Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang membidas TGHH kerana menyatakan pengundi yang mengundi BN adalah pemakai cawak sahaja. Beliau menggesa TGHH memohon maaf kepada masyarakat Iban. Beliau juga berkata hanya pengundi yang berfikiran waras berpakaian kemas sahaja yang mengundi BN.
Tanpa beliau sedari, sebenarnya beliau lah yang sepatutnya memohon maaf kepada pengundi kaum Iban yang memakai cawak tetapi memangkah BN di lubuk antu, Batang Air. Beliau dengan megahnya mengatakan yang Serawak adalah kubu kuat BN. Itu kita tidak menafikan apa yang beliau katakan itu.
Kerana itulah BN tidak boleh membezakan antara semenanjung barat dengan timur. Di Sarawak apabila berlakunya pilihan raya mereka meraikannya melebihi perayaan besar kaum mereka sendiri. Kerana itulah pembangkang tiada tempat dihati penduduk Sarawak kerana pembangkang adalah parti miskin.
Di Sarawak parti yang kaya pasti akan dapat memerintah kerana itu pilihan raya sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak. Kalau boleh mereka mahu pilihan raya diadakan setiap bukan kerana waktu itulah wang ringgit akan ditabur dimerata-rata tempat. Kalau setakat sepuluh dua, tak main lah. Paling sikit pun RM 1,000 seorang.
Di sebab itulah BN sentiasa dihati rakyat Serawak yang tinggal diperdalaman tanpa mempunyai apa-apa kemudahan, dan BN tidak sesekali akan memberi mereka kemudahan-kemudahan tersebut kerana mereka takut sekiranya rakyat Sarawak celik ICT, maka hancur lah mereka.
Kita boleh melihat kepada kawasan bandar, BN terpaksa bekerja keras untuk memenangi hati rakyat kerana di kawasan bandar mereka dikatakan secara puratanya mendapat maklumat yang cepat dan tepat tentang isu semasa. BN di Sarawak tidak boleh mendabik dada kerana mereka mempunyai banyak wang kalau hendak di bandingkan dengan parti pembangkang.
Mereka sebenarnya adalah parti pengecut bila berlakunya pilihan raya, kerana mereka bertanding bukan sebagai anak jantan. Semua agensi kerajaan digunakan untuk memenangkan calon-calon mereka. Andainya mereka mengatakan mereka sebuah parti yang kuat, bertanding lah secara anak jantan.
Jangan guna agensi-agensi kerajaan dan jangan menabur wang kepada pengundi Serawak. Saya pasti 200 % , BN akan tumbang tanpa meninggalkan apa-apa kerusi, percayalah...... kemenangan mereka adalah kerana matlamat menghalalkan cara dengan SPR hanya berpeluk tubuh sahaja melihat segala perbuatan keji BN.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 25 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Sejak dari kecil saya mendengar cerita dan melihat filem Robinhood. Beliau terkenal sebagai lagenda di England. Tinggal di hutan Sherwood di...
-
Ini adalah pertemuan pertama Presiden Mesir yang baru dan anda boleh membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sejarah moden telah...
-
Ia pembaharu tasawuf dan filsafat dalam Islam. Gagasan dan karya-karya Hujatul Islam ini, menjadi rujukan sampai sekarang. Dalam rak-rak di...
-
Selepas Bn tidak bertanding Di Dun Penanti dan selepas itu berlaku kekosongan Dun Manik Urai diatas pemergian penyandangnya keRahmatullah.Um...
-
Kemaskini 12.50 tgh: | Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh Harakahdaily terhadap perjalanan sidang Dun yang diadakan di Banguna...
-
Osama bin Laden tidak diragukan lagi dalam jangkauan tentera AS di pergunungan Tora Bora ket...
-
Terkini 10.00 am : Kami Ada yang ditolak sampai jatuh dan Speaker cuba ditangkap dan dihalang, kami pertahan sehingga ada Adun yang jatuh. ...
-
Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur’an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahwa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari ...
-
SPRM (Skuad Penjaga Rosmah Mansor) Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan