Translate

Sabtu, 21 November 2020

MASANYA SUDAH TIBA ISLAM MEMERINTAH

نسم الله الت حمن |لر ڬيمر

ألسلا م عليلكم ور حمهةاللّٰه  

Tangan tidak duduk diam untuk menekan tombol tapi kesihatan tidak mengizinkan dan semua itu ada hikmah disebaliknya. Maaf dari saya yang sudah lama tidak menulis tetapi jiwa tidak lekang membaca info-info terkini dalam dan luar negara. Sudah menjadi tabiat bagi si tua yang semakin dimamah usia tetapi jiwa tetap muda sebagai seorang penganalisis politik dan sejarah tamadun manusia.

Pada kali ini saya ingin menulis tentang jiran kita Indonesia yang sedang berlaku gelombang kebangkitan umat Islam ketika para ulama memperkatakan yang haq di injak-injak dan para pendosa diangkat. Umat Islam umpama anak-anak ayam kehilangan ibunya kerana terlalu banyak suara yang keluar sehingga tidak tahu mana yang benar mana yang salah. Kepulangan HRS dari buangan telah berjaya menyatukan umat Islam dengan tangan terbuka tetapi mimpi ngeri buat rejim pemerintah.

Sejak Iman Besar yang diangkat oleh umat Islam Indonesia walaupun bagi pendapat saya Habib Rezeiq (HRS) sendiri merasakan  dirinya tidak layak dengan gelaran sebesar itu tetapi umat Islam Indonesia memerlukan seorang figura sebagai pemimpin. Setelah ramai para Habib, Kyai, Ulama, Ustaz-ustaz, Mahasiswa, Rakyat Marhaen dipenjara. Disebabkan kerana menegur rejim pemerintah, mereka dihumban ke penjara tanpa sebab yang jelas.

Kepulangan HRS dari buangan selama lebih 3 setengah tahun dari Arab Saudi kena pada masanya untuk umat Islam Indonesia bangkit apatah lagi dengan dokongan para Kyai-Kyai dan persatuan umat Islam yang puluhan jumlahnya.

Kami di Malaysia mempunyai hubungan yang erat dengan saudara kami yang serumpun dan seagama. Himpunan 812 di KL dan 212 di Jakarta adalah satu bukti bahawasanya umat Islam patut dan taat kepada para pemimpin tanpa berlaku rusuhan walaupun ada provokasi agar berlaku rusuhan. 

Dihimpunan 812 KL media massa hanya mengatakan himpunan itu hanya 50,000 malah pemimpin yang mengaku Islam tetapi menjual dirinya dengan harga yang murah kepada musuh Islam mengatakan hanya 30,000 peserta. Portal dari luar negara menganggarkan angka sebenar ialah 1.3 hingga 1.4 juta yang berhimpun di ibukota Malaysia. 

Kiraan saya sendiri sebagai tidak berpihak sendiri mengandaikan hampir 1.5 juta, himpunan terbesar dalam sejarah negara malah pihak berkuasa memuji perhimpunan tersebut kerana penuh dengan tertib tiada dan satu sampah pun yang di tinggalkan. Semuanya dibersihkan oleh Unit Amal PAS (Tentera Merah).

Di Jakarta pada himpunan 212 media massa sekali lagi mengatakan hanya 1 juta lebih sahaja yang menyertainya tetapi ia di sanggah oleh media luar yang boleh dipercayai dengan kehadiran 4 hingga 5 juta telah berhimpun. Saya mengikut rapat dua himpunan terbesar umat Islam Malaysia dan Indonesia kerana perhimpunan itu satu kejayaan terbesar yang membuatkan pemerintahan 2 negara ini panas punggung.

Malah 812 adalah seruan dari Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) walaupun ada suara-suara sumbang menyangkalnya. Semua pemimpin politik di Malaysia tahu pengaruh TGHH terhadap umat Islam cukup kuat, ia di akui sendiri oleh musuh dan kawan kerana saya mempunyai hubungan dengan kebanyakan pemimpin parti politik di Malaysia.

Malah 212 di Indonesia dipimpin kuat oleh para Kyai-Kyai dan kemuncaknya ialah ucapan HRS yang disiarkan secara langsung di Mekah. Saya memang mengetahui hubungan erat HRS dengan TGHH dan pertemuan kedua-duanya yang ramai tidak mengetahui. Sebagaimana fitnah yang rejim Indonesia terhadap HRS sehingga beliau tidak dibenarkan pulang ke Indonesia. 

Presiden Turki, Reciap Tariq Erdogan sendiri memuji perhimpunan KL 812 dan Jakarta 212 dalam rapat umum di Ankara adalah sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Walaupun jutaan umat Islam berkumpul tidak berlaku kekacauan dan ia dilakukan dengan penuh tertib sebagainya Islam mengajar umatnya berpandukan iman yang diajar dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Tetapi semua fitnah terhadap beliau di nafikan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga beliau diberi pilihan untuk terus tinggal di Arab Saudi ataupun ingin pulang. Jika benar fitnah dari rejim Indonesia benar, masakan beliau bebas bergerak malah di tawar untuk terus mendapat perlindungan dari kerajaan Arab Saudi. Malah beberapa buah negara Islam telah menawarkan kerakyatan buat HRS termasuk Malaysia.

Saudara, inilah zaman yang banyak diterangkan dengan jelas oleh Rasulullah sallallahu tentang umat yang dijelaskan oleh Sabda dari Baginda Rasulullah sallallahu. Zaman yang disebut oleh Iman Syafie bagaimana untuk mencari ulama benar dalam keadaan ramai ulama suk yang menjual agamanya dengan harga yang murah.

Semoga yang membaca lebih memahami dari yang menulis... Wallahu a'alam.

MUSAFIRLALU

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular