Translate

Khamis, 9 Julai 2009

Manek Urai : Cabaran TPM, Umno Memperjuangkan Islam...

Satu cabaran daripada TPM agar membuktikan yang Umno tidak memperjuangkan Islam. Satu gimik politik murahan yang dikeluarkan oleh TPM untuk kempen politik di Manek Urai. Setelah menolak debat yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Datuk Seri Najib. Sekarang mereka cuba mencabar pula pula agar membuktikan yang Umno tidak memperjuangkan Islam. Sepatutnya TS Muhyiddin Yassin lihat dahulu cara berpakaian isteri bos beliau sendiri dan juga isteri-isteri para pemimpin Umno yang lain, sebelum mengeluarkan cabaran tersebut. Apakah tidak menutup kepala itu dipanggil Islam. Itu hanyalah yang nyata kita lihat hari-hari, oleh itu saya coretkan di sini apakah kesalahan Umno terhadap Islam didalam perjuangan Umno. Semasa awal pemerintahan Dr. Mahathir dengan slogan "Penerapan Nilai-Nilai Islam". Kata Dr. Mahathir bahawa kerajaan hanya akan menerapkan nilai-nilai Islam yang baik sahaja, seolah-olah beliau mengambarkan ada nilai-nilai Islam yang tidak baik. Apakah didalam Islam ada nilai-niali yang tidak baik. Apakah Al-Quran yang Allah s.w.t. turunkan dan menyuruh hambanya berpegang kepada kitabnya itu ada perkara yang tidak baik. Minta dijauhi apa yang telah Umno lakukan. Tentang menutup aurat, Umno menyatakan orang yang menutup aurat pun buat jahat juga. Sesungguhnya wanita yang menutup aurat sudah memenuhi tuntutan syarak (soal jika ia juga berbuat mungkar selepas itu adalah soal lain), tetapi wanita yang tidak menutup aurat tetap berdosa kerana melanggar perintah Allah. Wanita yang menutup aurat dan melakukan kemungkaran hanya mendapat satu dosa sahaja kerana berbuat mungkar sahaja. Tetapi wanita yang tidak menutup aurat dan berbuat kemungkaran mendapat dua dosa iaitu telah mendedahkan aurat dan membuat kemungkaran. Dr. Mahathir mengatakan ucapan "Assalamualaikum" sama sahaja dengan selamat pagi. Apa yang patut kita gelarkan orang-orang seperti ini, yang menyamakan Salam dengan selamat pagi. Sedangkan salam itu adalah ucapan ahli-ahli syurga, mungkin mereka mentafsirkan berunsur bahasa. Orang Arab mengucapkan salam tetapi orang Melayu/Umno mengucapkan selamat pagi. Tetapi Melayu Islam mengucapkan salam apabila bertemu walaupun ia adalah bahasa Arab, sebagai seorang muslim tanpa mengira bangsa atau keturunan, itulah ucapan yang dituturkan dimana-mana. Contohnya apabila kita pergi ke China dan berjumpa dengan Muslim di sana dan orang Umno mengucapkan selamat pagi atau petang, pasti muslim itu akan terpegun. Dan apabila orang PAS mengucap salam, pasti muslim itu akan memeluk orang PAS tersebut kerana Islam itu bersaudara. Rasulullah s.a.w. tidak mencukur janggut kerana pada masa itu tiada pisau cukur. Inilah sikap Umno yang sebenarnya apabila menolak hukum menyimpang janggut. Mereka mempermain-mainkan Sunnah Rasulullah semata-mata untuk mempertahankan hujah-hujah mereka. Apakah layak parti Umno mengaku sebagai mengikut dan memertabatkan Islam dalam perjuangan mereka sekiranya Al-Quran dan As-Sunnah dipermain-mainkan oleh mereka seperti barang mainan. Mereka menyatakan banyaklah akan kudung kaki dan tangan apabila hukum Hudud di laksanakan. Akan habis batu-batu di jalan kerana digunakan untuk merejam. Mereka ini bukan termasuk dalam ketogeri mempermain kan hukum Allah, tetapi menghina hukum Allah. Apabila ada pemimpin Umno yang mengatakan hukum Islam dah lapuk dan ketinggalan zaman. Merekalah(Umno) yang mengagung-agungkan perlembagaan penjajah dan mengugut kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sekiranya melaksana kan hukum Hudud maka mereka yang memegang tampuk pemerintahan pusat akan melakukan sesuatu. Apakah TPM sudah lupa atau buat-buat lupa, kerana banyak lagi perkara-perkara yang Umno lakukan terhadap Islam. Maka memang betul lah Umno sebuah parti yang menolak Islam secara total. Anda boleh melihat tulisan saya yang bertarikh pada 04/07/09 tentang besalahan yang telah Umno lakukan terhadap Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular