Esok.....kita akan menyambut hari Maulidur Rasul..... Tanggal 12 Rabiul Awal.... Bersamaan hari Selasa nie....14 Januari 2014.... Ramai jugak yang ingat hari Maulidur Rasul
nie....salah satu sebabnya..... dah jadi cuti umum....he he he.... Tapi
betul ke cara menyambut yang kita amalkan sekarang nie?
Ok...sebelum tu nak bagitau.... mengikut pendapat beberapa ulamak... atau ustaz yang arif pasal agama.... Sambutan Maulidur Rasul
nie adalah suatu bida'ah.... Ops.....jangan salah faham... bida'ah kan
bermaksud yang diada-adakan sahaja.... Tak diamalkan pada zaman nabi....
Bida'ah untuk sambutan nie adalah dalam kategori bida'ah hasanah atau bida'ah yang elok...
Cumaa..... pada zaman nabi....tidak ada sambutan sebegini... Nabi tak meraikan hari kelahirannya sebegini meriah.... Nabi Muhammad s.a.w
hanya menganggap harijadi beliau sebagai hari biasa... Ada yang
mengatakan cukup sekadar membuat solat sunat tanda bersyukur.... Takde
perarakan.... takde nyanyian.... takde semuanya....Tapi kenapa
diwujudkan sambutan Maulidur Rasul pada zaman kini?
Sebenarnya.... sambutan Maulidur Rasul adalah
untuk mengingatkan kita akan satu tarikh penting dalam memori kita
semua.... hari Nabi dilahirkan... Mesej utamanya ialah... Ingat dan hayatilah kisah para nabi! Jangan menganggap hari Maulidur Rasul
itu suatu perayaan atau hari bersuka ria....Tetapi hari Maulidur rasul
sepatutnya dijadikan pencetus kepada yang masih lalai dan langsung tidak
menghiraukan kisah-kisah dan sunnah-sunnah Rasulullah..... Mesej
simplenya... INGAT RASULULLAH, INGAT SUNNAH, DAN SILA BERAMAL!! Ingat saje takde guna jugak....:)
Siapa yang pertama sekali meraikan Maulidur Rasul nie? Bagaimana sejarah asal maulidur rasul nie? Haaa..... Ia bermula pada tahun awal abad ke-7 Hijriyah oleh Raja Irbil yang terletak di suatu wilayah di Iraq... Nama raja itu ialah Muzhaffarudin al-Kaukabri...
Sambutan yang diadakan cukup gilang gemilang... Lebih kepada memberi
makanan percuma kepada rakyatnya tanda bersyukur...Menunjukkan pada hari
itu, seluruh rakyatnya mendapat keberkatan dan kebahagiaan.... Sesuai
dengan hari sambutan kelahiran Nabi....
Masyarakat kita sekarang sambut
macam mane? Berarak keliling kawasan sambil berselawat... ada yang bawak
sepanduk... Lepas habis berarak... berkumpul di satu kawasan mendengar
ceramah agama atau forum agama.... dan disudahi dengan makan-makan....
Itu cara yang aku ingat dulu... Yang lebih moden ada lagi tak? :) Kenapa
tak diubah sikit ek.... Contohnya... Memberi bonus khas kepada semua
rakyat miskin sempena Maulidur Rasul ke.... Mengagihkan harta si kaya
kepada si miskin secara bersama ker... Membuat satu hari tak kira
menteri atau pesawah berkumpul bersama-sama membuat gotong-royong sambil
berselawat ke.. Kan bagus...hihihi
Bagi aku la kan..... nak sambut....OK... Cuma perlu ingatkan diri.... sambutan Maulidur Rasul bukan
seperti sambutan Christmas...BUKAN ok.... Bukan satu perayaan yang
boleh mendatangkan gejala maksiat di kalangan umat.... Maulidur Rasul
adalah hari untuk kita menemplak diri sendiri... Ingatkah kita kepada
ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w? Tahu tak apa sunnah-sunnah beliau?
Apa kisah kehidupan rasul kita? Bukan setakat harijadi beliau
saje....Tapi keseluruhan kisah sejarah beliau....Patut kita hafal dan
ingat....dan diceritakan kembali kepada anak-anak dan jugak generasi
muda kita.....:)
Ni tak.... kebanyakan kita menyambut hari Maulidur Rasul
sekadar menyambut semata-mata....Takde penghayatan.... Anggapan
segelintir pihak hari itu sebagai hari cuti semata-mata....atau sekadar
tau itu adalah hari kelahiran Nabi... Tapi segala sunnah beliau langsung tak diamalkan dalam kehidupan seharian.... Yang paling sedih.... generasi muda makin tak tau tentang maksud sebenar hari Maulidur Rasul... Bagi depa.... its time to enjoy! Bila
ditanya pasal sirah Nabi.....Tak boleh nak jawab... Bila ditanya apa
sunnah nabi.... geleng kepala... bila ditanya nama penghibur.... Ditanya
seorang dijawab berpuluh-puluh nama... Salah sape??
P/S: Generasi muda adalah tunjang masa depan... Rosak pemikiran depa...rosak la masa depan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan