Translate

Sabtu, 7 November 2009

Benarkah Dr. Aziz Bari Keterlaluan.............

Saya mengambil aktikel ini daripada blog Episode Perjuangan yang bertajuk ...DR.AZIZ BARI KETERLALUAN...... benarkah apa yang dituliskan itu. Bagi pendapat saya, mungkin bahasanya sedikit kasar jika membaca aktikel ini.


Bukan sikap kita sebagai jemaah Islam akan menghentam apabila pendapatnya tidak selari dengan kita dan kita akan menyanjunginya jika pendapatnya mengikut cita rasa kita. Kita sepatutnya menghormati apa sahaja yang ingin beliau luahkan sebagai seorang yang melihatnya dari sudut pandangan beliau sebagai seorang penganalisis perlembagaan Malaysia.


Mungkin ada sikit kelainan berkenaan pandangan politik beliau terhadap pucuk pimpinan parti yang mana beliau adalah seorang pakar dari segi perlembagaan Malaysia. Dan pandangan beliau berkenaan politik pasti akan berbeza. 


Walau bagaimana pun bagi saya, saya tetap akan menghormati pandangan beliau. Walau dari mana sudut pun beliau melihatnya. Kita dalam jemaah Islam patut berlapang dada dengan segala kritikkan yang dilemparkan dan tidak perlulah kita mengikut rentak tari cara Umno. 

Sekuat mana dan selemah mana pun kita, kita tidak akan dapat memuas semua pihak. Hatta jemaah kita sendiri, jauh sekali dengan musuh-musuh kita yang sentiasa mengintai peluang untuk memporak perandakan kepercayaan pendokong jemaah kita sendiri.
(Musafirlalu)

















1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .
2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .


16 comments:

abu said...
bkn aper bro.dr sorang nie dah besaq kepala dan rase hebat ,apebila tok guru bagi respon dia punye kritik dan pas bekocak.
denaihati said...
Aziz Bari sangat JELAS adalah agen luar yang sedang MEROSAKan PAS dengan menggunakan status Profesor. SEtelah agen luar GAGAL menggunakan orang dalam PAS sekarang mereka semakin agresif menyerang PAS. MEREKA yang lebih mementingkan kuasa DUNIA daripada KUASA kerana ALLAH swt. Mereka menjadi semakin gelojoh dan rakus untuk melihat PAS dikuasai oleh mereka dan yang lebih penting melihat PAS lemah dan mengikut telunjuk. Rakyat yang bukan Ahli pas tapi setia dengan PAS sendang melihat dari jauh. Jangan jadikan mereka semakin JAUH. http://1-malaysia.blogspot.com
Amri Mat Saaid said...
salam Rilek lah Ustaz
Anonymous said...
ana rasa begitu juga tghh jauh lebih baik dari 1000 pemimpin umno
Kiko said...
Pengajaran buat semua pimpinan PAS khususnya PAS Pusat dan Perhubungan Negeri agar tidak menyerang dan memburukkan pimpinan PAS melalui blog atau media. Berhati-hatilah ketika menjawap soalan2 provokasi dr wartawan media. Jgn kerana ingin mengejar populariti, maka dijawap semua soalan dr wartawan walaupun ia akan memecah-belahkan pimpinan & ahli2 PAS. Ada waktunya kita perlu diam demi kebaikan parti. Manusia tidak sempurna. Andai ada yg tak berpuashati terhadap pimpinan, buatlah laporan kepada J/kuasa displin parti. Itu lebih baik dan musuh juga tidak mengetahui akan kelemahan kita.
Kasturi said...
Dr. Aziz memangnya dah naik tocang kerana pandapatnya mendapat respon terutamanya oleh mursyidul am pas sendiri. Riuh rendah dan haru biru pas dibuatnya. Kukuhkah dan kuatkah pas, cuma dengan pandangan oleh orang luar yang entah apa agendanya dapat memporak perandakan pas. Malang sekali ada sesetengah orang pas sendiri begitu memandang tingi pemimpin pakatan lain berbanding pemimpin parti sendiri. Saya berharap pimpinan atasan meskipun dalam usaha menjaga perpaduan dalam pas patut bersikap agresif menentang pihak-pihak yang menyerang. Jangan dibiarkan pihak tersebut membentuk persepsi bahawa pemimpin atasan lemah dan tidak berdaya. "Speak Softly and carry a big stick; you will go far."
Anonymous said...
salam... sesungguhnya saya amat bersetuju dengan tulisan ustaz ini.. semoga Allah Swt memperkukuhkan jemaah ini dan menghancurkan perancangan musuh dari dalm dan luar.....
Anonymous said...
Dr Aziz Bari tu keterlaluan..Pemuda PAS di bawah Din Tantawi pulak terlalu slow dan lembab..suka tonjol diri..Din,jgn hentem sgt org yg dh terbukti negative dgn perjuangan Pas..Pemuda di bawah enta dah jauh ketinggalan kebelakang.enta mungkin tak nampak tapi kami di bawah jelas je tgk enta suka berlagak, pakaian pun menunjuk2..leadership?setaraf hishamuddin husin je..
Anonymous said...
saya telah lama mengesyaki bahawa aziz adalah agen dan jurucakap individu tertentu.kini telah terbukti.
Anonymous said...
kalau tidak pahit bukanlah ubat namanya. kalau PAS tidak mahu berubah tunggulah rakyat yang akan berubah dari PAS
anafakir said...
Salam perjuangan..."siapa yang menulis dan siapa yang membaca"..Siapapun antara kita, pasti telah digerakkan olehNya untuk melakukannya.Ada hikmah di situ, tersembunyi walaupun terang bersuluh.Berfikir sesat itu lebih baik dari beramal tanpa ilmu.Jangan antara kita membiarkan emosi menguasai tindakan.Muhasabah diri kita.Kekadang kita terlepas pandang kesilapan kita sendiri, kesilapan kelompok kita, kesilapan perjuangan kita.Selalunya memang begitu..jadi kita beri peluang pihak luar yang sudi [ patut dialu-alukan ] untuk menegur dan mengingatkan kita.Tidak ada salahnya.Samada terlalu kasar dan biadap itu kita lupakan dahulu kerana orang lain tidak akan sama dengan diri kita.Kita tidak mampu untuk menjadikan orang lain seperti kita..selama-lamanya tidak boleh.Justeru kritikan dan lemparan tuduhan pihak luar lingkungan, kita dengar dahulu kerana pemimpin kita tidak maksum seperti NABI BESAR kita Muhamammad SAW.Sedangkan Nabi kita pun ada pihak yang tidak setuju, apalah sangat untuk dibandingkan dengan TGHH dan yang lain-lain tu.Tidak hangus mulut berkata api, tidak pekak telinga dek caci maki...kita berlapang dada dan redha dengan kritikan orang lain.Mungkin ada petunjuk untuk kita di situ yang ingin diberikan Allah kepada kita.Jangan ada unsur taksub kepada pemimpin kerana itu juga dilarang kecuali taksub kepada Nabi Besar kita kerana Baginda adalah maksum orangnya.Cakap Baginda melalui wahyu, cara hidup baginda menjadi sunnah buat kita.Oleh yang demikian andai kritikan Aziz Bari tidak benar, batil dan bersfiat jahil kita abaikan sahaja, andai tersirat kebenaran dan terbukti dakwaanya benar maka kita juga perlu berlapang dada untuk bertindak demi Islam tidak kira siapa pun mereka.TGHH dan pimpinan tertinggi boleh berlapang dada, kenapa kita melenting terlalu awal?.Darah muda tidak semestinya kita perlu membuktikan darah muda kita dengan tindakan kita mendahului batang tubuh yang dikaitkan.Darah muda merujuk kepada semangat dan idealisma yang mantap, tidak gerun dengan ujian dan dugaan, bersifat positif.Darah muda bukan merujuk kepada sikap melulu, panas baran, sukar untuk berunding, menafikan teguran orang lain hatta kita tidak pasti apakah teguran itu palsu atau benar?..maka kita dengar dulu.Munajat padaNya kemudian mohon petunjuk.itu lebih mulia dan luhur.Sekali kita berjuang dengan lebal Islam selamanya kita perlu istiqamah dengan ciri-ciri Islam- lemah lembut, diplomasi, berlapang dada,berjiwa besar, hormati semua orang,bertindak dengan hikmah, membimbing, mentarbiah, mempunyai kebijaksaan yang tinggi, bersikap benar, sentiasa menyampaikan yang benar, jujur dan husnul zhan...tidak guna kita berpakaian bagai ulamak, berilmu, fasih membaca quran, bijak berhujah tetapi dalam waktu yang sama kita juga memiliki sifat-sifat mazmumah yang lain seperti musuh-musuh kita.Saya berkeyakinan, ada sesatu yang baik boleh diambil iktibar dari teguran Aziz Bari dan Dr Hassan Hasbullah esok..kita hayati dan kita selami secara ilmiah untuk membuktikan PAS adalah sebuah parti yang sentiasa dekat di hati rakyat, boleh dikritik, boleh ditegur dan boleh diajak berunding.Tanpa sokongan rakyat...kita tidak mampu untuk memimpin.Rakyat mungkin lebih cerdik dari pemimpin tetapi peluang untuk bergelar pemimpin tidak ditentukan oleh Allah untuk mereka jadi beri ruang untuk mereka menyampaikan idea, mungkin pendapat terbaik untuk PAS...
Ahmad Hazwan said...
salam.maafkan saya ustaz...saya langsung tidak bersetuju dengan apa yang ustaz tulis..ustaz menulis dengan perasaan marah sehingga melihat prof dr Aziz mahu menjatuhkan PAS...Ustz tlah besangke buruk dn mungkin memfitnah beliau...Ustaz selaku org di atas tidak patut bertindak begini..pandangan ustaz harus lebih matang dan baik dari ini..
Reformis Jalanan said...
Ustaz tu yang keterlaluan sebenarnya, beginikah perangai pemimpin dan orang PAS, jika kenyataan menyebelahi mereka dipuji melangit, bila kritikan diberi, dihina sehina-hinanya. Prof Aziz ada hak nak nyatakan pendapat, biar dia lah. Saya pun bukan orang PAS, tapi sayalah yang kuat sekali mengkritik dan mendesak sesetengah pemimpin PAS supaya berundur. Bersih sangatkah PAS ini sampaikan tidak boleh dikritik, orang PAS memang macam ini, ingat diri merekalah yang terbaik. Semua yang ada pada mereka itu betul. poorah. Ustaz tak sedar ke yang PAS bakal lingkup? Atau ustaz masih lagi syok sendiri kerana keempukan kerusi Ketua Pemuda?? Jangan bila PRU yang akan datang baru PAS nak menyesal. Sekarang ramai yang bagi teguran, buat-buat keras kepala. Inilah masalahnya, dah menang sikit berlagak. Lupa diri. Ustaz sendiri sebagai Ketua Pemuda gagal untuk mengeluarkan pandangan yang boleh menyelamatkan PAS. Semacam tukang angguk pula. Pemuda seharusnya bersuara apabila parti dilanda masalah yang diciptakan oleh pemimpin parti itu sendiri. Mana dia suara Pemuda? Ustaz selama ini hanya tahu buat bantahan itu ini, mencabar, bla bla bla tapi bila berhadapan dengan pemimpin dalam parti dah jadi macam tikus. Selamatkanlah parti ini ustaz. Jangan biarkan keputusan 2004 berulang kepada PAS. Kalau nak dakwah, pengundi itulah targetnya. Bukannya membuatkan pengundi semakin menjauhi parti. Saya harap saya pun dilabel sebagai kurang ajar/biadap kerana mengkritik PAS walaupun saya bukan ahli. Terima kasih.
muhaimin sulam said...
Kulihat ombak makin bergelora. biarlah bahtera terus berlayar. nakhoda lebih mengerti bicara laut, angin dan langit dari aku di seberang benua mencatat setiap bintang yang beredar, sejarah mengajar kita jua yang jarang belajar. Kita selalu berbangga dengan monyet di hutan biarpun kera itu comel, jinak dan menghiburkan Jangan bergantung pada ekor monyet berdirilah pada kaki sendiri.
Anonymous said...
Tahniah Ust, orang menjual kita membeli ...macamni la pemuda.
Anonymous said...
salam, secara jujur lagi ikhlas saya telah menghidu bau-bau yg skrg ini Al Fadhil Ust telah dapat rasakan skrg. Olehitu saya harap ahli dan penyokong PAS tidak terkecuali pimpinan pusat tidak terperangkap dengan permainan musuh Gerakan Islam di negara kita. Allahuakhbar3

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular