KUALA LUMPUR 11 Jun - Seramai 21,000 pemandu teksi di Lembah Klang akan mengalami kerugian RM3.2 juta sehari jika pembangkang terus berdegil mahu meneruskan demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), 9 Julai ini.
Selain kerugian, perhimpunan haram tersebut yang dibuat semata-mata demi kepentingan politik pembangkang turut akan menjejaskan kira-kira 100,000 isi rumah kerana ahli keluarga mereka bergantung sepenuhnya kepada gaji harian pemandu teksi.
Presiden Persatuan Pemandu Teksi Lembah Klang, Datuk Aslah Abdullah melontarkan soalan beranikah pihak terbabit membayar ganti rugi kepada setiap pemandu teksi dan ahli keluarga mereka.
"Ini perbuatan orang gila. Mereka ini bukannya hendak membantu rakyat sebaliknya nak menyusahkan lagi rakyat. Berapa ramai rakyat tidak boleh cari makan kerana kepentingan politik mereka?
"Kami pemandu teksi sudah cukup terseksa ketika era reformasi, kemudian berlaku lagi pada 2007 (Bersih 1) dan sekarang nak buat lagi? Kerugian 21,000 pemandu teksi nanti siapa nak tanggung? Pembangkang nak tanggung?" katanya kepada Mingguan Malaysia, hari ini.
Kenyataan Aslah turut disokong Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd. Syahrir Abdul Aziz yang kesal dengan sikap pembangkang cuba menjadikan negara ini huru-hara.
Katanya, bukan sehari dua pemandu teksi di Lembah Klang bakal teraniaya disebabkan pembangkang kerana jika demonstrasi tersebut tetap juga diteruskan, sudah pasti pihak berkuasa akan melakukan sekatan jalan raya dan ia bakal menyebabkan kesesakan teruk.
"Kami bukan golongan makan gaji, pendapatan kami ikut hari. Kalau teksi tidak boleh masuk ibu kota, mana kami kami nak cari duit nak bagi anak isteri makan. Anak-anak nak ke sekolah siapa nak bagi belanja? Pembangkang hanya tahu berdemonstrasi tetapi yang susah kami.
"Siapa nak ganti gaji RM150 sehari yang sepatutnya kami dapat kalau 10 jam bekerja? Pembangkang nak bayar? Kalau nak jadi pemerintah, fikir pasal rakyat, fikir pasal perut 100,000 keluarga pemandu teksi ini. Apa yang kita nikmati sekarang sudah cukup baik," katanya.
Sehubungan itu, Mohd. Syahrir mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada semua pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kerana demonstrasi itu -um
Bila membaca berita ini,aku terpanggil hendak mengulasnya.
Ini adalah ulasan
dari tokey-tokey teksi yang sudah kaya dan duduk di kerusi empuk hasil
jerit perih pemandu teksi yang cuba menjadi pengampu kerana demonstrasi
bersih akan diadakan.Pada aku sang pemandu teksi,yang berjuang saban hari dijalan raya, demonstrasi bersih yang akan diadakan banyak memberi manafaat kepada memancu ekonomi pemandu teksi dan keseluruhan pengankutan awam di kuala lumpur ini,bahankan tempiasnya juga kepada peniaga-peniaga sekitarnya.
Bercakap biarlah ada faktanya.
Dengan menghimpunkan hampir 300,000 peserta demonstrasi fikirkan dengan apa mereka datang?
Sudah tentu seluruh penggankutan awam di ibukota akan digunakan,dan siapa yang untung,sudah tentu kerajaan juga.
Kenapa ini tidak difikirkan oleh kerajaan untuk membantu rakyaat dengan membiarkan himpunan bersih secara aman,bukan disambut dengan pancutan air dan gas pemedih mata.
Jika 300,000 peserta demonstrasi akan berada di ibukota,apakah mereka ini tidak lapar atau mereka membawa bekalan makanan dari rumah.?
Fikirkanlah,jika seorang membelanjakan rm5 (semestinya lebih dari rm5) untuk makan dan minum,siapa yang untung?Keseluruhan peniaga makanan sekitar ibu kota juga yang untung.
Fikirkanlah sesudah demonstrasi,apakah mereka ini akan pulang kerumah? Sudah tentu mereka akan berkeliaran dishoping complex dan jika duit lebih mereka juga akan membeli belah,siapa yang untung.
Sepatutnya pihak kerajaan mengalukan mereka datang berhimpun dengan aman,bukan dipolitikan.Padahnya isu ini dipolitikan dan peserta demonstrasi disambut dengan gas pemedih mata dan pancutan air,perserta sudah tentu akan lari menyelamatkan diri.
Siapa yang rugi?
Kesemuanya akan rugi,tetapi atas tindakan siapa.?
Fikirkanlah...!
1 ulasan:
Siapa aku nak percaya? Engkau yang hanya duduk depan PC goyang telor atau pemandu teksi yang PERNAH MELALUI DAN MERASAI KESAN AKIBAT PERHIMPUNAN HARAM PR yang sebelum nie?
Ko hanya kemukakan teori, tapi pemandu teksi kemukakan FAKTA!
Wasalam.
P.S: Jangan hanya semata-mata nak menangkan pemimpin Anugerah Tuhan ko halalkan segala-galanya atas nama Demokrasi!
Catat Ulasan