanji pada petang Selasa lalu, tetapi sehari sebelumnya, iaitu tengahari Isnin, Timbalan Presiden PAS itu menelefon minta segera berjumpa. Saya di Restoran Haslam, tidak jauh dari pejabat, baru menjamah hidangan. Disebabkan tidak dapat menunggu lama, kerana banyak urusan penting yang perlu dibereskan, Mat Sabu terpaksa mencari saya di restoran.

Beliau minta disiarkan iklan semuka penuh, menzahirkan penghargaan dan terima kasih tidak terhingga kepada peserta HKR, termasuk petugas daripada Jabatan Amal, AMK dan DAPSY yang bertungkus-lumus memastikan kelicinan program, selain pihak polis yang berjaya menunaikan janji untuk bertindak sebagai pemudahcara (bukan lagi provokator ataupun menganggu majlis!).

Semasa kami bersembang, dua rakan wartawan Harakah, Roy Rasul dan Nyza Ayob datang untuk bertanya lebih lanjut hal HKR. Memang tidak selesa berbicara semasa restoran penuh tetapi Mat Sabu tidak mempunyai masa terluang petang itu kerana perlu ke Kota Bharu. Lebih mendesak, deadline Harakah untuk sisipan Fikrah mesti disiapkan malam itu juga.

Perbualan kami kerap tertangguh apabila banyak panggilan masuk. Hampir semuanya mengucapkan tahniah di atas kejayaan mengendalikan himpunan Ahad lalu. Beberapa  pengunjung restoran kelihatan menyapanya, bersalam atau sekadar menunjukkan tanda bagus; pastinya merujuk acara kemuncak HKR yang menarik perhatian semua pihak itu.

Beliau nampak lega dan selesa. Saya cuba membayangkan perasaannya ketika Stadium Merdeka penuh sesak petang Ahad lalu dan Mat Sabu merupakan penganjurnya. Pastinya pertimbangan utama beliau ialah keselamatan orang ramai yang memenuhi setiap inci stadium.

Dia menceritakan hubungan baiknya dengan pihak polis dan sentiasa berinteraksi dengan OCPD Dang Wangi semasa program berlangsung. Timbul juga soal ugutan yang diterimanya melalui SMS bagi menakutkan beliau.

Ternyata pasukan keselamatan dalam bertindak profesional dan independen sekiranya tidak diganggu elit penguasa yang lebih mementingkan survival politik daripada keselamatan awam.

Mungkin teguran berbisa bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan -- walaupun menyinggung penggantinya, Ismail Omar -- turut menyumbang ke arah formula praktikal yang melegakan semua pihak.

Teringat saya kos sia-sia yang terpaksa ditanggung apabila siri himpunan Bersih digempur polis. Bayangkan, di peringkat awal dahulu, memakai baju kuning pun menjadi satu kesalahan besar sehinggakan pembantu restoran Bangladesh pun ditangkap disebabkan baju seragam oren mereka.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada persidangan Dewan Rakyat 11 Jun 2012, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Husseein menjelaskan kerajaan menanggung RM1.8 juta daripada Bersih 3.0 pada 28 April.

Hishamuddin juga memberitahu sidang Dewan Rakyat, menjawab  soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh), kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 adalah sebanyak RM2,018,850.06.

Selain itu, tambah Hishamuddin, sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara.

Sepanjang berjalan dan kemudiannya menyusuri Jalan Sultan dengan teksi apabila sukar mengheret kaki lagi, sehinggalah ke pintu stadium, saya perasan tidak ramai polis yang berkawal.

Begitu juga semasa saya berpusing-pusing di sekitar ibu kota pada sebelah paginya, polis trafik pun jarang-jarang kelihatan.

Rupanya tanpa kelibat polis, apatah lagi FRU, kita menjadi lebih selesa. Pelik juga 'kan?

Najib memilih jalan selamat apabila tidak melanjutkan konfrontasi dengan peserta himpunan, sebaliknya mengucapkan terima kasih di atas kerjasama baik melicinkan aturcara program, berbeda dengan timbalannya, Muhyiddin dan mentornya, Dr Mahathir.

Sebenarnya Najib tidak banyak pilihan. Sekiranya pasukan polis dikerah untuk menggempur rakyat -- seperti lazimnya -- saya yakin kehadiran tetap melimpah. Rakyat tidak takut lagi dengan gertakan dan ancaman, malah sebahagiannya mungkin lebih bersemangat jika meraka cuba dihalang.

Dan imej PM dan BN sendiri akan menjunam lebih teruk; situasi cukup berbahaya di saat-saat akhir menjelang Parlimen terpaksa dibubarkan.

Ketika ini, saya tidak mahu menghitung untung-rugi politik kepada Najib dan juga Pakatan Rakyat ekoran HKR. Yang penting, kita telah menunjukkan tradisi yang baik.

Pendekatan konfontasi dan bermusuhan tidak membawa manfaat, sebaliknya amalan rundingan dengan fikiran terbuka, tanpa terlalu terikat dengan peraturan yang sedia mengongkong dapat memberi laluan kepada "politik baru" untuk berkembang.

Terbukti sudah, perhimpunan aman, biarpun melibatkan ratusan ribu orang pada Ahad lalu -- termasuk kanak-kanak dan juga bayi, juga OKU dan orang-orang tua --  seperti juga siri pertemuan yang sering dihadiri Perdana Menteri, yang dihadiri pelbagai lapisan umur, termasuk anak-anak kecil yang masih didukung, dapat berjalan lancar, harmoni dan tenteram sekali. Alhamdulilah.
 Harakah

Ahad, 13 Januari 2013

HKR Tiada Sambutan, Hanya 10,000 Sahaja Peserta Yang Hadir.

Mungkin bagi media pencacai akan meletakan kehadiran peserta sekitar 10,000 berbanding dengan kehadiran pecah panggung seramai 40,000 yang diadakan oleh BN sehari sebelum itu. Media pencacai telah cuba tidak memalukan Najib dengan hebahan pecah panggung tentang program yang disertai Najib untuk menunjukkan betapa populariti Najib masih lagi disanjung oleh rakyat jelata untuk terus menjadi Perdana Menteri.

Apa pun lantaklah berapa banyak angka yang pencacai letakkan kerana rakyat bukannya bodoh seperti para pencacai yang kepanasan untuk terus berkuasa.






















Sabtu, 12 Januari 2013

Kemaskini: Lebih 100 Ribu Penyokong HKR Mula Banjiri KL Dan Ia Dijangka Bertambah.

Pusat bandar Kuala Lumpur dijangka dibanjiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka - himpunan paling besar anjuran gabungan parti tersebut bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Penganjur mengharapkan kehadiran besar ke perhimpunan itu akan mempengaruhi golongan pengundi atas pagar.

NONEPentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat mengambil pendekatan berbeza bagi perhimpunan kali ini dengan memastikan tiada insiden tidak diingini.


Pihak berkuasa membenarkan Pakatan menggunakan lokasi bersejarah Stadium Merdeka, dan polis turut mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan.

Penganjur akan menguji sikap baru yang ditunjukkan pihak berkuasa ini dengan berjalan kaki dalam kumpulan besar menuju ke Stadium Merdeka, bermula dari tujuh lokasi, sebelum perhimpunan dijadualkan bermula pada jam 2 petang.

LAPORAN LANGSUNG


5pm: Anggota sekretariat penganjur Hishamuddin Rais mendakwa perhimpunan hari ini berjaya mengumpulkan 500,000 orang.


NONE4.51pm: Azan Asar berkumandang ketika acara sampai ke penghujungnya.

Para peserta menyanyikan lagi Negaraku sebelum bersurai.
4.43pm: Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memimpin bacaan doa bagi mengakhiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

4.38pm: MP PKR Datuk Saifuddin Nasution mengetuai bacaan Deklarasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diikuti para peserta di dalam stadium.

NONEDeklarasi berkenaan antara lainnya menyentuh tuntutan untuk pilihan raya bersih dan adil, tindakan untuk "menyelamatkan Felda" serta menjamin hak untuk warga Sabah dan Sarawak.

Ia juga menyenaraikan tuntutan untuk bayaran 20% royalti minyak, serta menjamin masa depan penjawat awam.
Selain itu, ia menggariskan tuntutan untuk alam sekitar yang bersih dan siihat, memperkukuh bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda, membebaskan tahanan politik, menyelamatkan kampung warisan dan kampung tradisi, dan juga meningkatkan kualiti hidup golongan wanita.
4.20pm: Ketua polis daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad mendakwa jumlah peserta perhimpunan pada hari ini dianggarkan antara 40,000 hingga 45,000 orang.
Jumlah itu berkurangan hampir separuh daripada anggaran sebelumnya, sebanyak 80,000 yang diumumkan PDRM di Twitter.

NONEJumlah 80,000 itu menurut polis adalah "kesilapan teknikal".

"Dari bacaan saya, perhimpunan dihadiri oleh lebih kurang 40,000 hingga 45,000 orang," kata Zainuddin dalam sidang media petang ini.

Tambahnya, polis juga tidak melakukan apa-apa tangkapan ke atas mana-mana pihak berhubung perhimpunan tersebut.

"Sehingga kini, himpunan kebangkitan rakyat tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini. Keselamatan di tahap yang terjamin.

"Semua polis yang ditugaskan dapat laksana tugas dan tanggungjawab dengan sempurna, tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Keadaan lalu lintas, cuma kesesakan sedikit di Jalan Maharajalela dan sekitar jalan menuju ke Stadium Merdeka. Walaubagaimanapun, Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Maharajalela menuju ke Dataran Merdeka masih ditutup," katanya.

4.14pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya meminta rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin kerajaan.
NONE"Masa sekarang yang kita minta ialah beri peluang supaya ada suara rakyat menjadi suara keramat mentadbir negara ini. Suara rakyat, suara keramat," katanya.
Dalam ucapannya, beliau turut mengulangi janji-janji Pakatan sebelum ini tentang pembatalan PTPTN serta menurunkan harga minyak.
Beliau turut mengulangi akan mendengar dan peka dengan semua tuntutan rakyat.

Selain itu, Anwar menyentuh isu berhubung sebidang tanah yang dikaitkan dengan ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah.
Katanya, kerajaan negeri Selangor tidak akan sesekali membenarkan tanah itu dimajukan.
Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan "Merdeka" beberapa kali yang diikuti para hadirin.
3.51pm: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memulakan ucapan.
NONE3.38pm: Polis menyatakan bahawa anggaran jumlah peserta seramai 80,000 adalah "kesilapan teknikal".

Tulisan terbaru di Twitter polis menyebut, jumlah berkenaan akan diumumkan oleh ketua polis Kuala Lumpur atau ketua polis daerah.
3.30pm: Sebagai tindakan balas kepada dakwaan bahawa peserta telah dibayar RM150 untuk menghadiri perhimpunan tersebut, pihak penganjur mula mengutip derma daripada orang ramai.

Ramai dilihat mengeluarkan wang dari poket mereka dan memasukkannya ke dalam beg plastik yang pegang oleh anggota Unit Amal.

NONE3.30pm: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucapannya menyentuh isu kamera AES dan bayaran BR1M oleh kerajaan persektuan.
Beliau menyifatkan bayaran dan saman itu seperti "tangan kanan memberi, tangan kiri ambil balik".
3.29pm: Di luar stadium, sesetengah peserta dilihat bersalaman dengan anggota polis sebagai menghargai khidmat mereka. Seorang peserta dari Sungai Petani dilihat mengucapkan terima kasih kepada anggota berkenaan sebelum bergegas untuk menaiki bas pulang. Polis membalas dengan senyuman mesra.

"Pihak polis baik hari ini. Mereka tidak mengganggu perhimpunan kami berbanding masa lalu, "katanya.


3.22pm:
Mohamad Sabu dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan perhimpunan hari ini, termasuk PDRM.

"Ini himpunan akhir sebelum kita ke Putrajaya," katanya yang disambut sorakan hadirin.

Beliau turut bertanya kepada orang ramai sama ada mereka menerima bayaran untuk hadir ke perhimpunan hari ini.

Dakawaan itu dikesan dalam satu SMS yang berlegar pada hari ini.
"Adakah anda dibayar RM150?", tanya Mat Sabu, sambil disambut laungan "Tidak" oleh para hadirin.

"Saya bukan nak bayar RM150 tapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Sekarang saya nak minta kutipan," kata timbalan presiden PAS itu lagi.

3.20pm: Pengerusi penganjur himpunan Mohamad Sabu ketika ditemui Malaysiakini berkata satu SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu "pembohongan".

SMS itu didakwa menggesa peserta himpunan untuk mendapatkan wang dari ibu pejabat PKR.

3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".

Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.

Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".

"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.

"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.

3.04pm: Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".


3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.
Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".
Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.
"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.
"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya. 


2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.

2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.
Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.
"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.

2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

NONE2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.



2.25pm: Kumpulan baru peserta himpunan yang sebahagiannya berbaju kuning logo BERSIH dan membawa bendera PAS mula bergerak dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka. Jumlah mereka dianggarkan seramai kira-kira 3,000 orang dan
pergerakan mereka memenuhi jalan menuju ke Stadium Merdeka.Mereka berjalan sambil melaungkan 'Reformasi' dan bertakbir.

Turut kelihatan di antara peserta adalah seorang lelaki berkerusi roda, Mohamad Yusof yang datang dari Ijok untuk menyertai himpunan ini. 

2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas. Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil. Turut kelihatan ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.


2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit. Dalam ucapannya, Suhaizan  menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.



1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu. Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.


"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.

Turut kelihatan ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

1.45pm: Stadium Merdeka - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.
"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira. Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.
Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini. Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.

1.34pm: Jalan Petaling/Jalan Maharajalela - Exco AMK pusat merangkap komandan lapangan Ramlan Roes berkata beliau curiga dengan kegiatan sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita berpakaian baju-T biru AMK yang didakwanya sedang merakam video peserta yang masuk ke stadium.

Beliau mengesyaki bahawa individu berkenaan bukan anggota AMK kerana individu berkenaan menutup muka dengan bandana dan tindak-tanduk mereka juga mencurigakan dan merisaukan anggota AMK, kata Ramlan.

1.30pm:
Jalan Sultan - Seramai 15,000 peserta yang dianggarkan berada di kawasan ini terus melaungkan slogan "Royalti", "Puyau Lynas", Hidup peneroka" dan "Bangkit rakyat".

Kumpulan peserta yang berada di luar kawasan Stadium Merdeka pula berada dalam keadaan tenang dan tidak membuat bising.

1.17pm: Jalan Sultan - Kumpulan aktivis SAMM menyertai kumpulan besar yang berada di Jalan Sultan.NONEAktivis Royalti dan ANAK pula memenuhi Jalan Tun Perak selepas melalui Jalan Tun HS Lee dan kini menghampiri Pudu Raya.

1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.1:00pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

NONESementara itu di KLCC pula, naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam ucapannya mendesak Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak.
"Jawab isu Altantuya, kenapa berdiam diri. Kalau isu kesihatan dia boleh jawab, tapi isu Altantuya dia senyap," katanya.

Menyentuh isu royalti, beliau mencabar MP Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menyertai forum bagi membincangkan dakwaan beliau bahawa negara akan bankrap sekiranya royalti 20 peratus kepada lima negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
"Pemimpin umno yang otaknya bankrap akan membankrapkan negara. Royalti 20 peratus kaum Bidayuh, Kadazan, orang miskin di Terengganu, Kelantan, Pahang akan menikmatinya dan mengharap kebangkitan kita," katanya.

12.48: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.

NONE12.45pm: Masjid Negara - Kumpulan dari Brickfields, UM dan Amcorp Mall bergabung dengan kumpulan di Masjid Negara dan menuju ke Stadium Merdeka melalui Jalan Syed Putra.

12,36pm:
Lebuh Ampang - Kumpulan aktivis Royalti tidak bergabung dengan aktivis SAMM yang berjalan dari kawasan Kampung Baru.
Mereka terpisah sejauh kira-kira 70 meter. Aktivis Royalti menunggu aktivis SAMM untuk mula bergerak terlebih dahulu.
Kumpulan aktivis Royalti bersama aktivisi ANAK itu melaungkan slogan "Pulangkan royalti" sambil menunggu.

12.33pm:
KLCC - Peserta bergerak dari Jalan Ampang memasuki Jalan Lebuh Ampang sambil melaungkan "Hidup rakyat" dan "Bangkit rakyat".
Pemandu kenderaan turut membunyikan hon kenderaan masing-masing dengan disambut sorakan oleh peserta.
Lalulintas di kawasan itu dikawal polis trafik.

12.25pm:
LRT PWTC - Tiga orang yang datang dari Sabah berkata mereka masing-masing membelanjakan RM750 untuk menyertai perhimpunan hari ini.
Abdul Momin, 43, berkata ini adalah kali pertama beliau berada di Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan.
"Saya datang kerana saya mahu tunjukkan bahawa rakyat Sabah untuk terlibat dalam usaya untuk perubahan.
Bekas anggota Umno itu berkata beliau menyertai Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah yang diketuai MP Beaufort Lajim Ukin.

12.20pm
: Tiga trak pikap dengan pelekat 'Tim Medik' mengiringi peserta himpunan sepanjang jalan dari Brickfields menuju ke
kawasan stesen keretapi lama Kuala Lumpur.


12.15pm: Dianggarkan 10,000 orang telah memasuki Stadium Merdeka dan mendapat kerusi untuk duduk.

NONE
Kira-kira satu pertiga stadium telah dipenuhi peserta perhimpunan. Sesetengahnya meniup tanduk Vevezula dan sesetengah daripada mereka menjerit slogan seperti "reformasi" dalam semangat yang tinggi.
Majoriti orang ramai yang berpakaian baju kuning dan hijau, yang mewakili BERSIH dan HimpunanHijau.

Bgaimanapun sesetengah daripada mereka juga memakai baju warna merah dan hitam dengan perkataan "Royalti", merujuk kepada Pergerakan Royalti Minyak Kelantan.



12.12pm: Jalan Ampang - Kumpulan yang diketuai Chegu Bard kini melalui Jalan Ampang menuju ke Jalan Gereja. Kedai-kedai di sekitar Jalan Ampang juga kelihatan beroperasi seperti biasa.

Menurut seorang peniaga kedai runcit di Jalan Ampang, Iskandar, beliau maklum tentang perhimpunan yang akan diadakan hari ini.

"Saya tak tutup. Sebab mereka tak kacau saya berniaga," katanya.

Sementara itu seorang warga emas, Osman Mamat, 65, dari Maran Pahang berkata, beliau sanggup hadir ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan ini demi menuntut keadilan.

Beliau yang berjalan sambil menemani isteri berkata, dia tidak kisah berjalan demi keadilan.

"Demi keadilan, saya jalan jauh pun tak apa. Saya tak ada sakit apa-apa. Saya memang datang semata-mata untuk perhimpunan ini," katanya.


12.15pm: Jumlah orang ramai yang bergerak dari KLCC ke Stadium Merdeka mencecah sekitar 10,000 orang.
NONE

11.58am: KLCC - Lebih 3,000 mula bergerak ke Stadium Merdeka sambil melaungkan hidup rakyat. Pemimpin pakatan antaranya Datuk Kamrudin Jaafar dan Datuk Teng Chang Kim mengetuia perarakan.


11.57am: Stadium Merdeka - Anggota Unit Amal kelihatan membawa masuk orang ramai ke dalam stadium secara berperingkat.

Manakala ribuan lagi beratur di depan pintu utama untuk dibawa masuk ke dalam stadium.


12.00pm: Jalan Sultan - Presiden Himpunan Hijau Wong Tack muncul dengan aktivis gerakan tersebut dengan membawa bendera hijau besar, kain rentang dan poster.

Beliau mengetui orang ramai menyanyi lagu "Suara Rakyat" dan 'Rasa Sayang', kemudian orang ramai mendengar ucapan beliau.

NONEDalam ucapannya, beliau menyifatkan Malaysia seperti dilahirkan semula hari ini dan hari ini adalah hari kemderdekaan sebenar bagi Malaysia.

"Kami berada di sini untuk meraikan Malaysia baru, esok negara kita akan penuh dengan harapan baru," katanya.

Beliau menyifatkan suasana hari ini seperti Hari Kebangsaan.

11.50am: stadium merdeka - Selepas pengumuman oleh juruacara Hishammuddin Rais, orang ramai mula bergerak masuk ke stadium.

Timbalan Presiden PAS, yang juga pengerusi urusetia penganjur turut kelihatan di situ.


11.48am: KLCC kira-kira 2500 peserta berada di sini sedang berhimpun untuk mendengar ucapan Dr  Dzulkefli dan pemimpin Royalti Nazri Deraman yang antara lain menuntut supaya royalti kelantan dan terengganu dipulangkan kepada rakyat. Malah mereka membantah penyenaraian FGVH di Bursa.

"Hari ini hari bersejarah KL112 menghimpunkan seluruh bantahan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik, untuk melakukan perubahan.

"Kita tuntut royalti yang dinafikan di Kelantan dan Terengganu yang selama ini di khianati... Kita juga mahu hak peneroka (ditunaikan)," kata Dr Dzulkefly

NONETurut hadir di sini adalah Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Teng Chang Kim

Mereka juga melaungkan "Pulangkan Royalti, Kami tuntut royalti, Ini hak Rakyat".


11.45am: Stadium Merdeka - Orang ramai dari Masjid Negara telah tiba di Stadium Merdeka. Gerai menjual minuman di sepanjang rancak berniaga.


11:35am: Masjid Negara - Kira-kira 10,000 orang mula berarak dari Masjid Negara dan sampai di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), tidak jauh dari Stadium Merdeka.


11.00am: Little India, Brickfields - Terdapat kira-kira 60 orang berhimpun di situ. Perniagaan di situ adalah seperti biasa. Tidak jelas sama ada ini menunjukkan sokongan dingin masyarakat India yang biasanya akan berhimpun di sini untuk menghadiri perhimpunan.

NONESebuah bas polis diletakkan di tepi jalan. Hanya lima anggota di lihat di situ.


10.47am: Jalan Sultan - Perhimpunan ini telah menemukan Eric Chong dari Kuala Lumpur dan Raymond Toh dari Pulau Pinang. Mereka menjadi kawan apabila bertemu semasa membeli baju-T dan barangan lain pagi ini.ini.

Chong, 60, (kiri) yang bekerja di sebuah kilang, kerap menghadiri perhimpunan. Katanya, kedua-dua mereka berjanji untuk bersama-sama menghadiri perhimpunan raksasa yang akan datang.

"Kami berkongsi pandangan yang sama, kamik adalah bersaudara," kata Chong.

NONESementara itu, Toh, 38, seorang pemborong, dan Chong bangga
menghadiri perhimpunan hari ini atas perbelanjaan mereka sendiri.


10.55am: Masjid Al-Rahman - Peserta dari Amcorp Mall tiba di kawasan masjid dan bergabung dengan kumpulan diketuai Nurul Izzah. Mereka kini berjalan menuju ke Brickfields.
Kumpulan diketuai Nurul Izzah rata-taranya terdiri daripada golongan siswa yang turut membawa sepanduk dengan tulisan 'Mahasiswa mahu tukar kerajaan'.


10.50am: KLCC - Kira-kira 1,000 peserta termasuk aktivis Royalti dan Persatuan Anak Peneroka Felda memenuhi kawasan sekitar KLCC.

NONEMereka pengerusi menunggu kehadian pengerusi ANAK Mazlan Aliman serta pemiupin PAS Dr Dzulkefly Ahmad yang akan mengetuai peserta ke Dataran Merdeka.


10:45am: Stadium Merdeka - ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishian muncul di pintu masuk stadium, kira-kira tiga jam sebelum perhimpunan tersebut dijadual memulakan.

Berbaju-T dan sepasang kasut sukan hijau, beliau merancang untuk berarak bersama-sama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Kumpulan itu dianggarkan sampai ke stadium sebelum pukul 2pm.

NONE"Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat
petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

NONE10:40am: Jalan Thambipillay 4, Brickfields - Kartunis Zunar mengetuai kumpulan kira-kira 100 orang belia di tepi jalan dalam melaungkan "Hidup, Hidup, Hidup Rakyat".

Mereka juga melaungkan "Hancur" terhadap beberapa personaliti termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor beliau.

Berpakaian kemeja-T kuning, mereka memegang sepanduk yang bertulis "Kumpulan Kartunis Independen". Beberapa kenderaan yang lalu-lalang di situ turut membunyikan hon sokongan.

NONE10:30am:


KLCC - Pelakon drama Gerak Khas, Abby Abadi adalah antara penyokong Royalti. Berpakaian jubah hitam dan tudung ungu, dia bergambar bersama-sama dengan ahli NGO di kawasan KLCC dan menjadi tumpuan kamera media.


10.15am: Jalan Sultan - Sekumpulan penyokong DAP membuat tarian ala-Gangang dengan iringan lagu popular Korea itu yang disesuaikan dengan lirik anti-Lynas.Ahli DAP Chua Beng Hooi, 47, yang memakai satu kostum anti-radioaktif menyertai tarian tersebut, yang disaksikan kira-kira 500 orang yang berhimpun.
Menurut rakannya, Chua membuat kostum berkenaan khas untuk perhimpunan hari ini.


9.55am: Lokasi perhimpunan Stadium Merdeka masih ditutup kepada umum namun sebilangan penyokong sudahpun berada di dalam stadium untuk membuat persiapan.
Gerai jualan juga dibuka di kawasan jalan menuju ke stadium berkenaan.

Sementara itu, seramai 2,000 orang penyokong Pakatan sudahpun mula memenuhi kawasan di sekitar stadium.

9.45am: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru tiba ke kawasan Masjid Al-Rahman dan disambut kira-kira 50 orang peserta yang sedang bersedia untuk berjalan ke Stadium Merdeka.
Kumpulan ini menunggu untuk bergabung dengan satu lagi kumpulan diketuai AMK, yang berhimpun di kawasaan padang berhampiran Amcorp Mall dan berjalan melalui Lebuh raya Persekutuan.

9.37am:
Keadaan lalu lintas di Kelab Sultan Sulaiman dan kumpulan orang ramai berpakaian hijau dan kuning dilihat sedang duduk di kaki lima.

Selain itu turut kelihatan gerai menjual baju sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat.

9.20am: Kawasan Masjid Negara mula dipenuhi oleh ramai peserta yang memakai baju kuning, dan hijau sehingga melimpah ke stesen keretapi. Keadaan lalu lintas lancar namun jalan ke dataran merdeka daripada arah masjid ditutup kepada lalulintas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular