Translate

Ahad, 20 Mac 2011

Peguam DSAI Dedah Rahsia Isu DNA..!!


Peguam Anwar : Isu DNA Hanya 'Wayang Kulit'

Desakan beberapa badan bukan kerajaan pro Umno yang meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau di mahkamah, dilihat sebagai satu pertunjukan 'wayang kulit' bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat dalam kes fitnah kedua Anwar.

Peguambela Anwar, Sivarasa Rasiah dalam segmen Fokus Berita Khas di Tv Selangor semalam berkata, apa yang berlaku hari ini adalah skrip yang diulang tayang ketika kes fitnah Anwar pada 1998. 

"Mereka keterangan dalam kes Datuk Seri Anwar ini bukan satu fenomena baru. Dalam kes 98', it sudah mula dengan (Tan Sri) Gani Patail sendiri yang dibuktikan mereka laporan medikal supaya memberi gambaran palsu bahawa Anwar telah mencederakan diri sendiri dalam kes mata lebam," tegas beliau.

Beliau menjelaskan, tindakan pemalsuan bukti dalam kes Anwar Ibrahim begitu kronik hinggakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut terlibat memalsukan bukti kes dengan meletakkan DNA Anwar pada tilam dalam kes sebelum ini.

Justeru ujarnya, keengganan Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk membenarkan sampel DNA beliau diperoleh ada asasnya.

"SAC (Mohd) Rodwan (Mohd Yusof) pada masa itu, terlibat dalam usaha mencuri sampel darah Datuk Seri Anwar yang disimpan oleh Dr Zahari Nor dan Rodwan ini terlibat dalam usaha memberi keterangan DNA dengan menanam DNA di atas tilam yang kita nampak diangkat turun setiap hari di mahkamah (pada masa itu)," kata beliau lagi.(Sumber)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular