Translate

Khamis, 26 Mei 2011

Nik Aziz: SPRM, jangan kaitkan saya dalam siasatan menantu



Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz (gambar) berkata beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

“Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya.

“Itu tak betul,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan selaku Menteri Besar sejak 1990 ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK.

Justeru, Nik Aziz berkata, adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata, siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena-mengena dengan dirinya.

SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Siastaan itu dibuka pada akhir 2009.

Pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Aziz.
 Insider

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular