Translate

Jumaat, 10 Julai 2009

Manek Urai : Yang Tinggal Hanyalah Penduduk....

Umpama 'Menanam Tebu Di tepi Bibir' dan 'Pijak Semut Tidak Mati', itulah kata-kata yang selayaknya untuk Umno di Manek Urai. Sebagaimana mereka berkata yang mereka ikhlas untuk menolong penduduk Manek Urai. Kata-kata dan janji-janji manis hanyalah sudah menjadi lumrah bagi para pemimpin Umno setiap kali berlaku pilihan raya. Selepas pilihan raya hilang lah kelibat para pemimpin Umno seperti mana didalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas. Apa yang Umno boleh taburkan hanyalah janji-janji kosong yang hanya untuk menyedapkan hati pengundi. Kononnya untuk menolong, kalau sekiranya Umno ikhlas hendak menolong bukan didalam pilihan raya tetapi selepas mereka memerintah negara. Apakah penduduk Manek Urai selama ini kebuluran tanpa bantuan daripada Umno walaupun Umno telah menyekat segala bantuan kepada yang perlu. Dan kemudian mereka menjaja yang kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa untuk membantu penduduk. Itulah sahaja modal politik yang Umno ada setiap pilihan raya kecil diadakan. Kalau dapat projek 'Mee Segera', itu dipanggil sudah bertuah kerana selepas itu janji hanya tinggal janji. Yang menjadi mangsanya adalah penduduk-penduduk, tetapi rakyat sudah faham dan masak dengan perangai pemimpin Umno ini. Dia yang memegang segala kuasa dan institusi dalam konsep matlamat menghalalkan cara. Satu pegangan yang sudah menjadi darah daging buat para pemimpin Umno. Itu pun masih ada cita-cita untuk mencabar PAS agar membuktikan yang perjuangan Umno telah lari dari syariat Islam. Selepas menolak debat yang disarankan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Datuk Seri Najib. Di manakah realiti pemimpin Umno sekarang ini. Masih bermimpikah mereka. Ataupun sudah mula menjadi pelupa setelah sekian lama memegang tampuk pemerintahan. Sejarah telah membuktikan sekuat mana sesebuah kerajaan itu pasti akan tersungkur. Hanya masa sahaja yang menentukan lama atau cepat. Tidakkah pemimpin Umno membaca sejarah tamadun dunia. Bagaimana dengan kerajaan Rom sebagai contoh........ Melayu(Umno) mudah lupa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular