Ke tidak puasan hati Shahidan Kassim terhadap Mohd Isa masih lagi terbuku dihati beliau kerana pihak istana tidak lagi berkenan kepada beliau untuk menyambung kembali jawatan Menteri Besar Perlis. Kerana marahkan pihak istana maka Mohd Isa yang menjadi mangsanya.
Alasan yang diberi kerana beliau tidak berpuas hati dengan pentadbiran Mohd Isa dengan menuduhnya sebagai boneka sahaja. Beliau menuduh pentadbiran MB sekarang dikuasai oleh tangan-tangan ghaib, yakni kemungkinan pembantu-pembantunya.
Apakah beliau merasakan yang beliau lebih bagus daripada Mohd Isa mentadbir negeri Perlis. Nak kata orang dia yang lebihnya, kerana semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mencipta sejarah dengan melantik sebegitu ramai penasihatnya, mengalahkan Perdana Menteri. Semua anak beranak dan kroni-kroni beliau telah dilantik sebagai penasihat beliau.
Amat malang sekali buat negeri Perlis, negeri paling kecil dan mempunyai bahagian paling sedikit di Malaysia tetapi penasihatnya mengalahkan kuasa besar. Sekarang beliau hanya mencari apa sahaja kesalahan Mohd Isa untuk melepaskan geram beliau yang tiada kesudahannya. Itulah perangai Shahidan Kassim yang hanya nampak kesalahan orang lain sahaja tetapi kesalahan sendiri beliau cuba sembunyi kan.
Nak lepaskan kemarahan kat istana beliau tidak berani, yang menjadi mangsa kemarahannya ialah Mohd Isa yang dikatakan merampas kuasa Menteri Besar yang dianggap milik mutlak beliau. Kerana ada perkara yang tidak kenalah maka pihak istana tidak perkenankan beliau untuk menyambung kan tugas sebagai Menteri Besar Perlis kerana hanya pihak istana sahaja yang tahu apa sebenarnya kesalahan besar yang telah beliau lakukan.
Siapa tidak marah kalau dah bersiap dengan tengkoloknya, baju melayunya, kerisnya, pingat di dadanya, kasut berkilatnya yang boleh dikatakan semuanya baru selepas beliau berjaya mengetuai kemenangan buat Perlis dengan penuh bergaya memandang kan negeri-negeri lain terumbang-ambing dalam mempertahankan kuasa. Tiba-tiba nama Mohd Isa yang disebutnya sebagai Menteri Besar yang baru. Siapa tidak marah dan geram.
Mesti ada sebab-sebabnya yang menyebabkan pihak istana menolak beliau. Jikalau kesalahan itu kecil tak mungkin pihak istana tidak berkenan kepada beliau. Maka ini telah menambahkan lagi kemelut perbalahan didalam Umno selepas Terengganu dan Negeri Sembilan. Inilah yang dikatakan One Malaysia yang penuh dengan skandal. Umno cuba menutup bangkai gajah dengan menuduh Pakatan Rakyat mempolitikkan beberapa isu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 24 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki ...
-
Jika pemimpin tertinggi seorang yang amanah, pasti beliau akan terkejut dengan jumlah yang cukup besar untuk sumbangan politik Umno Sab...
-
Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 seb...
-
8.41am Di kubu kuat PAS di Sg Terah, kelihatan kira-kira 400 penyokong parti itu berbanding hanya 50 berbanding BN. Kelihatan Pengerusi ...
-
Untuk renungan kita bersama tentang perintah Allah SWT kepada Iblis Laknatullah untuk menjawab segala pertanyaan Rasulullah SAW. ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Inilah realitinya yang tiada siapa dapat menidakkan akan hujah Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu akan menjadi individu terkaya di...
-
Pada 7 Jan 2001 Hartanah Taikon Tan Sri Abu diarah merobohkan pagar tembok. Masuk dalam media Utusan.Namun.. cuba lihat.. sampai hari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan