Apabila pihak berkuasa pimpinan Umno merobohkan masjid dan surau di Negeri Terengganu dan yang terbaru daripada penulis blog Ibnu Hisyam tentang perobohan surau di kampung Bujal, Kemaman bukan satu perkara baru di Terengganu kerana ia telah lama berlaku.
Ditempat kelahiran saya iaitu Dungun pun berlaku perkara seumpama itu sehinggakan iman masjid telah di ISA kan dan dibuang daerah (PCO) ke Melaka, kerana mempertahan kan Masjid Sura daripada dirobohkan. Alhamdulillah............. cita-cita mereka tidak kesampaian dan masjid tersebut semakin besar.
Saya masih ingat lagi bagaimana kuasa Allah tidak siapa yang dapat menghalangnya. Setiap tahun masjid tersebut dibesarkan kerana kepadatan jemaah yang datang bersolat Jumaat, semakin dibesarkan semakin tidak dapat menampung jemaah. Itulah ajaibnya di akal fikiran saya kerana setiap kali dibesarkan jemaah semakin ramai. Entah dari mana datangnya jemaah-jemaah tersebut.
Masjid itu masih lagi berdiri kukuh ditepi pantai kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu. Ia juga menjadi mercu tanda Pas Dungun. Masjid tersebut cuba dirobohkan kan dalam kehangatan isu kafir-mengkafir di mana kerajaan Umno telah membina satu masjid baru berdekatan dengan masjid Sura lama.
Oleh kerana sudah ada masjid baru maka masjid lama cuba dirobohkan dan di pertahankan oleh pendokong-pendokong Pas. Kerana kekuatan yang ada pada jemaah Pas maka usaha Umno tidak berjaya yang kesudahannya mem'ISA'kan iman masjid tersebut.
Satu sambutan besar-besaran telah diadakan untuk menyambut kepulangan wira tersebut setelah tamat tempoh beliau di PCO kan di Melaka. Oleh kerana perkara tersebut telah lama berlaku, kalau tidak silap saya nama iman tersebut ialah Wan Hassan. Banyak kezaliman telah dilakukan oleh kerajaan Umno-Bn terhadap ahli-ahli dan parti Pas.
Kerana itulah saya tidak menyokong sama sekali kalau Pas ingin digabungkan dengan Umno. Berbincang adalah perkara lain, kerana ia tiada sangkut paut dengan pengabungan dengan Umno. Kerana itu saya menentang bila masih ada lagi suara-suara sumbang yang memperkatakan tentang kerajaan perpaduan yang telah ditegaskan dengan nyata oleh TGHH sebagai sudah tutup buku.
Kenapa lah masih ada lagi yang cuba melaga-lagakan TGNA dengan TGHH dengan menimbulkan kembali isu kerajaan perpaduan. Yang sudah..... sudahlah, jangan diungkit kan lagi. Biarkan ia menjadi satu sejarah bagi Pas. Peranan kita sekarang ialah menyatukan kembali apa yang telah terlerai dek kerana isu tersebut.
Perkukuh kan kembali parti adalah satu perkara yang besar kalau kita ingin dilihat sebagai satu wadah perjuangan Islam yang kuat. Jangan biarkan musuh-musuh kita diberi ruang dalam usaha untuk menghancurkan Pas dengan melaga-lagakan pemimpin. Tidak timbul perkataan yang ni orang TGNA dan yang itu orang TGHH, yang pasti kita adalah satu saf iaitu pendokong Pas.
Kita bekerja dan berjihad hanyalah untuk Allah s.w.t. semata-mata, bukan kerana pemimpin. Mereka hanyalah sebagai ketua, pemimpin atau pembimbing kita dalam wadah perjuangan Pas. Seperti yang saya selalu sebut, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi Pas tetap berdiri kukuh di atas dokongan saudara-saudara semua.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dak...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
-
UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza. Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemuk...
-
Keputusan tidak rasmi 6.47pm Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) - 1018 Ansari Abdullah (PKR) -1,709 Undi rosak - 420 6...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan