Translate

Rabu, 10 Jun 2009

BN Vs PR : Apabila KJ Mempertahankan SIS........

Tidak memhairankan apabila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan SIS atau Sisters In Islam kerana isteri beliau adalah antara orang kuat di dalam SIS. Beliau bersama-sama dengan 322 NGO dan individu menentang keras gesaan Pas agar NGO tersebut diharamkan. Sebagaimana penolakan beliau terhadap hukum Hudud semasa berhujah dengan Datuk Paduka Husam Musa di Kota Bahru tempoh hari, kerana Umno sendiri adalah parti yang berasaskan sekular. Memang dari segi Perlembagaan Malaysia, setiap rakyat Malaysia dilindungi dan diberi kebebasan bersuara. Apa yang membuatkan Pas menggesa agar SIS di haram kan adalah kerana pertubuhan itu telah menyelewengkan akidah umat Islam di Malaysia. Kita boleh melihat bagaimana orang yang tidak ada pendidikan agama bercakap tentang hukum-hakam mengenai Islam, sedangkan perkara tersebut bukannya bidang mereka. Sebagaimana mereka telah menentang keras poligami yang dihalalkan didalam Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri pun berpoligami. Apabila SIS menentang Sunnah Nabi maka dengan sendirinya mereka telah menentang Rukun Iman iaitu menolak salah satu rukun Iman yakni beriman kepada Rasul-rasul. Kerana itulah Pas menyarankan agar ahli SIS dipulihkan kembali akidah mereka.
Itu hanyalah salah satu daripada berpuluh-puluh lagi penentangan mereka terhadap Hukum Islam. Kita tidak payah menghuraikan yang lain-lain, kita hanya menghuraikan satu sahaja. Sepatutnya perkara ini ditentang oleh semua umat Islam di Malaysia. SIS memang dari segi akidahnya telah terkeluar daripada Islam atau lebih tepat mereka sudah murtad kerana menolak salah satu hukum Iman. Mereka mempermainkan hukum Allah kononnya untuk membela kaum wanita di Malaysia. Mungkin kerana mereka menyangkakan apabila pertubuhan mereka dibarisi oleh ahli-ahli profesional dan ahli akademik maka mereka boleh mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan Islam. Kalau mereka tidak ingin di haram kan, mereka patut menukarkan nama seperti Sisters In Malaysia. Tetapi dari segi akidahnya, mereka patut dipulihkan kembali akidah mereka. Usah lah bertopengkan di sebalik nama Islam untuk membantu kaum wanita. Sisters in Islam sebenarnya tiada langsung pegangan agama dalam diri mereka. Kita lihatlah bagaimana orang yang bercakap tentang Islam sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan akan ke Islaman mereka. Contohnya dari segi mereka berpakaian yang tidak menutup aurat. Bagi mereka aurat bukanlah masalah besar dalam Islam. Bagi mereka yang berhujah kan pakaian tidak mencerminkan seseorang itu kuat agama. Mereka berhujah kan Islam menilai ke imanan seseorang itu berpandukan kepada batin, dan bukannya zahir. Hujah mereka orang yang menutup aurat pun banyak melakukan maksiat. Tidak menutup aurat tidak semesti tidak bersolat ataupun berpuasa. Hujah mereka boleh di erti katakan bahawa Allah tidak menilai ke imanan seseorang hambanya melalui cara berpakaian tetapi Allah menilai ke imanan seseorang itu melalui hati yakni batiniah. Bagi Islam, hukum tetap hukum... Ia tidak akan lapuk sehingga akhir zaman. Seorang muslim yang menutup aurat diberi satu pahala disisi Allah. Kerana hukum tentang menutup aurat memang disebut secara jalas di dalam Al-Quran. Tidak lelaki mahupun wanita, hukumnya tetap haram apabila kita mendedahkan aurat. Kerana itulah Pas menentang keras SIS agar di haram kan., kerana SIS telah mempermain-mainkan hukum Allah. Tidakkah Sisters In Islam tahu. andainya mereka menolak satu ayat daripada Al-Quran maka mereka telah menolak Hukum Iman, yakni percaya kepada Kitab-kitab Allah. Inilah padahnya apabila mereka memdewa-dewakan orientalis-orientalis barat yang sentiasa mencari peluang untuk menyemaikan ajaran sekular didalam fikiran umat Islam. Seperti mana penjajah tidak akan memberi kemerdekaan kepada negara umat Islam sebelum mereka mensekularkan pemikiran anak didiknya. Sepertimana yang berlaku di Malaysia yang di terajui oleh Umno yang mana pemikiran para pemimpin Umno disekularkan sebelum British memberi kemerdekaan kepada rakyat Malaysia. Sebagaimana seorang Perdana Menteri British (saya lupa namanya) dahulu telah memegang Al-Quran didalam dewan perundangan mereka sambil berkata," Kita tidak boleh menjajah negara umat Islam dengan membakar kitab Al-Quran ataupun membakar masjid-masjid mereka kerena apabila kita berbuat demikian maka orang tidak sembahyang atau pun membaca Al-Quran pun akan bangun menentang kita. Maka untuk menjajah negara umat Islam kita akan menjajah pemikiran mereka". Kerana itulah Umno telah diberi kuasa untuk memerintah Malaya selepas Malaya diberi kemerdekaan oleh British. Dan kerana Pas lah yang telah banyak menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia. Seperti mana isu Amanat Haji Hadi yang telah menyedarkan orang melayu tentang politik suku, agama suku. Iaitu Islam telah di asing kan daripada pemerintah seperti agama Kristian yang telah memisahkan pentadbiran dengan agama. Umarak diasingkan daripada ulama, sedangkan didalam Islam Umarak dan ulama berjalan beriringan. Jadi tidak perlu di hairan kan apabila Ketua Pemuda Umno menyokong Sisters In Islam dan membidas Pas dalam isu SIS ini. Kerana pendirian dan pegangan ideologi Umno memang sudah lama menyeleweng daripada Islam tetapi sekarang ini ada sedikit perubahan kepada pimpinan Wanita Umno dari segi berpakaian. Ini boleh dikatakan kerana jasa Pas yang telah banyak menyedarkan Umno tentang Islam. Apabila apabila Pas mendrafkan hukum Hudud, mereka menyatakan itu adalah Hudud Pas. Kalau itu dikatakan Hudud Pas, maka Umno keluarkan Hudud mereka. Kerana hukum Allah hanyalah satu sahaja dan tidak timbul hukum itu adalah hukum Hudud Pas. Apabila Pas mengeluarkan draf hukum Hudud, ia telah ditentang hebat oleh Umno sehinggakan Dr. Mahadhir telah mengeluarkan amaran yang keras kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu. Datuk Sharizat dalam komennya telah mempersendakan hukum Hudud tentang satu hukum yang melibatkan suami meliwat isteri, kenapa tidak di kenakan hukum Hudud. Walaupun beliau seorang peguam tetapi kerana kejahilannya beliau tidak dapat membezakan antara Hudud dengan hukum Qisas. Beliau ingat hukum Hudud itu meliputi semua hukum. Sedangkan dalam hukum Syariah, hukum hudud hanya mewakili dalam lingkungan 5 peratus sahaja. Tetapi apa yang amat malangnya ialah ulama didalam Umno hanya membisu sahaja. Sepatutnya ulama Umno memberi penerangan kepada pucuk pimpinan Umno. Begitu juga mufti-mufti pun tidak langsung memainkan peranan untuk memberi penerangan yang jelas kepada Umno. Kerana masing-masing hanya menjaga periuk nasi mereka sahaja. SIS antara NGO yang kuat menentang draf hukum Syariah tersebut. Bagi Khairy," Tidak kira sama ada seseorang itu menyokong agenda SIS atau tidak, dan cara yang di ambilnya untuk memcapai matlamat persamaan gender dalam konteks muslim, tiada justifikasi untuk mengharamkan pertubuhan itu, apatalah memulihkan ahli-ahlinya". Saya pun tidak tahu apa sebenarnya agenda beliau dalam mempertahankan SIS. Sepatutnya beliau sebagai seorang pemimpin pemuda Umno merujuk dahulu dengan ulama-ulama Umno sebelum mengeluarkan kenyataan yang sedemikian rupa. Di manakah perginya ulama-ulama Umno dan Mufti-mufti dalam menangani isu SIS. Kerana ini bukannya untuk kepentingan Pas tetapi ini melibatkan akidah umat Islam. Pas tidak rugi apa-apa pun, tetapi sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam maka ia telah menjadi Fardu Kifayah dalam memulihkan akidah umat Islam. Hukum tetap hukum yang tidak boleh dipermain-mainkan. Maka saranan Pas dalam isu mengharamkan SIS dan memulihkan kembali ahli-ahlinya adalah betul.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular