Sejak
dah jadi parti komponen BN maka bertambah celakalah SPR, amat memalukan
bila penamaan calon di N15 Dun Muara Tuang yang sepatutnya dimenangi
oleh PAS tanpa bertanding telah dinafikan oleh SPR. Bantahan yang
dilakukan oleh PAS berkenaan penyata kewangan yang gagal dikemukakan
oleh calon dari BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud adik kepada Taib
Mahmud ditolak mentah-mentah oleh SPR.
Gua boleh andaikan yang si
keparat SPR telah membantu calon celaka dari BN menyediakan penyata
tersebut sehingga berlakunya pertembungan satu lawan satu. Kerana
itulah pengumuman lewat untuk disahkan sehingga jam 1.30 p.m.SPR
dilihat semakin sial (ayat baru gua) sejak diambil alih oleh Aziz dari
Rashid menerajui badan yang dikatakan bebas itu.
Kalau si Aziz mempunyai maruah,
beliau patut letak jawatan sebagai pengerusi SPR. Jika lihat
perwatakannya macam orang yang pernah terlepas solat Tahajjud, atau
mungkin juga solat Terlajak. Mungkin mengikut kitab yang beliau
belajar, pilihan raya tidak ada kena mengena dengan hukum Allah s.w.t.
Kerana itulah beliau dilihat lebih Umno dari Umno atau lebih celaka
daripada celaka.
Mungkin kita patut tanya
bekas-bekas pengerusi SPR seperti Haron Din dan Abdul Rashid tahap mana
celakanya SPR selepas diambil alih oleh pencacai Umno yang sudah
menjadi semakin sial. SPR semakin lama semakin sial pasal bagi alasan
yang tidak masuk akal tentang penyata kewangan pilihan raya negeri pada
2006.
SPR menyatakan bahawa penyata
tesebut telah diterima oleh mereka adalah satu sikap fasik yang mereka
tonjolkan. Jika mereka dah terima, mengapa terkapai-kapai mencari
penyata tersebuat semasa bantahan dilakukan. Ini bukan pertama kali SPR
selia pilihan raya tetapi sudah 9 kali pada pilihan raya Sarawak dan 12
kali pada pilihan raya umum.
Mungkin kerena itulah
bekas-bekas pengerusi SPR berdiam diri selepas bersara dan akan
menyaman sesiapa sahaja yang menimbulkan kecacatan SPR pada pilihan
raya yang lepas-lepas. Kepercayaan ahli-ahli politik terhadap SPR sudah
tidak dapat disembunyi lagi selepas Aziz menjadi pengerusinya kecuali
ahli politik dari parti-parti yang celaka lagi sial.
Setiap kali ada pilihan raya,
pasti akan ada undang-undang baru dilaksanakan. Dari pondok panas
sehinggalah mengiringi calon pun dibenarkan seramai 50 orang sahaja.
Semua undang-undang tersebut untuk membantu calon-calon parti celaka
lagi sial menang dengan lebih mudah. Mungkin selepas ini kita akan
bongkar penglibatan pengerusi SPR dengan Umno yang mana beliau lebih
celaka dari celaka.
Mungkin juga anak bini beliau
ada kepentingan peniagaan dengan kerajaan, jika tidak bagaimana
undang-undang yang beliau keluarkan itu banyak memudahkan Umno/BN
celaka memenangi semula kawasan dalam pilihan raya kecil selepas
Umno?BN kalah berturut-turut kepada Pakatan Pembangkang. Kita akan cuba
membongkar perkara ini kerana tiada seorang pun yang berada dalam
sesebuah badan yang kononnya bebas betul-betul bebas dar segala sudut. (Sumber)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan