Translate

Rabu, 3 April 2013

Hukum Akal vs Hukum Nafsu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHZPnxPu2_7BQs4g0tK7FDX4XJ33Rj2yZ3VSs1nuXwIvm9YUKx0CHr5n02_2jSDFaowXq1rRzh-eyT9vqdwitdOPmjPe0aNLI8cnIWMomVtBwnS8fo6psJHR8fucKvCi1DnEhcWd2-g0g/s1600/safe_image.jpg

Umno akan tetap berpandukan kepada Hukum Nafsu berbanding dengan Hukum Akal bila berhujah dan jauh sekali untuk kita berhujah menggunakan Hukum Syariah kerana mereka berpandukan kepada syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Apabila Abdullah Saamah, ulamak tersohor Umno menyatakan yang Rasulullah menepuk bahunya sebanyak 30 kali yang sempat beliau kira bahawa apa yang beliau lakukan adalah betul.

Oleh kerana perjuangan Umno adalah berada di landasan yang betul, maka Rasulullah s.a.w. akan bunuh TGNA dan orang-orang PAS jika baginda s.a.w. masih hidup. Bermakna Rasulullah s.a.w. mengangkat darjat yang tinggi terhadap apa yang dilakukan oleh Umno. Pasal hanya Umno sahaja parti di dunia ini yang berjuang untuk Islam. Maka bagi mereka Rasulullah s.a.w. merestui.....
  • Rosmah Mansor yang menayangkan rambut dan auratnya di khalayak ramai.
  • Keborosan Rosmah Mansor dan para pemimpin Umno adalah mengikut lunas-lunas Islam.
  • Merompak khazanah negara adalah betul mengikut cara pemerintahan negara Islam.
  • Perlembagaan Lord Reid adalah benar kerana ia sama dengan Piagam Madinah.
  • Memotong tangan orang yang mencuri tanpa apa-apa sebab adalah salah kerana ia tidak selari dengan perlembagaan yang ada dan negara akan dibanjiri OKU.
  • Hukuman rejam adalah salah kerana kerajaan akan mengalami kesukaran untuk membina jalan raya dan bangunan.
  • Judi adalah haram jika tiada lesen dan ianya halal jika mendapat lesen daripada kerajaan yang diperintah Umno.
  • Melacur diperbolehkan tapi mesti dilakukan secara sembunyi melainkan jika pemimpin Umno yang terlibat, maka pihak berkuasa tiada kuasa untuk mendakwa kerana Nabi dak kata yang Umno itu betul.
  • Bangsa Melayu adalah Islam secara mutlak kerana 'Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu'.
  • Jika sesiapa tanpa mengira bangsa selain bangsa Melayu mesti jadi Melayu dahulu baru boleh masuk Islam.
  • Membirukan pemikiran rakyat dengan filem-filem lucah bertetapan cara Islam mendidik umatnya.
  • Membunuh TGNA, pemimpin dan ahli PAS akan mendapat ganjaran di akhirat kerana darah mereka adalah halal pasal beliau kata jika Rasulullah masih hidup baginda akan membunuh pemimpin dan ahli PAS.
  • Jika yang membunuh TGNA, pemimpin dan ahli PAS terbunuh dalam misi itu akan mendapat ganjaran mati syahid dunia dan akhirat.
  • Menyokong syaitan yang dikenali dan menentang malaikat yang tidak dikenali adalah fatwa yang benar dan sepatutnya sudah diwartakan.
  • Halal bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi haram bekerjasama dengan DAP.
Kita pun tak pasti dah berapa puluh kali Abdullah Saamah telah berjumpa Rasulullah s.a.w. kerana mengikut apa yang diketahui, TGNA hanya sekali sahaja pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah dan TGHH sebanyak 3 kali sepanjang kehidupan beliau. Itulah kehebatan yang dimiliki oleh ulamak tersohor Umno, Abdullah Saamah yang mana mempunyai pengikut ratusan juta di seluruh dunia.

Pada satu ceramah yang dibuat oleh Abdullah Saamah, beliau memetik seperti dibawah dan anda sendirilah menilai akan kata-kata yang keluar dari mulut seorang yang mengaku dirinya alim selepas berjuta-juta disalurkan oleh kerajaan Umno ke pondoknya.


  1. 0:03 : "Nabi Muhammad baru duduk, turun daripada Mekah napok doh (dah nampak), hok (apa) Nik Aziz buat..."
  2. 0:31 : "Nabi jale-jale (jalan-jalan), sepak berhala... berhala hok (yang) tidur ado (ada) jugok. Nabi tersemban situ, sapo (siapa) buat ni? Nik Aziz Jugok buatnyo....
  3. 0:45 : "Kalau Nabi Muhammad bangkit loni (sekarang ni), dia mari Kelate (Kelantan), dia bunuh Nik Aziz, dia mari bunuh ore (orang) PAS".
  4. 5:09 : "Ambo (Saya) mimpi, tengok Nabi Muhammad mari tepuk bahu ambo (saya), sebut lebih 30 kali..... betul doh hok ambo (dah betul yang saya) buat ni...."
Inilah perangai pendokong parti yang berasaskan perkauman demi sedikit imbuhan dunia, hukum hakam sanggup diketepikan. Begitu juga dengan seorang peguam yang bergelar ahli parlimen (ZulKulim) demi dunia sanggup menghalalkan perbuatan Najib/Rosmah mengunjungi makam Mustafa Kamel Artatturk seorang yang di laknat oleh Allah s.w.t. kerana menghina Allah dan Rasul Nya. Disebabkan mempertahankan tindakan PM dan isterinya maka dapatlah title 'Datuk'.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_OHtbW0Sjqtyo7iNjOPSD4Vg-EFxTCy5IxR28Sj46yLXBUWW_bgHCVgoacumLmpntujkfcfnb8Qoxt2BeaKOppBcyzNZnJtNwKJaot9Y_ZpdD_ijPi7JkernWvW48vpPw7ujr0ALKrQ/s1600/Zul+Nordin.jpg

Sekarang ini ZulKulim a.k.a. Firaun Besar sedang dibantai dek keceluparan beliau menghina patung penganut Hindu. Dalam keadaan terdesak beliau menyatakan yang penghinaan beliau terhadap patung dewa Murugan itu berlaku 10 lepas sedangkan patung itu sendiri baru siap pada tahun 2006. Beliau cuba mengaitkan PAS kononnya penghinaan beliau semasa beliau masih lagi ahli PAS. 

Apa kena mengena dengan PAS, kamu ahli ker, pemimpin ker, penyokong separuh masa ker, penyokong sepenuh masa ker, PAS tidak pernah mengajar para pemimpin dan ahlinya bersikap seperti ZulKulim. Patutlah PAS tolak beliau dari menjadi calon pada pilihan raya 2004 dan Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor ketika masih hidup tidak menyukai beliau. Inilah ketinggian ilmu yang dimiliki Al-Marhum yang mana beliau dapat melihat dan membaca gerak badan ZulKulim a.k.a. Firaun Besar
Firasat Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor telah menunjukkan kebenarannya sebagaimana doa panjang umur untuk Mahathir agar beliau dapat melihat kerosakan yang beliau lakukan semasa berkuasa selama 22 tahun telah terserlah dengan serangan pengganas di Lahad Datu, Sabah. Kita tunggu dan lihat apa lagi yang akan berlaku hasil daripada tindakan Mahathir yang memerintah secara kuku besi. Kita tidak mendoakan keburukan dan kita diajar agar bersangka baik terhadap seseorang tetapi apabila yang dipanjangkan umur masih tidak sedar diri, kita nak kata apa lagi./Musafirlalu

1 ulasan:

Berita dari gunung berkata...

ramai orang kampung telah baca surah berkait KAUM LUTH, dan orang kampung juga sedia maklum sering hamba Allah akan terkeliru dengan watak-watak Kaum LUTH... ramai orang kampung tidak setuju Hadi Awang menjadikan "kalimah Allah" sebagai hakmilik beliau sendiri dan menjual kepada rakan-rakan kafir dengan nilai RM24 juta....

Orang mengaji tinggi dan berserban panjang menjurai ke bumi mungkin berfikir cara lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular