Translate

Ahad, 5 Julai 2009

Apakah Bangsa Melayu Akan Jatuh........

Merujuk kepada tulisan Awang Selamat dalam kolum tetapnya dalam Mingguan Malaysia iaitu Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat."Belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah diambang kejatuhan dan bayangkan nasib Melayu nanti", dakwa beliau. Mengulas dakwaan Awang Selamat atau lebih jelas lagi Awang tidak Selamat, bukan Melayu diambang kejatuhan tetapi Umno sebenarnya yang diambang kejatuhan. Orang Melayu masih lagi mempunyai parti PAS dalam membela nasib kaum Melayu. Kerana Umno lah bangsa Melayu terus terpinggir dan semakin terhakis jati diri selama 52 tahun Umno memerintah. Bagaimana Umno telah melenyapkan tulisan jawi yang telah berabad-abad bangsa Melayu menggunakannya. Tulisan jawi telah menjadi sejarah buat bangsa Melayu setelah dihapuskan oleh Umno dan digantikan dengan tulisan rumi. Dan dengan isu PSMMI, nyata Umno benar-benar hendak melenyapkan identiti bangsa mereka sendiri. Setelah Umno berjaya melenyapkan tulisan jawi kini mereka cuba untuk melenyapkan bahasa Melayu pula. Alasan kali ini amat melucukan iaitu untuk memajukan bangsa Melayu. Memang nasib bangsa Melayu telah di jatuhkan oleh Umno yang sentiasa melaung-laungkan sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu. Di mana dahulu tanah Rizab Melayu boleh dikatakan 1/3 daripada keluasan negara, tetapi di atas dasar pembangunan maka Umno sewenang-wenangnya telah merampas dan meminda dibawah Akta Tanah untuk menghalalkan segala perbuatan mereka. Sekarang tanah Rizab Melayu hanya tinggal sekankang kera sahaja, inilah jasa-jasa Umno untuk bangsanya sendiri. Semuanya dilakukan dengan bertopengkan pembangunan dalam usaha untuk kepentingan diri sendiri. Apakah Awang tidak Selamat masih tidur ataupun sedang bermimpi apabila mengatakan bangsa Melayu diambang kejatuhan. Sebenarnya bangsa Melayu sudah jatuh, bukan lagi diambang kejatuhan. Dan nasib bangsa Melayu sudah pun berkecai dek kerana kerakusan Umno yang penuh dengan sikap tamak halobanya, mereka sanggup menjual bangsa mereka sendiri. Andainya parti PAS tidak ada, sudah lama bangsa Melayu menjadi bangsa pengemis. Kerana PAS lah bangsa Melayu masih ada lagi harga diri. Awang tidak Selamat berkata, " apabila mereka berkuasa jangan terkejut - Melayu akan dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi ". Jangan kata apabila mereka berkuasa kerana sebenarnya bangsa Melayu telahpun dijajah oleh pemikiran Yahudi kerana Umno sendiri yang berfikiran Yahudi. Ini boleh dilihat apa yang telah Umno lakukan terhadap bangsa mereka sendiri. Mereka telah merampas tanah dan merobohkan rumah-rumah, masjid dan surau yang didirikan oleh orang Melayu setelah berjaya memerintah kembali negeri Terengganu. Tanah-tanah yang dirampas itu adalah pemberian kerajaan PAS Terengganu kepada anak negeri yang tidak mempunyai tanah. Kerajaan PAS Terengganu telah berjanji akan memastikan setiap rakyat Terengganu akan mempunyai sebidang tanah dan sebuah rumah. Lihatlah bagaimana zalimnya Umno setelah berjaya merampas kembali negeri Terengganu daripada PAS. Merampas dan merobohkan rumah,surau dan masjid yang didirikan oleh bangsa mereka sendiri. Tidakkah tindakan ini satu kezaliman yang lebih dahsyat daripada bangsa Yahudi sendiri. Bangsa Yahudi pun tidak sezalim Umno kerana bangsa Yahudi pun tidak melakukan apa yang dilakukan oleh Umno terhadap bangsa mereka sendiri. Menurut Awang tidak Selamat lagi, banyak perkara yang beliau bimbangkan, terutama institusi yang kini didakwanya sentiasa diperlekeh kan. Memang nyata Awang tidak Selamat sedang dibuai dengan mimpi-mimpi ngeri. Awang tidak Selamat ini memang termasuk di kalangan orang-orang Melayu yang diketogerikan oleh Dr. Mahathir sebagai mudah lupa. Siapakah sebenarnya yang memperlekeh kan Raja-Raja Melayu kalau bukan Umno. Siapakah yang meminda perlembagaan untuk mengurang kan kuasa Raja-Raja Melayu kalau bukan Umno. Siapakah yang mebogelkan Raja-Raja Melayu kalau bukan Umno. Siapakah yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kalau bukan Umno. Siapakah yang menabalkan raja yang baru di Kelantan sedang Sultan yang Sah masih lagi bertahta kalau bukan Umno Siapakah yang cuba menonjolkan kembali Tengku Ismail di Terengganu sedangkan al-Marhum Sultan Mahmud masih lagi bertahta kalau bukan Umno. Siapakah yang memperlekehkan kesultanan Negeri Sembilan dan Perlis kalau bukan Umno. Parti kesayangan Awang tidak Selamat itulah sebenarnya yang memperlekeh kan Kesultanan Melayu. Awang tidak Selamat menulis lagi," Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula perlembagaan Negara. Apa maknanya ini semua". Dalam sejarah dunia moden, Malaysia adalah negara paling teratas dalam meminta semula perlembagaan Negara. Walaupun hanya memerintah negara selama 52 tahun selepas mendapat kemerdekaan daripada penjajah kesayangan Umno iaitu British. Sedang Amerika Syarikat yang sudah dua ratus tahun lebih merdeka pun tidak sebanyak Malaysia dalam meminda perlembagaan mereka. Oleh itu sekiranya bangsa Melayu ingin kekal dan ada harga diri maka jalan terbaik ialah dengan mentalkinkan Umno itu sendiri. Kerana Umno lah sebenarnya pertualang bangsa Melayu yang telah menjahanankan dan menjual bangsa mereka sendiri kerana sikap ketamakan yang ada pada diri pemimpin-pemimpin mereka. Parti yang benar-benar membela bangsa Melayu adalah parti PAS. Pas adalah benteng terakhir bangsa Melayu dalam mempertahan kan jati diri bangsa Melayu/Islam. Sekiranya tiada parti PAS sudah lama kata-kata Hang Tuah itu tidak tepat," Tidak Melayu Hilang Di Dunia".

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular