Satu perkara yang perlu disokong apabila Tuan Guru Nik Aziz mengajak Umno berdebat, bukan muzakarah ataupun muqabalah. Adalah satu perkara yang relevan bagi Umno untuk menyahut cabaran tersebut.
Pas mengajak Umno berdebat bukanlah satu perkara yang baru kerana ia telah pernah dibuat pada era tahun 80 an lagi. Tetapi apa kan daya anak bulan tidak kelihatan, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu telah mengistharkan ia dibatalkan.
Itulah sikap sebenar Umno apabila tiada hujah maka mereka menyembunyi diri di belakang Raja-raja Melayu. Umno memang tidak akan sesekali berani berhujah dengan Pas kerana mereka tahu selagi mereka berdiri di atas dasar sekularisme, maka selagi itulah mereka tiada hujah.
Sebenarnya dari kaca mata saya, cabaran yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz adalah semata-mata untuk membersihkan akidah para pemimpin Umno. Kerana mereka telah terpesong jauh daripada landasan Islam itu sendiri.
Tidak timbul Tuan Guru Nik Aziz perlu meminta maaf kepada Umno kerana itulah realitinya yang Umno patut terima. Akidah bukanlah satu perkara yang boleh dipermain-mainkan. Apa yang Tuan Guru Nik Aziz nampak adalah kerana ulama-ulama didalam Umno telah diikat tangan dan ditutup mulut-mulut mereka dengan kebendaan.
Maka sahut lah cabaran yang telah dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz sekiranya Umno benar-benar anak jantan. Selama ini mereka menjaja dengan penerapan nilai-nilai Islam. Apakah bagi mereka Islam itu boleh di terap seperti menerap baju. Sekiranya sudah jemu maka dibuang dan diganti dengan yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan