Satu kenyataan yang para pemimpin Umno tidak boleh menafikan ialah Allah tidak ada di Malaysia. Kenapa kamu kata begitu, jangan permain-mainkan perkara macam ini.... bahaya. Memang bagi pemimpin Umno Allah sememangnya tiada di Malaysia.
Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah para pemimpin Umno melakukan perkara-perkara yang mungkar? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno menganayai rakyat Malaysia? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno menggunakan ISA kepada rakyat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memperkayakan diri, anak bini, keluarga dan para kroni-kroninya?
Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno melakukan rasuah? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno merampas hak-hak rakyat? Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memberi lesen kilang arak? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memberi lesen kasino, toto, magnum, loteri dan segala bentuk perjudian?
Kalau Allah ada Di Malaysia, berani pemimpin Umno membiarkan sahaja maksiat berlaku dimana-mana sahaja? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno membiarkan anak bini mereka mendedahkan aurat? Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah pemimpin Umno melakukan maksiat ( zina dan minum arak)? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno menipu rakyat?
Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno meninggalkan solat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno meninggalkan puasa? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno tidak membayar zakat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memakan riba? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah pemimpin Umno memakan dan mencuri duit anak yatim?
Kalau Allah ada Di Malaysia, beranikah pihak polis memukul rakyat? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah polis dan KDN men 'ISA' kan rakyat yang tidak bersalah? Kalau Allah ada di Malaysia, beranilah pihak polis memaki hamun, memukul dan menghina pesalah yang belum terbukti kesalahannya? Kalau Allah ada di Malaysia, beranikah SPRM membuat siasatan terpilih?
Jawapannya.... sememangnya bagi pemimpin Umno, Allah tiada di Malaysia. Tetapi di manakah Allah tinggal, bagi pemimpin Umno? Kalau di Malaysia tiada maka di manakah Allah? Bagi pemimpin Umno, Allah hanya berada di Mekah dan Madinah sahaja. Kenapa kamu kata macam tu? Kerana di sana sahajalah, para pemimpin Umno akan menunjukkan yang mereka sebenar-benarnya hamba Allah.
Kerana di sana sahajalah, anak bini pemimpin Umno akan menutup aurat dengan sebetul-betulnya. Kerana di sana sahajalah, kita akan melihat betapa tawadduknya wajah para pemimpin Umno. Kerana di sana sahajalah, kita melihat para pemimpin Umno menunjukkan akan kesama-ratanya cara berpakaian tanpa menunjuk lagak dan kekayaan mereka. Kerana Allah ada disanalah, mereka tidak melakukan perkara-perkara yang mungkar. Allah s.w.t. hanya berada di Mekah dan Madinah sahaja.......... Wallahualam.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Khamis, 30 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
Jika pemimpin tertinggi seorang yang amanah, pasti beliau akan terkejut dengan jumlah yang cukup besar untuk sumbangan politik Umno Sab...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan