Translate

Khamis, 14 Mac 2013

Tahap Mana Cerdiknya Cara Kita Berfikir...!!!!


Isu serangan pengganas di Lahad Datu banyak bermain di fikiran kita yang waras sehingga setakat ini 10 anggota keselamatan tewas. Pada mulanya kerajaan kata jangan mempolitikkan itu tersebut tetapi kesudahannya, kerajaan sendiri menuduh pembangkang. Kita tidak tahu ramainya pengganas dari Sulu yang berada di Sabah dan apa yang kita tahu lebih kurang 100 pengganas telah mendarat, bagaimana pula yang sudah lama berada di negara. Mungkin ada beribu-ribu kerana Malaysia ada melatih mereka pada ketika dahulu. Inilah antara jasa Mahathir yang memberi kerakyatan secara besar-besaran kepada pendatang dari Filipina demi kerana nafsu serakah beliau untuk memenangkan BN di Sabah. 

Demi kerana undi maka beliau sendiri sempat melihat akan kemusnahan yang beliau lakukan. Beliau sendiri tidak menyangka apa yang beliau lakukan 20 tahun lepas akan merosakkan negara dan Malaysia terpaksa berperang dengan pengganas. Bagi saya, Mahathir adalah seorang yang cukup angkuh, sombong, penipu, zalim, pemungkir janji, perosak masyarakat dan agama disebabkan beliau memang suka pada syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Apa yang beliau katakan hanya 30 peratus sahaja yang boleh dipakai, itu pun dikira tinggi jika kita melihat, membaca dan merenung sejarah beliau dalam politik.

Sungguh Allah S.W.T telah memakbulkan doa al-Marhum Ustaz Fadhil Noor agar Mahathir dipanjangkan umur agar beliau dapat melihat kerosakan yang beliau lakukan pada rakyat dan negara. Inilah akibatnya bila pemimpin menjadi angkuh dan sombong demi menunjukkan betapa berkuasanya beliau ketika itu. Mungkin kerana terlalu suka sangat kat syaitan yang dikenali dari malaikat yang tidak dikenali dan mati itu pasti kerana ia akan dicabut oleh malaikat yang tak dikenali.

Apabila pendaratan pertama pengganas dari Sulu, kerajaan cuba menunjukkan kepada rakyat betapa bijaknya mereka untuk menghadapi situasi dengan kumpulan bersenjata ini. Mereka siap dibawa berunding lagi sedangkan mereka datang bukan membawa buah tangan tetapi senjata. Malah pemimpin-pemimpin tertinggi memberi amaran kepada pembangkang agar jangan dipolitikkan isu ini. Jika di negara lain sebelum mendarat lagi mereka dah diperangi kerana mengikut undang-undang antara bangsa, mereka dianggap sebagai pengganas yang patut diperangi.

Kesudahannya, mereka pula menuduh ia didalangi oleh pemimpin pembangkang tetapi dengan kuasa Allah S.W.T, semakin mereka menuduh semakin terserlah kebenarannya. Semakin mereka menipu semakin ramai ahli-ahli parti mereka menyertai Pakatan Rakyat. Yang terbaru, Muhyiddin Yassin pula mendedahkan kononnya Pakatan Rakyat cuba menggagalkan pilihan raya (PRU13) dengan mewujudkan keadaan porak peranda di negara.

Kalau kita fikir secara bodoh-bodoh kitalah, adakah kita akan melakukan perkara yang boleh mengagalkan pilihan raya sedangkan kita sudah hampir untuk menubuhkan kerajaan sehinggakan PM sendiri takut untuk membubarkan parlimen. Apa yang boleh kita simpulkan ialah mereka sudah awal-awal lagi tahu yang mereka tidak akan menang untuk pilihan raya kali ini. Mereka mula takut untuk menjadi pembangkang kerana selama 55 tahun mereka duduk di kerusi empuk ditambah pula dengan skandal-skandal dan penyalahgunaan kuasa. 

Mereka tahu yang rakyat akan menghukum mereka kali ini walau pun mereka menjanjikan bulan dan bintang sekali pun. Mereka menjadi semakin angau separuh gila dengan bermacam-macam ugutan di taburkan kononnya negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat dapat memerintah sedangkan sekarang pun negara sudah hampir bankrap di atas pembelanjaan yang dilakukan oleh Najib. Tidak mustahil negara akan mengikuti negara Greece jika Umno/BN diberi mandat sekali lagi.

Sebagaimana imbuhan untuk kakitangan awam yang akan diberikan pada bulan Julai. Kenapa bulan Julai, kenapa tidak sekarang?. Inilah dinamakan helah kebudak-budakkan dengan melakukan cara itu mereka akan menjaja kepada kakitangan awam yang imbuhan pasti tak dapat jika Pakatan Rakyat memerintah. Umno kena ingatlah sekarang ini zaman siber, dulu bolehlah sehinggakan jika calon itu pokok kelapa yang menggunakan lambang dacing pasti akan menang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular