Ucapan yang disampaikan oleh Murshidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika merasmikan Muktanar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat serentak malam kelmarin di Putik, Kota Bharu menyerlahkan natijah yang sangat menarik, yang membuktikan kepimpinannya masih unggul, dinamik, terkini, berwibawa, tegas dan berpandangan jauh.
Beliau melakarkan wawasan dan hala tuju PAS yang begitu jauh ke depan sebagai parti politik masa depan untuk rakyat Malaysia, bukan saja bagi umat Islam bahkan untuk pelbagai kaum dan agama. Walaupun dengan bertongkat ketika berjalan dan berdiri, memakai sarban dan jubah serba sederhana, dengan suara yang sedikit perlahan, beliau menyampaikan amanat yang amat penting bukan saja kepada pendukung PAS tetapi juga rakyat Malaysia seluruhnya, bahawa Islam sebagai rahmat seluruh alam, boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama, mengatur seluruh kehidupan manusia.
Kita tidak sama sekali untuk ‘mengkeramatkan’ Tuan Guru Nik Abd Aziz, namun pencapaian dan wawasan politiknya sangat mengkagumkan. Inilah kurnia Allah s.w.t. bukan saja kepada PAS dan pendukungnya tetapi kepada rakyat umumnya.
Dalam ucapannya merasmikan ketiga-tiga dewan itu, Tuan Guru mengingatkan sekali lagi bahawa PAS hendaklah kekal bersama dalam Pakatan Rakyat dan jangan ada sebarang lintasan fikiran untuk bersama Umno lagi. Beliau mengingatkan kembali muktamirin yang hadir akan sejarah pahit dan amat berbisa ketika PAS berada dalam Barisan Nasional dalam tahun 70-an, diperlakukan demikian rupa, hingga kemudiannya disingkirkan oleh Umno/BN pada tahun 1978, apabila pemimpin Umno merasakan parti itu kuat kembali.
Beliau mengingatkan kesemua sayap PAS akan pengalaman pahit ini di mana PAS Kelantanlah yang paling pedih sekali menerima kesan apabila berada dalam Barisan Nasiona sehingga tersingkir. Rata-rata mereka yang menghadiri majlis perasmian malam itu adalah mereka yang bakal mewarisi kepimpinan PAS pada masa depan, justru Tuan Guruk Nik Abd Aziz menegaskan hal ini sekali lagi. Ini sama seperti pesan dari Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq bahawa “orang Mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali dalam lubang yang sama.”
Beliau memulakan ucapan perasmiannya itu dengan mengimbas kembali apa yang berlaku di Kelantan empat dekad lalu yang begitu pahit yang dikongsi bersama oleh PAS Terengganu, iaitu sepanjang berdepan dengan Umno/BN. Katanya, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik dan dakwah.
“Kesemua pengalaman pahit manis ini merupakan khazanah PAS yang sangat berharga dalam mendepani cabaran pada masa akan datang,” katanya. Sepanjang menyertai pilihan raya, katanya, PAS pernah bersendirian dan mampu meraih sokongan rakyat di mana hasilnya, PAS berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum pada tahun 1959.
“Sekalipun berdepan dengan parti gabungan Perikatan pada masa itu – kini BN - namun kita berjaya mentadbir Kelantan dan Terengganu dengan baik. Sejarah juga mencatat bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak."
Kita menyertai Barisan Nasional demi perpaduan, katanya, namun kesannya amat parah kepada PAS khususnya di Kelantan di mana PAS sendiri telah berpecah empat — selain PAS, muncullah Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. Akibatnya PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut.
Ia, katanya, ditambah lagi dengan peristiwa PAS ditendang keluar daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978, tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, kita berjaya memperkukuh parti dan dapat memerintah kembali Kelantan pada tahun 1990.
“Inilah sejarah jatuh bangun PAS di dalam politik negara. Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua dalam menongkah perjuangan setertusnya,” kata Tuan Guru.
Muryidul Am PAS itu mengingatkan muktamirin yang hadir akan lembaran sejarah yang mencatat bahawa Umno dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri memegang senjata.
Dengan latar belakang sejarah pahit ini, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz berkata PAS akan tetap bersama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi pilihan raya nanti kerana kehadiran Pakatan Rakyat seperti suatu bentuk pertolongan daripada Allah s.w.t. di mana beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.
“Dengan Pakatan Rakyat, kita membuka pintu lebih luas untuk PAS berdakwah menyebarkan Islam kepada bukan Islam di mana selama ini Islam diajar untuk orang Melayu saja di pondok dan di mana-mana dan tidak kepada bukan Islam,” katanya.
Esok, Jumaat, Muktamar penuh PAS bermula dengan penyampaian Ucapan Dasar Presiden, perbahasan Ucapan Dasar, perbahasan usul dan pennggulungan. Sewajarnyalah semua perbahasan dan ucapan memberikan tumpuan kepada road-map PAS masa depan, mendepani politik baru Malaysia, di mana ucapan Mursyidul Am PAS kelmarin perhatian.
Bagaimanaun di tengah-tengah kemeriahan Muktamar ini, saya masih terkenang akan pengorbanan dan kepimpinan Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor yang telah pergi mengadap Ilahi lapan tahun lalu, semoga di antara kita masih ada yang terus mengenangnya.
(Abd Shukur Harun)
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Ka’bah adalah kiblat seluruh kaum muslimin dunia yang menjadi simbol kesatuan mereka dibawah ikatan tauhid dan keimanan kepada Allah swt...
-
Dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi me...
-
Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditetapkan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. Saya tidak mahu ja...
-
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada ...
-
Ahli Majlis Tertinggi PKR dimaklum istana minta pulangkan dua darjah kebesaran negeri Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Dalam Alquran, diceritakan bahwa setelah Nabi Musa AS bersama umatnya (Bani Israil) keluar dari Mesir dengan menyeberangi Laut M...
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan