Mufti Perak, TS Harussani Zakaria melahirkan rasa kecewa dengan parti yang sanggup memutuskan tali persaudaraan sesama melayu kerana kerana kepentingan parti didahulukan ( Pas La tu ).
Mufti Perak ni sudah lupa ke atau buat-buat lupa. Memang betul lah kata-kata Tun Dr. Mahathir dahulu orang melayu mudah lupa.( Umno la tu ). Tak tahu lah sejak dua mejak ni, saya asyik ulang kata-kata tu aje dalam coretan saya.
TS Mufti usah lah keluar kenyataan-kenyataan yang mengarut itu. TS Mufti seorang yang dihormati dan berilmu. Usah lah dipersia-siakan apa yang Allah s.w.t. bagi, memang TS Mufti boleh mengeluarkan bermacam-macam kenyataan atas dasar untuk menyatukan orang melayu. Sebenarnya itu adalah satu kebaikan buat TS Mufti.
TS Mufti sedar atau tidak, daripada kenyataan TS Mufti lebih kepada sikap assobiah iaitu lebih kepada semangat kebangsaan melayu. Sepatutnya TS Mufti sebagai agamawan, TS Mufti lebihkan kepada persaudaraan Islam daripada bersikap kebangsaan. Tidahkah sikap seperti ini ditentang oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.
Melayu Umno itu tidak boleh ditakrifkan sebagai Islam. Islam Umno ini pula lebih kepada sikap Islam Keturunan. Memang kita tiada hak menilai iman dan amalan seseorang.. kerana itu semua adalah daripada Allah s.w.t. belaka. Apakah TS Mufti masih berpegang kepada ideologi Umno lagi iaitu...... Melayu itu Islam, Islam itu melayu.
Bukankah TS Mufti cukup arif tentang perkara ini. Kerana TS Mufti lah yang mendedahkan akan berpuluh-puluh ribu orang melayu telah murtad. Kalau cerita kepada orang...... yang murtad tu adalah orang PAS. TS Mufti agak-agaklah, orang percaya tak. Tapi kalau orang kata yang murtad itu orang Umno............... Apa pandangan TS Mufti
TS Mufti sendiri boleh menilai dari segi fizikal tentang orang PAS dan orang Umno. Dari segi sikap, perangai, angkuh, memperkaya anak beranak, adik beradik, saudara mara dan kroni-kroni. Lihatlah istana-istana mereka , kenderaan mereka, cara mereka berbelanja dan banyak lagi. Orang-orang macam ini TS Mufti bercakap tentang tali persaudaraan.
Yang menyalah guna kuasa untuk kepentingan duniawi mereka. Orang yang telah Mem ISA kan orang-orang yang tidak bersalah tanpa usul periksa. Orang yang memisahkan anak-anak dari bapanya, dari isterinya dan dari keluarganya................... NO WAY.
Bagi Pas, Islam adalah ke utamaan parti, bangsa nombor dua. Apakah TS Mufti lupa bagai mana layanan Umno terhadap ahli-ahli Pas dan parti Pas itu sendiri. Betapa banyaknya dosa-dosa yang telah Umno lakukan .Tak kan TS Mufti tak tahu, sebagaimana Pas ditendang keluar daripada BN pada 1977 setelah Umno sudah mula kuat. Siapa yang membantu Umno kalau bukan Pas.
Pas tidak pernah memutuskan tali persaudaraan sendiri, malah Pas cukup berpegang kuat dengannya tetapi atas dasar Islam. Memang TS Mufti jenis mudah lupa juga orangnya. Saya syor kan kepada TS Mufti buka balik tentang sejarah. Pernahkah TS Mufti mendengar, membaca dan melihat yang Pas pernah mengkhianati semangat setiakawan yang telah Pas hulurkan selama ini.
Semua yang PAS lakukan sememangnya kerana PAS adalah parti yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. PAS tidak akan sesekali menikam kawannya dari belakang. Parti yang melakukan kerja-kerja yang menikam kawan nilah yang TS Mufti duk bela sangat-sangat.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 27 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan