Apabila saya menulis tentang dalang didalam PAS, ia adalah satu perkara yang pernah berlaku di dalam parti PAS. Memang telah ada pembelot yang berjaya menyerap masuk didalam parti PAS pada era Almarhum Ustaz Fadhil Noor menjadi Presiden PAS.
Yang mana satu gerakan halus telah dimainkan dalam usaha menjatuhkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Pada era 90 an dahulu. Tetapi usaha tersebut dapat dihidu oleh pucuk pimpinan tertinggi PAS. Apabila ia dikenal pasti maka Ustaz Harun Taib yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat telah melakukan pembersihan.
Mereka sempat bermuzakarah dengan Ustaz Harun Taib sebelum keluar daripada parti PAS dan menubuhkan satu NGO yang tidak perlu saya sebutkan. Kerana itulah saya mengatakan ada dalang atau tangan-tangan ghaib di sebalik kekalutan yang berlaku didalam PAS.
Apa yang saya tulis adakah mengikut kepada fakta sejarah dan bukannya menulis secara membabi buta. Apa yang saya bimbangkan ialah kita tidak tahu akan dalang-dalang tersebut. Mereka menggunakan pimpinan tertinggi PAS dalam menjalankan kerja-kerja jahat mereka.
Sama seperti kejadian yang yang berlaku pada era Almarhum Ustaz Fadhil Noor, mereka melaga-lagakan pucuk pimpinan tertinggi PAS untuk mencapai impian dan matlamat mereka dalam usaha mengambil alih parti PAS. Kita masih bernasib baik kerana di zaman IT ini, maklumat dapat disebarkan dengan begitu cepat. Tetapi janganlah pula kita menjadi alat kepada mereka dengan coretan-coretan yang mungkin menyinggung perasaan seseorang. Walau siapa mereka baik kawan mahupun lawan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Rabu, 24 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Monumen Tenaga Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ...
-
gambar sekadar hiasan Peristiwa Petang Kemangkatan Sultan Iskandar 22 Jan 2010 Negeri Johor tiba-tiba diselubungi suasana kes...
-
Bas bawa keluar 'pengundi hantu' dari IKBN? HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari I...
-
Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyu...
-
Tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felda yang didakwa mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kumpulan Wang ...
-
Banyak komen dan tulisan dari pencacai yang meletakkan kesalahan DS Nizar amat besar dan mereka berhujah DS telah bersalah terhadap Sul...
-
3.40 pm : Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan selepas membuat laporan polis bahawa beliau diserang dengan paran...
-
"Apa salah saya dilantik Menteri? Saya pandai. Connection Singapore baik. Belajar Oxford." Khabar angin sedang kuat mengatakan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan