APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 11 Jun 2010
Islam Adil Untuk Semua Jadi Tema Ucapan Dasar.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menawarkan kepada semua agar bersama-sama Islam yang dibawa PAS kerana 'Islam Adil Untuk Semua" yang dijadikan beliau sebagai tema Ucapan Dasarnya dalam muktamar PAS ke 56 ini.
Tema ini dipilih kerana mereka yang adil lebih dekat dengan taqwa dan PAS mahu keadilan diberikan kepada semua tanpa mengira siapa mereka, kata Abdul Hadi dalam ucapan dasar yang diberikan beliau dalam muktamar yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) hari ini.
Dewan besar Putik penuh sesak dengan kira-kira 5,000 perwakilan, tetamu dan pemerhati di samping ratusan petugas media dari dalam dan luar negeri mendengar ucapan beliau dengan khusyuk.
Turut menjadi tetamu adalah pemimpin Hamas Palestin walaupun rakan-rakan mereka sedang berdepan dengan tentera regi zionis Israel. Di samping itu, turut serta adalah pemimpin parti Al Adalah Maldives yang kini memerintah negara pelancungan itu.
Selain itu, pemimpin MILF dari Filipina juga turut serta bersama lain-lain tetamu.
Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS akan memperjuangkan keadilan untuk semua yang diberikan oleh Islam tanpa mengira apa-apa batasan.
Beliau berkata, Umno walaupun berkata akan memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya sedang menghancurkan Islam dan Melayu juga.
Ini kerana tindak tanduk Umno jelas merosak Melayu dan Islam, katanya.
Tindakan Umno juga merosakkan negara bahkan juga kaum lain di negara ini. Kehilangan blok minyak rugikan negara ratusan bilion ringgit. Umno juga terperangkap dalam retorik perkauman yang jauhkan kaum lain di negara ini. Inilah kecelaruan yang di bawa Umno, kata Abdul Hadi.
"Akhirnya, umat Islam terus ketinggalan dan berlakunya hakisan kesedaran dan kuasa, adalah hasil dari kesilapan kepimpinan negara kita yang tidak memperkasakan kepimpinan umat Islam dengan hanya melahirkan pemimpin yang tidak bermoral ddengan politik wang tanpa kewibawaan," kata Abdul Hadi.
Bagi beliau, Umno telah mengakibatkan malapetaka dahsyat berlaku terhadap masyarakat Melayu Islam apabila menanam kefahaman salah kepada mereka.
"Umno mendabik dada kononnya merekalah penyelamat Melayu dan Islam.
"Hakikatnya mereka telah gagal dan mengundang padah malapetaka.
"Imej Islam begitu murni telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan Umno," katanya.
Umno juga katanya menjadikan ekonomi negara sebagai modal pusingan di kalangan pemimpin mereka sahaja.
Blok minyak katanya diserah begitu sahaja kepada negara lain sebagai pertukaran.
Sehubungan itu katanya PAS wajib mentafsirkan Islam secara sempurna dan lengkap bagi membebaskan khurafat pemikiran yang dibawa Umno.
"Keadaan ini mewajibkan kita berusaha sedaya upaya supaya orang Melayu yang majoritinya Islam ini dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu.
"Di atas kegagalan Umno ini maka kita perlu mendampingi kelompok orang Melayu supaya mereka dapat bersama dengan PAS untuk diberikan kefahaman Islam yang sebenar," katanya.
(HarakahDaily)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Parti PAS adalah parti yang menggunakan lambang Bulan dan BN menggunakan lambang Dacing. Dari segi logik akal, apabila seseorang wanita itu ...
-
Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang jur...
-
Sebelum kita meneruskan dengan artikel berkaitan dengan Sejarah Islam ini, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'S...
-
BERCANGGAH TENTANG HUKUM FARAID Hukum Allah bukan satu pilihan untuk dipatuhi tetapi satu kewajipan http://kehidupanalguran.blogspo...
-
Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah . Mungki...
-
Apabila sesetengah orang Islam mempertikaikan hukum Islam untuk di laksanakan di Malaysia, antara alasan yang kuat ialah mencari saksi yang ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Dalam tercari-cari dan selongkar, saya tertarik kepada satu artikel yang sudah lama dikeluarkan, yakni pada Febuari 2009 oleh laman Ibnu Ha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan