Memang amat mengelirukan apabila Suruhan jaya Di Raja dibentuk. Saya antara orang yang pertama yang mempertikaikan penubuhan Suruhanjaya Di Raja tersebut. Bukan kerana ingin mendabik dada, tetapi kerana kejahilanlah yang membuatkan saya tertanya tentang kenyataan DS Najib tersebut.
Kerana itulah saya mempertikaikannya apabila DS najib menyebut inkues untuk melakukan siasatan tentang kematian Teoh Beng Hock. Suruhanjaya Di Raja dibentuk hanya untuk menyiasat cara SPRM melakukan siasatan. Maka di sini telah timbul kekeliruan tentang siasatan kematian Teoh.
DS Najib cuba mengaburi pandangan rakyat dengan penubuhan Suruhanjaya Di Raja itu. Kerana beliau ingin menunjukkan kepada rakyat yang beliau telah membuat perkara yang dimahui oleh rakyat jelata. Memang diakui ramai orang telah tertipu dengan taktik beliau itu. Saya mengharapkan yang para pemimpin Pakatan Rakyat dapat memberi penerangan yang jelas kepada rakyat tentang pembohongan yang telah dilakukan oleh DS Najib berhubung kematian Teoh.
DS Najib hampir berjaya mengabui rakyat tentang penubuhan Suruhanjaya tersebut. Andainya perkara ini tidak diberi penerangan yang betul kepada rakyat, maka sia-sia sahaja kematian Teoh Beng Hock. Seperti yang saya katakan yang saya bukanlah pandai sangat tentang undang-undang, tetapi apabila DS Najib menyebut terma-termanya dan inkues maka ternyata siasatan itu tidak pergi kemana-mana.
Apa tidaknya kerana inkues hanyalah tidak lebih kepada siasatan koroner yang ketuai oleh seorang Majistret. Di mana kuasanya adalah terlalu terhad tanpa mempunyai apa-apa kuasa untuk memanggil saksi=saksi. Maka ternyata lah beliau cuba menyembunyi kan sesuatu daripada SPRM. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia agar mendesak Suruhanjaya Di Raja yang dibentuk mestilah betul-betul menyiasat akan kematian Teoh Beng Hock. Kita berjuang tidak mengira siapa dia, apa ideologi dia, pegangan agama dia dan sekiranya penyokong Umno pun kita akan membelanya di atas prinsip keadilan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 25 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sejak dari kecil saya mendengar cerita dan melihat filem Robinhood. Beliau terkenal sebagai lagenda di England. Tinggal di hutan Sherwood di...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
Ini adalah pertemuan pertama Presiden Mesir yang baru dan anda boleh membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sejarah moden telah...
-
Ia pembaharu tasawuf dan filsafat dalam Islam. Gagasan dan karya-karya Hujatul Islam ini, menjadi rujukan sampai sekarang. Dalam rak-rak di...
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad didesak segera campur tangan untuk membantu menyelesaikan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang...
-
Karena ketekunannya dalam beribadah dan menuntut ilmu, Nabi Idris dikaruniai Allah SWT pengetahuan yang luas dan dalam. Dialah manusia pert...
-
Apabila timbul cakap-cakap tentang kematian MJ adalah satu pembunuhan terancang, maka tidak mustahil perkara ini boleh berlaku. Dan yang pas...
-
Berkaitan dengan isu penghina oleh Aduka Taruna, ada penulis yang menyokong tulisan AT membidas blogger dari Terengganu yang tidak dinama...
-
Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan