Translate

Khamis, 9 Julai 2009

Apakah DUN Perak Akan Di Bubarkan..............

Apabila isu ini di bangkitkan semula dek kerana ada khabar-khabar angin yang 3 adun lompat akan kembali kepada Pakatan Rakyat, hentikan saja. Daripada menerima kembali mereka yang telah meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, lebih baik kita menunggu PRU 13 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi.
Tiada guna lagi untuk menerima kembali mereka yang lebih memudaratkan daripada membawa kebaikan. Apakah kita tidak boleh menunggu 3 tahun setelah menunggu selama 51 tahun. Apa yang perlu kita lakukan ialah memperkukuh kan lagi ikatan yang sedia terjalin di antara PAS, DAP dan PKR.
Memang timbul berbagai isu di antara parti-parti didalam Pakatan Rakyat yang baru sahaja berumur 15 bulan. Isu-isu yang berbangkit di kalangan parti yang berada di dalam Pakatan Rakyat sebenarnya membuatkan kita lebih matang. Belajar daripada kesilapan adalah lebih penting dalam usaha mengantikan kerajaan Barisan Nasional. Berkelahi dahulu adalah lebih baik daripada berkelahi di kemudian hari.
Perkasa kan lagi ikatan yang ada dan hindarilah perkara yang kecil daripada menjadi besar. Jangan kita membuka ruang kepada media massa arus perdana yang sememangnya menjadi alat kepada Umno-Bn. Jikalau timbul isu-isu antara parti dalam Pakatan Rakyat, bawa lah berbincang kerana kita ada Majlis Pakatan Rakyat. Tidak perlu lah memanggil sidang akhbar sehinggakan membuat rakyat menjadi muat dengan politik. Ada kala isu-isu kecil diperbesar-besarkan oleh media massa Umno-Bn untuk menunjukkan kepada rakyat tentang keretakan yang berlaku didalam Pakatan Rakyat. Semuanya adalah mainan politik sahaja. Kononnya untuk menjadi jaguh di kalangan kaum masing-masing, maka isu kecil pun mereka memanggil sidang akhbar. Sebelum melakukan sesuatu tindakan, tanyalah suara majoriti dahulu, sebagai contohnya di Kedah tentang isu merobohkan pusat sembalihan babi. Apa yang saya lihat tentang isu tersebut, lebih ramai menyokongnya daripada yang membantah. Baik daripada kaum Cina mahupun kaum Melayu. Sepatutnya DAP Kedah mendapat respons daripada penduduk di sekitarnya dahulu sebelum membuat apa-apa bantahan. Oleh itu, simpan lah sahaja hasrat menerima kembali sang lompat walaupun sememangnya mereka menafikan untuk kembali kepada PKR. Orang-orang seperti ini memang tidak layak untuk menjadi wakil rakyat. Mereka ini sememangnya mementingkan diri sendiri daripada rakyat yang mengundi mereka. Umno sendiri pun merasakan mereka ini adalah liabiliti buat BN. Kita lihat sahajalah apa yang akan mereka terima daripada perbuatan mereka itu. Kalau Mahkamah tidak dipengaruhi, pasti mereka akan terhukum dengan rasuah yang mereka lakukan. Saya pasti Umno tidak akan menolong mereka lagi kerana hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi untuk PRU 13. Kerana itulah kerajaan haram Perak tidak melantik mereka sebagai exco kerajaan Perak. Sekarang ini mereka merasakan yang mereka terlalu penting untuk hayat Umno memerintah Perak. Sebenarnya Umno-Bn hanya menunggu masa sahaja untuk menyingkirkan mereka. Kerana itu mereka mendapat bayaran ansur-ansur daripada dibayar sekali gus. Umno tahu jika dibayar sekali gus, mereka pasti rugi andainya BN tidak dapat mempertahan kan kerajaan haram mereka maka secara automatik bayaran itu akan terhenti. Baru padan dengan muka mereka yang telah mengkhianati undi yang telah berikan kepada mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular