'Setiap individu harus mengetahui tentang sejarah negara terutamanya apabila melaksanakan hak mereka untuk memilih pemimpin yang akan menerajui negara", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Bagaimana cara kita mengetahui tentang sejarah kerana sejarah yang ada dan yang kita belajar dari peringkat sekolah rendah sampai lah ke peringkat universiti. Semuanya adalah sejarah versi Umno.
Andainya kerajaan ingin rakyat belajar sejarah, maka Umno mestilah mengubalkan semula sejarah Malaysia secara betul dan secara ilmiah. Sejarah yang ada sekarang ini adalah sejarah yang ditulis oleh penjajah British yang disokong oleh Umno itu sendiri. Kerana dalam sejarah yang kita belajar sekarang ini banyak menunjukkan perjuangan Umno dalam memerdekakan negara.
Sedangkan Umno telah menyembunyikan fakta-fakta yang sebenar tentang perjuangan orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan Malaya secara total sedangkan Umno sebagai 'anak emas' penjajah telah terang-terang menolak gagasan yang telah dibuat oleh parti kaum Melayu dan umat Islam iaitu PKMM dan Hizbul-Muslimin. Oleh itu kita sepatutnya mendesak kerajaan agar sejarah Malaysia di kaji semula.
Kerana Umno sebagai pengkhianat bangsa Melayu sendiri, maka mereka telah diberi tempat didalam pemerintah pasca kemerdekaan. Oleh kerana Umno pada masa itu dengan slogan 'Hidup Melayu', telah menukar slogan kepada 'Merdeka'. Itu pun setelah ramai pemimpin-pemimpin PKMM dan Hizbul-Muslimin di tangkap dan dipenjara kan oleh penjajah British di atas sokongan Umno.
Di manakah perginya nama-nama besar yang telah memperjuangkan kemerdekaan secara total seperti Dr. Buhanuddin, Ibrahim Yaacob, Ahmad Boestaman, Pak Sako, Prof Zulkifl, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Haji daud Samad, Haji Ishak Lofti, taha Kalo, Dato' Nik Ahmad Kamil, Tengku Mahmud Mahyuddin dan ramai lagi yang tidak dapat saya sebutkan kerana ia terlalu panjang senarainya.
Inilah sebenarnya pejuang-pejuang kemerdekaan Malaya yang telah dinafikan oleh Umno. Mereka hanya meracuni pemikiran anak-anak kita dengan fakta-fakta yang salah dengan mengatakan bahawa Umno lah Malaysia mencapai kemerdekaan. Kerana itulah saya mengatakan sejarah yang ada sekarang adalah sejarah versi Umno.
Dr. Mahathir berkata lagi,"Bagi membolehkan kita membuat pilihan, kita amat bergantung kepada apa yang berlaku dalam negara tetapi jika kita tidak tahu apa yang kita undi, kita cenderung untuk memilih parti yang salah dan apabila parti itu menubuhkan kerajaan, ketika itulah baru kita menyesal".
Satu kata-kata orang yang sudah hampir nyanyuk dan sudah ketinggalan zaman, kerana terlalu lama memerintah. Apabila mereka kalah, maka mereka mula lah merapu-rapu dalam percakapannya. Dahulu rakyat tidak dihidangkan dengan maklumat-maklumat yang betul kerana akhbar arus perdana adalah satu senjata yang penting untuk rakyat mengetahui akan apa yang Umno lakukan semasa memerintah.
Tetapi di zaman IT ini yang mana maklumat cepat tersebar, maka rakyat mula mengetahui apa yang telah pemimpin Umno lakukan semasa memerintah. Baru rakyat tahu bagaimana Umno telah memperkaya kan keluarga dan kroni-kroni mereka. Rakyat juga didedah dengan segala penyelewengan yang telah Umno lakukan kepada khazanah negara yang hampir membawa negara kedalam kancah kemuflisan.
Oleh itu Dr Mahathir tidak perlu menggesa lebih ramai penulis Malaysia supaya tampil dan menulis mengenai sejarah negara kerana memang kita sedang lakukan walaupun tanpa seruan beliau. Kerana kita memang sentiasa mencari apa jua kelemahan, keburukan, kezaliman, kejahatan, penyelewengan, memutar-belitkan fakta-fakta dan banyak lagi yang akan kita dedah kan tentang Umno. Usah lah Dr. Mahathir khuatir tentang saranan beliau itu.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 10 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
-
UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza. Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemuk...
-
Keputusan tidak rasmi 6.47pm Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) - 1018 Ansari Abdullah (PKR) -1,709 Undi rosak - 420 6...
-
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan