Dalam keadaan dunia mula melihat seorang demi seorang diktator diguling oleh rakyat masing-masing, Najib segera ke Turki untuk memohon agar pemerintahannya dilindungi. Beliau berdoa dengan menggunakan berkat Kamal Artatuk Laknatullah, raja segala sekular.
Ketakutan mula dirasai oleh rejim Najib apabila melihat rakan-rakan rejimnya tumbang seorang demi seorang. Persamaan yang ada pada mereka ialah kemewahan yang ditonjolkan oleh isteri-isteri mereka dengan gelaran 'First Lady'. Mereka tidak melihat kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat mereka sendiri sepertimana yang dilakukan oleh Mahafiraun yang mudah lupa.
Rakyat adalah hamba mereka yang boleh dikotakkatikkan dengan membiarkan anjing-anjing mereka bermaharajalela di alam siber. Tanpa merasa malu, anjing-anjing mereka memaparkan fitnah-fitnah beserta gambar-gambar yang memualkan.
Fitnah adalah sarapan pagi, maki hamun adalah adalah makan tengah hari, menulis perkataan lucah adalah minum petang dan memaparkan gambar-gambar lucah tanpa berasa bersalah adalah makan malam mereka. Bagi mereka tiada halal tiada haram, yang ada hanyalah 'Halam' sahaja.
Mereka menyangkal bahawa mereka adalah anjing-anjing belaan sedangkan kerja mereka adalah membuat fitnah 24 jam. Jika bukan belaan, dari mana datangnya hasil untuk di sumbat ke mulut anak bini mereka. Apakah wang-wang tersebut jatuh dari langit hasil daripada karamah bapak sekular mereka, Kamal Artatuk Laknatullah.
Di mana perginya Tok Peti untuk memberi nasihat kepada Najib akan hukum berdoa untuk bapak sekular mereka, Kamal Artatuk laknatullah yang nyata bumi pun tidak mahu menerima jasad beliau. Mereka merasakan yang pemerintahan mereka panjang kerana Allah s.w.t. memberi mereka pertolongan tanpa merenung apakah hikmah di sebalik itu semua.
Mereka dengan sombong dan angkuh menegur kekerasan yang digunakan oleh sahabat sekular mereka terhadap rakyat marhaen, sedangkan mereka sendiri melakukan kekejaman apabila rakyat membuat demonstrasi.
Mereka menggunakan anjing-anjing mereka di alam siber untuk menghalalkan perbuatan mereka dengan menuduh pembangkang melakukan pembunuhan, tetapi mereka lupa pembunuhan yang telah mereka lakukan terhadap musuh politik mereka.
Pemimpin dan ahli-ahli PAS di Kelantan, di Lubuk Merbau, di Memali malah bekas orang nombor dua mereka pun hampir terbunuh dalam tahanan dibelasah oleh KPN sendiri. Inilah hasil kerja seni bapak sekular negara, MahaFiraun yang mudah lupa.
Hasil usaha Mahafiraun yang mudah lupa maka lahirlah orang-orang seperti papagomo, parpukari dan yang sewaktu dengannya. Anjing-anjing ini bertuhankan Mahafiraun yang mudah lupa kerana tiada dosa selagi Mahafiraun masih hidup.
Seperti mana yang berlaku di Tunisia, Mesir, Bahrain, Libya dan banyak lagi negara akan mengikut jejak mereka, mereka akan membiarkan anjing-anjing mereka menyalak sesuka hati mereka tanpa apa-apa sekatan. Yang menentang akan dipancung, anjing-anjing mereka akan menguasai alam siber.
Apabila rakyat sudah muak dengan perlakuan anjing-anjing mereka, maka mereka akan menyekat alam siber agar rakyat tidak dapat mendengar dan membaca kebenaran, maka meledaklah kemarahan rakyat. Rakyat tidak diberi kebebasan bersuara dengan menekan para penentang dan memberi keistimewaan kepada anjing-anjing mereka kekebalan.
Maka kerana rakyat sudah bosan dengan pembohongan dan kerakusan memilikdirikan kekayaan negara dan 'first lady-first lady' hidup dengan kemewahan kerana harta negara dibelanja seperti milik makbapak dia. Kita akan melihat apa kesudahan yang berlaku kepada anjing-anjing belaan ini apabila demonstrasi jalanan menjadi revolusi.
Tidak mustahil ledakan ini akan sampai ke negara ini kerana tanda-tandanya sudah mula kelihatan kerana persamaan mereka amat nyata baik dari segi pemerintahan mahupun mengaut kekayaan sehingga menjadi orang terkaya di negara ini. Bagi Mahafiraun yang sudah diperhujung usia, anda mungkin terlepas dari hukum dunia tetapi tidak di hadapan Allah s.w.t. di atas dosa dan pembunuhan yang anda lakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan