Translate

Sabtu, 11 Julai 2009

Manek Urai : 100 Hari Dengan 100 Masaalah Buat DS Najib.......

Setelah 100 hari mengambil tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh DS Najib melainkan 1Malaysianya. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia sendiri tidak mengetahui apa itu 1Malaysia. Yang nyata 100 hari pemerintahan beliau lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan. Kita langsung tidak nampak apa perubahan yang berlaku di Malaysia melainkan rakyat semakin tersepit dalam kehidupan seharian. Kilang-kilang banyak yang ditutup dan ramai pekerja-pekerja di berhentikan. Semakin susah untuk mencari makam sekarang ini. Yang kaya semakin kaya dan yang miskin bertambah miskin. Melainkan rumah para pemimpin Umno semakin besar yang berharga berjuta-juta, jam ditangan bernilai beratus ribu, membeli belah diluar Negara sampai memerlukan 3-4 buah kenderaan untuk mengangkut barang belian dan gaya hidup semakin mewah. Itulah sahaja yang dapat dibanggakan 100 hari memerintah. Bagi rakyat marhaen pula hidup semakin melarat, harga getah semakin jatuh, harga barang semakin naik, nilai matawang semakin turun, ansuran rumah sudah tidak berapa mampu untuk dibayar hanya tunggu masa sahaja untuk ditarik oleh pihak bank, bagi peminjam pula hari-hari dikejar oleh along dan bermacam-macam lagi masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kerana slogan 1Malaysia: Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan hanyalah untuk menyedapkan telinga mendengarnya. Sepertimana yang terkandung didalam 1Malaysia yang sebenarnya adalah seperti berikut:
Teras-teras perpaduan : Penerimaan semua kaum dan rakyat Malaysia.......
Penerimaan semua kaum setelah Umno-BN mengeluarkan hasutan , apabila berjumpa bangsa Cina dan India, Umno menyebarkan fitnah terhadap PAS dengan dengan menakut-nakutkan bangsa Cina dan India tentang negara Islam yang berlandaskan hukum syariah iaitu hukum Hudud yang akan Pas laksanakan apabila PAS dapat memerintah negara. Dan apabila berjumpa dengan kaum melayu, mereka menakut-nakutkan bangsa melayu dengan slogan Malaysian- Malaysian yang digagaskan oleh DAP. Kerana Umno memang terkenal dengan sikap talam bermuka dua.
Perinsip-perinsip kenegaraan berasaskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara.......
Dengan menipu bangsa Melayu/Islam yang Malaysia adalah sebuah negara Islam kerana didalam perlembagaan Malaysia. Agama rasmi ialah agama Islam. Maka negara-negara barat yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi yang kedua seperti Perancis maka dari segi acuan Umno. Perancis pun boleh dikatakan negara Islam.
Keadilan sosial............
Dalam merosakkan pegangan agama dan akidah anak-anak muda yang dengan menganjur kan pesta-pesta yang bercampur gaul baik lelaki mahupun perempuan. Kerana keadilan sosial lah Umno telah berjaya merosakkan akidah mereka. Memberi kebebasan kepada bangsa melayu/Islam dalam mendedahkan aurat mereka tanpa mengambil apa-apa tindakan. Andainya jabatan Agama Islam membuat serbuan, mereka diberi bantuan dan Majlis Agama Islam pula yang dihentam cukup-cukup di atas alasan menghormati kebebasan berpakaian. Tahniah Umno.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular