Translate

Rabu, 10 Julai 2013

Tidak Berganjak, Jutaan Rakyat Mesir Berterawih Di Dataran Raba'ah

(Suasana terawih para penyokong Morsi di Dataran Raba'ah malam tadi)

MESIR: Meskipun berdepan peluru hidup dan keganasan tenteta, para penyokong Dr.Mohamad Morsi langsung tidak berganjak dari Dataran Raba'ah yang menyaksikan puluhan orang terkorban ditembak tentera Subuh kelmarin.

Malah dikatakan jumlah kehadiran di dataran ini semakain ramai sehingga memeningkan pasukan polis dan tentera Mesir yang telah melakukan rampasan kuasa terhadap Morsi minggu lalu.

Malam tadi, jutaan penyokong Morsi menjadikan Dataran Raba'ah sebagai medan menyambut 1 Ramadhan. Malah mereka juga nekad akan berkampung di sini sehingga Morsi dibebaskan dari tahanan tentera.

Suasana terawih malam tadi meyaksikan mereka membentuk saf memenuhi setiap ruang kosong di kawasan tersebut sekaligus merubah dataran itu kepada lautan manusia.

Jalan-jalan menuju ke dataran itu juga dilihat penuh dengan penyokong yang membentuk saf memanjang sehingga puluhan kilometer.

Lebih menaikkan semangat pendokong Morsi apabila Syeikh Umum Qurra' Mesir, Dr.Ahmed 'Isa Ma'sarawi turut turut menyatakan sokongan bersama rakyat di sini menolak rampasan kuasa oleh tentera dan mendesak Morsi dikembalikan ke jawatannya semula.

Beliau turut diberi penghormatan mengimamkan solat terawih di sini malam tadi.

Malah beliau juga mengumumkan akan menjadi imam kepada umat Islam di Dataran Rabaah sepanjang Ramadan ini.

Berikut antara pemandangan terwaih di Dataran Raba'ah malam tadi.

Selasa, 9 Julai 2013

Morsi Sampaikan Pesanan Dari Dalam Tahanan.



Dr. Muhammad Morsi yang ditahan oleh tentera di Bangunan Pengawal Republik semalam turut mengirim nota pesanan kepada seluruh penyokong beliau di Mesir.

Dalam kiriman itu, Morsi menulis "Jarak antara kekalahan dan kemenangan adalah kesabaran satu saat. Aku yakin akan kembali kepada rakyat yang telah memberikan mandat melaksanakan amanah ini.”

Pesanan itu dibawa dan disampaikan oleh pemimpin Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) Dr. Solah Sultan, di hadapan jutaan penyokong Morsi yang berkampung di hadapan Bangunan Pengawal Republik sejak beliau dijatuhkan secara rampasan kuasa oleh tentera beberapa hari lalu.

Menurut Dr Solah, nota itu diberikan Morsi kepada seorang pengawal dari dalam tahanan dan telah menyerahkannya kepada beliau.

Semalam, di hadapan bangunan ini jugalah dilaporkan lebih 50 penyokong Morsi terbunuh ditembak ketika sedang solat Subuh manakala lebih 300 lagi cedera.

Minta sejadah dan al-Quran

Sementara itu, seorang ulama Khalid Gharib seperti dilapor Islam Post dilaporkan berkata, sepanjang dalam tahanan, Morsi tidak meminta apa-apa selain al-Quran dan sejadah.

Menurutnya, seorang jeneral tentera yang mengawal Morsi bernama Shubhi enam kali datang memujuk Morsi agar menerima rampasan kuasa ini.

“Tapi setiap kali dia memujuk, Presiden Mursi menolak dan mengatakan: ‘Bunuhlah aku, karena itu sangatlah ringan bagiku berbanding terpaksa bersaksi dusta',"


Laman web jeneral Al-Sisi Digodam

(Nota yang ditinggalkan penggodam Qassam di wen peribadi Al-Sisi)

Kemarahan rakyat khususnya penyokong Dr Muhammad Morsi terhadap tentera yang merampas kuasa bukan sahaja tertumpu kepada keluar berhimpun membuat bantahan di seluruh Mesir tetapi juga melibatkan serangan maya.

Terbaru, web rasmi jeneral tentera Abdel Fattah Al-Sisi, yang dilihat orang bertanggungjawab sebagai dalang menjatuhkan Morsi, digodam pihak yang menggelarkan diri mereka sebagai al-Qassam Hacker.

Awal pagi tadi, maklumat web Al-Sisi digodam mula tersebar di alam maya khususnya di Facebook dan Twitter.

Laman web tersebut dengan alamat http://www.abdelfatahalsisi.com sepatutnya mengandungi maklumat peribadi Al Sisi, serta pelbagai aktiviti tentera Mesir tetapi diganti dengan gambar Presiden Mesir Muhammad Morsi, dengan latar belakang gambar penyokong sedang berhimpun.

Satu nota dalam Bahasa Arab turut ditinggalkan bertulis "Laman web ini telah dipintas oleh Qassam Hacker. Assalamualaikum, Bersama ini kami mengumumkan kepada semua khalayak, dengan izin Allah Dr. Muhammad Morsi akan segera kembali. Wahai para pengkhianat, para tentera dan sisa-sisa rejim penguasa, Nyahkan kakimu dan jangan kalian ganggu Muhammad Morsi".

Al-Qassam lebih sinonim dengan gelaran kepada pasukan tentera elit Hamas, Palestin dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Namun perkaitan dengan revolusi terbaru Mesir ini tidak dapat disahkan. Sumber

Isnin, 8 Julai 2013

Adakah Rakyat Mesir Akan Membiarkan Negara Mereka Di Perintah Boneka AS dan Israel Tanpa Pertumbahan Darah...!!!

Krisis Mesir


MESIR. Selepas Presiden Mohamed Mursi digulingkan, tunjuk perasaan di antara penyokong dan puak anti-Mursi terus-terusan mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Mesir.

Tunjuk perasaan diadakan semalam sebagai protes di atas pemilihan Mohamed El Baradei sebagai presiden interim menggantikan Mursi.

Setakat ini, 30 maut dan lebih 1,000 cedera dalam demonstrasi melibatkan penyokong Ikhwanul Muslimin dan pihak anti-Mursi.

Sementara itu, media tempatan melaporkan Menteri Keadilan Mesir, Ahmed Suleiman pula meletak jawatan semalam.

Mursi digulingkan sebagai Presiden Mesir minggu lalu oleh pihak tenteranya sendiri.

Buat masa ini, Baradei berperanan sebagai Presiden interim negara itu.


Boneka Amerika Kuasai Mesir

Boneka AS kuasai Mesir

SEJAK hari pertama penggulingan Presiden Mohamed Mursi, khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan nama ejen Amerika Syarikat (AS) Mohamed ElBaradei bakal tersenarai dalam kerajaan sementara Mesir sebagai Presiden atau Perdana Menteri.

Namun kini segalanya terus menjadi persoalan apabila pemenang Anugerah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu mungkin bergelar Perdana Menteri selepas berjaya dilobi AS dengan alasan untuk meredakan dan menangani krisis di negara itu selepas bergolak sepanjang minggu lalu.

Ketika perkara itu terus menjadi persoalan, Dataran Tahrir dan Dataran Raba’ah masih bermandi darah. Kumpulan anti Mursi didalangi pergerakan Tamarod yang suatu ketika dahulu pernah menggulingkan bekas Presiden diktator Hosni Mubarak pada 2011 meneruskan protes hingga puluhan nyawa terkorban dan ribuan cedera.

Agensi berita Mena dan beberapa sumber pegawai mengesahkan, pelantikan ElBaradei dibuat selepas Presiden sementara Adly Mansour mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin dalam barisan kerajaan sementara termasuk tentera semalam.

Penasihat dan jurucakap presiden sementara, Ahmed al-Muslimani yang baru dilantik kelmarin berkata, ElBaradei adalah pilihan logik dan terkuat,” menurut laporan itu.

Sebelum lantikan dibuat, Angkatan Tentera Mesir diketuai Jeneral Abdel Fattah al Sisi sedaya upaya meyakinkan ‘parti atas pagar’ Salafi Al-Nour  untuk serta menyokong pelantikan itu.

Kini, Angkatan Tentera Mesir, pergerakan Tamarod, Parti Penyelamat Negara dan penyokong anti Mursi bersorak di Dataran Tahrir dan di hadapan Istana Ittihadiya  bagi menyokong pelantikan tersebut. Sementara, jutaan penyokong Mursi mengalirkan air mata dan masih terus berkabung atas penggulingan insan bergelar Hafiz itu.

Usaha penyokong Mursi untuk melihat pemimpin itu dibebaskan masih dilakukan dengan jutaan pengikutnya berhimpun melakukan solat Hajat dan berkhemah di luar Masjid Rabaa al-Adawiya, Kaherah dengan ulama terkemuka Mesir, Yusuf al-Qaradawi mengeluarkan kenyataan meminta jutaan rakyat Mesir meneruskan sokongan ke atas Mursi.

AS mengaku desak Mursi meletak jawatan sejam sebelum digulingkan

Penasihat kanan Mursi yang juga diarahkan untuk perintah berkurung ketika penangkapan Presiden itu, Essam al Haddad mendedahkan, sejam sebelum Mursi digulingkan, Penasihat Keselamatan AS Susan Rice menghubungi Mursi memaklumkan rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekiranya beliau terus berdegil enggan meletakkan jawatan.

“Menteri Luar Arab sebagai wakil kepada AS telah menghubungi Mursi mendesak supaya melepaskan jawatannya itu bagi mewujudkan peralihan baru dalam Kabinet  atau tentera akan melakukan rampasan kuasa,” katanya.

Essam berkata, ketika itu beliau ada bersama Mursi di rumah Pengawal Keselamatan Republikan dan Mursi terus berkeras enggan melepaskan jawatan itu dan bersumpah untuk terus menyelamatkan Mesir.

“Mursi kemudiannya menghubungi Duta AS ke Mesir Anne W Patterson dan menyatakan pendirian beliau sebagai tidak akan melepaskan jawatan itu dan jangan masuk campur dalam urusan negara,” katanya.

Menurutnya, selepas Mursi selesai menghubungi Patterson, Rice kemudiannya menghantar  khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur sindiran.

“SMS berbunyi: ‘Ibu Amerika baru menghubungi kami, permainan ini akan tamat dalam tempoh sejam’-- (Ibu Amerika merujuk kepada gelaran sinis Mesir bagi kuasa Barat yang telah bertahun-tahun menyokong dan memberi berbilion dana kepada tentera Mesir). Sejam kemudian, SAH! Abdel Fattah mengumumkan penggulingan Mursi dan tentera mengambil alih kuasa,” katanya.

Campur tangan AS jelas

Jika disingkap, punca penggulingan dan desakan menjatuhkan Mursi melalui protes besar-besaran memang didalangi oleh AS dan tuduhan itu adalah jelas.

Pentadbiran Mursi selama setahun lima bulan itu goyah selepas dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat.

Ini kerana semua barisan penentang beliau terdiri daripada individu mempunyai hubungan rapat dengan AS manakala kumpulan penyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikwanul Muslimin yang telah bertapak di Mesir lebih 80 tahun.

Sejak Mursi melantik Abdel Fattah sebagai komander tertinggi negara, Mursi selalu dituduh memonopoli kuasa dengan memberikan jawatan tertinggi kepada ahli Ikwanul Muslimin.

Essam berkata, lantikan Abdel Fattah merupakan kejutan kepada gerakan itu tetapi mereka menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka selepas diberi keyakinan oleh Mursi apabila menggelar Jeneral itu sebagai ‘orang boleh dipercayai’.

“Ketika saya dan Mursi menghadiri mesyuarat di Washington Disember lalu, Barrack Obama mendesak supaya melantik wakil pembangkang untuk membarisi Kabinet. Setiausaha Negara, John Kerry pula pernah mencadangkan ElBaradei patut dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi cadangan itu ditolak mentah oleh Mursi,” katanya.

Kini jelas, segala episod drama penggulingan Mursi tercatat dan dirancang dari awal oleh sekutu AS yang selama ini menjadi 'musuh dalam selimut' kepada pentadbiran MOHAMED MURSI...

Ahad, 7 Julai 2013

Rakyatku Telah Memilihku



Ikhwanonline: Pentas utama yang menjadi perhimpunan rakyat menyokong Presiden Mursi di hadapan Bangunan Pengawal Republik mengumumkan rampasan kuasa tentera telah gagal kerana askar terpaksa mengadakan rundingan dengan Mursi.

Rundingan tersebut ialah meminta Mursi melepaskan jawatannya maka beliau dijanjikan akan dibebaskan serta tidak akan dipenjara. Menurut urusetia di pentas tersebut, walau bagaimanapun Mursi menolak untuk melakukan demikian sambil menjawab "Rakyat aku yang memilih aku."

ULASAN SAYA: Dengan penjelasan dari sumber Ikhwanonline ini menjawab sebaran sebelum ini bahawa terdapat rundingan antara Mursi dan tentera tetapi keputusannya gagal kerana Mursi masih bertegas tidak akan melepaskan jawatannya sebagai tukar ganti dengan pembebasan beliau dan dijanji untuk tidak akan dipenjarakan.

Gambar: [ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Sabtu | 06 Julai 2013 | 08.50 malam

Ringkasan kenyataan terbaru oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah hari ini.

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

Ringkasan kenyataan terbaru oleh Al-Imam As-Syeikh Al-Akbar Al-Qaradhawi Ketua Persatuan Ulamak Sedunia Hafizahullah hari ini.

1. Rakyat Mesir mestilah bersama menyokong Presiden yang sah,Dr.Muhammad Mursi,kekalkan perlembagaan kerana ia merupakan kemestian untuk disempurnakannya manakala Abdul Fattah As-Sisi mestilah menarik balik tindakannya.

2. Fadhilatus Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Tayyib telah memilih jalan yang lebih menyukarkan akibat bersetuju dengan tindakan tentera ke atas Presiden Dr.Muhamamd Mursi.

3. Semua pihak di Mesir perlulah kembali bersatu untuk mengekalkan apa yang telah dicapai dalam Revolusi yang lalu.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
via Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


Khamis, 4 Julai 2013

PRK Kuala Besut: Bila Idris Mabuk Pil Kuda, Mat Said Mula Garu Kepala..

Kuala Besut, Terengganu, Malaysia

Adakah Idris layak menjawat jawatan Menteri Pendidikan bila beliau mengeluarkan kenyataan yang BN mempunyai 18 kerusi bila dicampur dengan satu kerusi speaker yang bukan seorang Adun. Nampaknya negeri yang diperintah Pakatan patut meletakkan speaker dan timbalannya bukan dari kalangan Adun supaya PR mempunyai tambahan dua kerusi. Memang betul apa yang dikatakan sifu mereka yang bodoh-bodoh sahaja menyertai Umno/BN dan yang cerdik-cerdik semuanya menyertai PAS, DAP dan PKR.

Adakah sejarah akan berulang kembali bila kerusi Dun Kuala Besut akan dimenangi semula oleh PAS. Walau pun mereka menang dengan majoriti cukup selesa pada PRU13 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS sebanyak 2,434 undi tetapi kemenangan mereka penuh dengan penipuan atas pertolongan komponen mereka iaitu SPR. Pada pilihan raya 1959, PAS berjaya menawan Terengganu dengan memperolehi 13 kerusi daripada 24 kerusi yang dipertandingkan dan ia termasuk Dun Kuala Besut.

Antara tahun yang dimenangi oleh PAS di Dun Kuala Besut ialah pada tahun 1959, 1969, 1974 (semasa bersama BN) dan pada tahun 1999. Pada tahun 1978, BN menang di semua kawasan Dun yang berjumlah 28 Dun iaitu tahun yang amat pahit selepas PAS ditendang keluar dari BN dengan cara yang cukup tidak bertamadun selepas jasa-jasa PAS dibangku sampahkan.. Inilah antara sebab yang PAS tidak akan bersama lagi dengan Umno walau apa pun habuan yang mereka bagi dan PAS tidak akan membiarkan mereka dipatuk ular buat kali kedua.

Pada PRU12 mereka menang dengan majoriti 2,631 undi dan sokongan mereka mula susut kepada majoriti 2,434. Apa pun Dun Kuala Besut bukanlah kubu kuat Umno jika kita melihat kembali sejarahnya yang bermula pada pilihan raya 1959, PAS pernah menang beberapa kali di Kuala Besut tetapi sejak akhir-akhir ini orang melihat Kuala Besut yang dipimpin oleh Deris N dianggap sebagai kubu kuat mereka tanpa memikirkan yang semua kemenangan yang diperolehi adalah kerana bantuan daripada penipuan yang dilakukan oleh SPR.

Kembali kepada angka, pada PRU12 jumlah yang layak mengundi ialah seramai 14,180 dengan yang keluar mengundi ialah seramai 12,140 yang mewakili 85.61 peratus satu angka yang cukup tinggi kerana para ahli kubur bangkit keluar mengundi dan kerana jari-jari sudah menjadi rangka maka undi yang tidak di kembalikan  menjadi 385 undi kerana hantu-hantu kubur membawa balik kertas undi ke kubur.. Ianya menjadi satu pengajaran buat Umno maka mereka mempastikan yang hantu-hantu kubur memasukkan kertas undi sedalam kotak undi dan ianya berjaya apabila pada PRU13, undi yang tidak di kembalikan turun mendadak menjadi 53 undi sahaja.

Daripada 17,679 pengundi berdaftar, seramai 15,328 (87 %) yang keluar mengundi di mana 144 adalah undi rosak dan 53 kertas undi tidak di pulangkan. Maka undi yang sah di kira adalah sebanyak 15,131 berbanding 11,615 undi pada PRU12. Walau pun PAS kalah dengan majoriti 2,434 undi tetapi PAS berjaya mendapat undi popular sebanyak 52.75 % berbanding dengan BN sebanyak 47.24 % daripada pengundi baru. Yang kalah tetap kalah tetapi adakah Umno merasa cukup selesa dengan majoriti tersebut?.

Perlu di ingat yang Mat Said bukan MB pilihan Najib, demi mengikut arahan Sultan maka Mat Said tetap dilantik sebagai MB Terengganu. Adakah Mat Said sedar yang beliau tidak disenangi oleh Najib dan kem Idris N jika kita melihat bagaimana Mat Said dinafikan peranan beliau untuk menjadi pengapit Muhyiddin sebagai timbalan PRK Kuala Besut. Untuk menyakitkan lagi hati Mat Said, Najib telah melantik Idris N selepas Idris N diberi taraf Menteri Penuh dalam kabinet baru Najib. Najib melihat kekalahan besar BN di Terengganu adalah kesalahan Mat Said yang cukup besar. Najib dan Rosmah tidak akan memaafkan Mat Said walau pun Mat Said mencium kaki Rosmah sekali pun.

Isu tanah cukup sinonim dengan urus tadbir Mat Said apabila timbul isu pemberian tanah seluas 12,000 ekar kepada 12 kilang papan yang dimiliki oleh para kroni Mat Said dan rakyat Terengganu juga tertanya-tanya ke mana hilangnya wang milik rakyat Terengganu sebanyak RM 30 juta. Jika PAS berjaya membongkar isu tanah 12,000 ekar yang diberi kelulusan oleh Mat Said, ia akan menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja.

Ini kerana rakyat Terengganu yang telah memohon berpuluh-puluh tahun tidak dilayan dan mereka minta bukannya sampai beribu ekar cuma apa yang mereka pohon hanya tapak untuk mendirikan sebuah rumah. Apatah lagi dengan tanah-tanah yang telah diberi geran hakmilik oleh kerajaan PAS pun dirampas kembali oleh Idris N sehinggakan beliau tidak disenangi oleh pihak Istana. Apa yang saya tahu, tanah-tanah yang dirampas itu telah dibahagi-bahagi kepada ketua bahagian, timbalan, ajk-ajk, ketua cawangan dan para jkkk.

Katakan tidak buat Umno untuk jika anda memikirkan untung nasib anak-cucu anda pada masa hadapan. Usah melakukan kesilapan kerana yang lepas tidak akan kembali tetapi anda lah yang akan mencorakkan negeri anda sendiri dengan memberi undi kepada PAS. Apa sahaja yang mereka taburkan baik wang ringgit atau kain batik pelikat, jangan ditolak akan rezeki kerana ianya adalah milik anda yang sudah lama diratah oleh para pemimpin Umno tanpa mengira kedudukan./Musafirlalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular