Aku ni bukan pandai sangat bab-bab ugama kalau nak di bandingkan dengan DS Zambry kerana dia lagi pandai daripada aku. Pasal dia ada penasihat agama, mufti lagi. Tak cukup dengan mufti, dia lantik sorang lagi jadi penasihat agama lebih muda bertaraf exco lagi, macam mufti juga sama taraf dengan exco. Bayangkan lah dia saja ada dua orang penasihat agama, sorang mufti, sorang lagi bertaraf exco. Bukan apa, pasal mufti tu dah berumur, mana lah tahu kut-kut ter'nyanyuk' sikit(maaf ya... minta laluan). Kerana itulah terpaksa lantik yang muda sikit, pasal yang muda ni gerenti cergas otaknya. Tapi apa kan daya, lantik yang muda terlebih cergas pula.
Ini mesti idea penasihat muda yang suruh Zambry jolok tentang Nizar pegang lilin di pejabat DAP tempoh hari semasa sidang akhbar tentang kematian Teoh Beng Hock. Konon-kononnya boleh buat modal politik, pasal orang Melayu ni sensitif sikit kalau bab-bab agama. Siap suruh PAS keluarkan fatwa lagi, tentang isu pegang lilin. Ingatkan boleh perkenakan Nizar, rupa-rupanya kena lubang hidung sendiri. Tak pasal-pasal kena TKO dari TGNA, ini semua kerana penasihat agama yang muda la tu. Tak boleh diharap langsung, dahlah aku bagi pangkat taraf exco, ini balasan kamu kat aku......... puiiiiiiiiiiiiiiih, tak guna. Bab tu aku reka sendiri.
Kalau nak kira hukum, suruh lah penasihat agama yang muda tu beri hukumnya. Tolong hukum kan tentang adat bersanding, mandi bunga, saka, bertindik di hidung, main pantai, main teri, bertafakur di tugu negara, sure heboh dan merampas negeri secara haram. Banyak lagi kalau nak ikut kan hati, tapi tolong jawab yang sikit ini dulu. Sebelum nak mengata orang cermin lah muka dulu.
Pasal aku jahil lah, aku kena tanya SS Alfadhil Ustaz Zambry Al-D-Pulaui. Kerana beliau sememangnya seorang yang teramat arif tentang fatwa-fatwa ni. Bab hukum hakam ini memang telah teruji akan fatwa-fatwa yang telah beliau keluarkan seperti Sure Heboh dan Rampasan Negeri. Harap-harap boleh Alfadhil tolong jawab soalan yang menjadi kemusykilan hamba selama ini.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 23 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sejak dari kecil saya mendengar cerita dan melihat filem Robinhood. Beliau terkenal sebagai lagenda di England. Tinggal di hutan Sherwood di...
-
Ini adalah pertemuan pertama Presiden Mesir yang baru dan anda boleh membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sejarah moden telah...
-
Ia pembaharu tasawuf dan filsafat dalam Islam. Gagasan dan karya-karya Hujatul Islam ini, menjadi rujukan sampai sekarang. Dalam rak-rak di...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
Kemaskini 12.50 tgh: | Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh Harakahdaily terhadap perjalanan sidang Dun yang diadakan di Banguna...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
Terkini 10.00 am : Kami Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh. ...
-
Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari ...
-
SPRM (Skuad Penjaga Rosmah Mansor) Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan