Translate

Ahad, 19 Mei 2013

Takziah: Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Meninggal.


Sharudin
Keadaan Sharudin yang terlantar di Unit Rawatan Rapi(ICU) Hospital Taiping sambil ditemani isteri dan ahli keluarga.
BAGAN SERAI - Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad yang tidak sedarkan diri sejak tiga hari lalu disahkan meninggal dunia malam ini.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi hati, jantung dan buah pinggang setelah dijangkiti bakteria di Hospital Taiping jam 8.30 malam.

Sebelum ini arwah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping kerana mengalami masalah berkenaan.

Calon Barisan Nasional(BN) Dun Selinsing pada PRU13 itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak setelah bertarung nyawa pada awalnya di Hospital Columbia Asia sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

Ketika menjalani rawatan beberapa pemimpin politik sempat melawat beliau termasuklah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Umno Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha.

Pada petang sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, Umno Bahagian Bagan Serai sempat mengadakan majlis doa selamat bagi memohon agar kesihatan Sharudin pulih.

Kepimpinan Umno Bahagian Bagan Serai sebelum ini sentiasa memantau keadaan Sharudin dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Tarmizi ketika ditemui menegaskan pihaknya bersimpati dengan keadaan Sharudin yang disifatkannya sebagai pemimpin politik mesra rakyat.

Menurutnya, Sharudin juga dianggap komited dalam perjuangan parti dan sentiasa memberikan yang terbaik sewaktu dipilih sebagai calon BN pada PRU13 lalu.

3 ulasan:

Awanama berkata...

ELUK PUN MAMPOS PENIPU.BUANG AJE BANGKAI NYA KESUNGAI ORANG UMNO MACAM INI BUKAN LAGI ISLAM YAHUDI PUN LAGI BAIK

musafirlalu berkata...

kita tidak diajar mencemuh ajal seseorang walau pun masa hayatnya ada kesilapan beliau tetapi kita tidak tahu mungkin beliau sempat bertaubat dan kita mengharapkannya. semoga segala dosa-dosanya diampuni Allah Yang Maha Pengampun. Tidakkah kita meninggalkan 3 perkara selepas kita meninggal???

Electric rose berkata...

Astagfirullah.. macam ni ka mulut parti yang dikatakan bagus? Memang memalukan.. kita sendiri pun ada kesilapan.mencerca simati..esok2 kita mati pun dicerca..yahudi pagi baik? X ka rasa itu fitnah.macam mana la nak minta maaf dengan simati atas fitnah tu? Kat akhirat nanti tunggu la habuan kamu. Sekurangnya kalimah syahadah masih ada dalam dirinya.bukan macam yahudi..bertaubatla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular