Berpegang kepada Wa'la terhadap pemimpin yang menjadi pegangan ahli-ahli Pas, maka berbeza pendapat ataupun menyokong saranan pemimpin yang membawa kepada perdebatan di kalangan ahli-ahli tidak lah sampai kita memaki hamun pemimpin kita sendiri, kerana itu bukan budaya Pas. Kerana ahli-ahli Pas telah dipupuk dengan tarbiah, usrah oleh para ulama dengan begitu baik sekali. Tak kala timbulnya budaya memaki hamun dan caci mencaci para pemimpin Pas maka di sini kita melihat Umno telah berjaya menyusup masuk ke dalam Pas. Para pemimpin Pas berbahas kerana ilmunya, bukan kerana hawa nafsu semata-mata.
Jangan kita membawa budaya Umno ke dalam Pas, semata-mata kerana pemimpin tertinggi Pas berbeza pendapat. Walau betapa hebat perdebatan mereka semua kerana untuk membawa kebaikan kepada Islam. Baik TGNA mahupun TGHH, mereka tidak sesekali berniat menghancurkan Pas yang mendokong perjuangan berlandaskan Islam. Bagaimana pula dengan kita yang berbahas kerana hawa nafsu dan hendak menunjuk hebat dalam penulisan ataupun ulasan masing-masing.
TGNA sebagai Mursidul Am Pas, adalah seorang telah lama menerajui kepimpinan Pas yang memang terlalu arif dengan sepak terajang, tipu muslihat dan segala penganiayaan yang telah di lakukan oleh Umno. Pada 1967 , beliau telah memenangi parlimen Pengkalan Chepa menggantikan calon yang meninggal dunia iaitu Tuan Haji Ahmad Abdullah. Apabila penggabungan Pas ke dalam kerajaan campuran Barisan Nasional. Pas menyifatkannya adalah atas dasar darurat. Yang mana dijelaskan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah di parlimen bagi memperjelaskan kenapa Pas bersama Barisan Nasional.
" Sama ada kerajaan sedar atau tidak bahawa Pas satu parti politik yang menjadi anggota Barisan Nasional telah membuat dan mengeluarkan fatwa bahawa tindakan parti ini memasuki Barisan Nasional sesungguhnya di tegah atau haram. Perbuatan itu adalah haram dari segi syariat Islam, tetapi Pas terpaksa memasukinya buat sementara waktu".
Dan pada 8 November 1977, Rang Undang-undang Kuasa-kuasa darurat (Kelantan) telah dibentangkan di parlimen oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Hussein Onn adalah semata-mata kerana kebaculan Umno untuk merampas kerajaan Kelantan dari tangan Pas selepas menendang keluar Pas daripada BN. Sebagaimana TGNA hilang punca buat seketika, tidak tahu pihak mana yang patut disokongnya. Apa yang mampu beliau lakukan hanya mententeramkan ahli-ahli Pas. Sebagaimana tragisnya senario Pas pada era 70 an yang terpaksa ditempuhi oleh TGNA.
Penentang TGNA terhadap Umno ada sebab musibabnya diatas apa yang dilakukan oleh Umno. Perkhianatan setiakawan yang Pas hulurkan telah di permain dan dihinanya.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan