Translate

Sabtu, 8 Ogos 2009

Dua Watak Utama Yang Membawa Hala Tuju PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi adalah akitek yang mencorakkan halatuju perjuangan PAS. Ini adalah pemimpin yang saya amat sanjungi dan sayangi. Tuan Guru Nik Aziz adalah pejuang yang paling senior didalam PAS.

TGNA juga seorang pemimpin dan bapa yang lembut tetapi ada ketegasannya. Beliau telah menjadi ahli parlimen Hilir Kelantan sejak tahun 1967 sehingga 1969 dan pada 1969-1974. Dan kemudiannya ditukar kepada Parlimen Pengkalan Chepa.

Ini bermakna TGNA bukannya seorang pemimpin yang boleh diperlekeh-lekehkan beliau tentang sepak terajang politik Malaysia. Apa yang beliau katakan dalam satu-satu kenyataan, bukan tanpa mempunyai apa-apa bukti. Walau pun kita melihat riak muka beliau yang bersahaja apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang penting.

Itulah yang ada pada TGNA, sifat yang tiada pada pemimpin-pemimpin lain. Apabila beliau membezakan Umno seperti komunis dan ayah pin(bahasa kiasan), maka ada kebenaran kata-katanya apabila kita memperhalusi pandangnya.

Tuan Guru Haji Hadi adalah guru saya dalam mencorakkan pegangan idoelogi politik saya. Beliau yang saya menganggap sebagai mentor saya dalam politik PAS. Kerana itulah salah satu sebabnya yang saya mempertahankannya dan ada satu lagi sebab yang penting tetapi terpaksa saya rahsiakannya.

Beliau adalah seorang pemimpin yang berperwatakan tegas tetapi ada kelembutan. Seorang yang berpegang kuat kepada perjuangannya didalam PAS. Kerana itulah banyak kritikan-kritikan yang telah dilemparkan keatas beliau dalam isu kerajaan perpaduan. Sebenarnya ada perkara yang tersirat disebalik kata-katanya yang mungkin tidak difahami oleh sesetengah penulis.

Yang saya amat-amat pasti, beliau tidak akan sesekali membawa PAS kejalan yang salah. Beliau boleh menerima segala kritikan-kritikan yang telah dilakukan oleh penulis-penulis blog. Sekiranya saudara mengenali beliau secara dekat, barulah saudara boleh menilainya.

Ini bukanlah bermakna saya taksub terhadap beliau Kerana dahulu saya pernah berjanji terhadapnya, sekiranya beliau lari daripada landasan perjuangan Islam, maka sayalah orang pertama yang akan menentangnya.

Pemimpin adalah sebagai pembimbing kita dalam mengerjakan amal yang baik dan menentang segala kemungkaran. Dan pemimpin tetap tidak terlepas kepada kesilapan, maka kitalah yang sepatutnya menegurnya dengan baik. Sebagaimana Saidina Umur r.a. telah ditegur dengan pedang.

Tetapi adakah beliau dimaki hamun dan dihina atau pun digelar dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Dan beliau tetap bersyukur kerana ada yang berani menegurnya. Jika tiada  ulama/pemimpin apalah yang ada pada diri kita. Apakah kita melihat Rasulullah s.a.w. bersolat, berpuasa, bertahajjud dan sebagai tanpa kita melihatnya dengan mata kita sendiri?

Kerana itulah apa yang kita lakukan ini adalah bersumberkan kepada para sahabat yang melihatnya dan diturunkan kepada tabii, dan tabii akan mengajar tabii-tabii, dan tabii-tabii akan menurunkan kepada ulama, dan ulama akan menurunkannya sampailah kepada kita.

Adakala orang tidak faham atau saja-saja buat tidak faham supaya mereka akan terus berhujah dan berhujah. Bila dikatakan mempertahankan pemimpin, bukan bermakna kita taksub kepada seseorang pemimpin sampai tidak boleh ditegur.

Kenapalah dangkal sangat pemikiran, mereka semua bukan maksum. Apa yang dipertahankan adalah selagi pemimpin tidak terkeluar daripada landasan Islam itu sendiri. Dan cara kita menegur ulama biarlah berhemah, beradab dan dengan kata-kata yang elok. Kenapa sampai menyebut maksum, taksub dan sebagainya............. noktah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular