Sebelum saya menulis, ingin saya memohon maaf dengan apa yang telah saya coretkan. Saya tidak bermaksud menyakiti hati sesiapa kerana kita hidup di negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi. Apa yang tegur kan kerana kita sudah hilang nilai-nilai cara berjemaah.
Siapa kata para pemimpin PAS tidak boleh ditegur, saya tidak pernah menulis yang pemimpin PAS tidak boleh ditegur. Mereka bukan maksum, sampai tidak boleh ditegur. Menegur pimpinan biarlah berhemah. Kerana kita duduk didalam jemaah Islam, maka teguran itu janganlah sampai dijadikan isu oleh Umno.
Saidina Abu Bakar, Saidina Umur, Saidina Uthman dan Saidina Ali pun minta ditegur. Bahkan Rasulullah sendiri pun menerima pandangan Sahabat, sebagaimana baginda menerima cadangan sahabat tentang strategi dalam peperangan.
Cara menegur pemimpin dalam jemaah Islam tidak sama dengan cara menegur pemimpin Umno. Kerana itulah menegur jemaah mestilah secara baik, sebagaimana kita ditarbiahkan. Masihkah kita ingat pesanan Almarhum Ustaz Yusof Rawa semasa PAS baru sahaja dibawah kepimpinan ulama.
Tarbiahkan diri kita dahulu sebelum kita mentarbiahkan orang lain. Apakah cukup ilmu yang ada pada diri kita dalam kita menghuraikan sesuatu perkara. Para ilmuan bercakap di atas dasar ilmunya, bukannya di atas dasar nafsu.
Tidak salah kita menegur pucuk pimpinan, tetapi biarlah berlapik. Macam kita menegur kawan baik kita dalam sesuatu perkara yang salah. Apakah kita akan terus menghentamnya tanpa memberi peluang kepadanya.
Saya tahu apa yang ditulis oleh penulis dan teguran-teguran mereka sebenarnya adalah untuk kebaikan. Yang itu saya tidak boleh nafikan, tetapi betulkah cara kita menegur. Tidakkah kita menadah kitab dengan guru-guru kita dan sekiranya tidak tidak bersetuju dengan guru kita, ada caranya untuk menegur.
Orang-orang yang terdahulu daripada kita dalam menegur guru mereka atau pun tidak mahu lagi berwa'la kan gurunya. Mereka datang dengan tertib dan berhujah dengan guru mereka dalam apa yang mereka tidak berkenan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Jumaat, 7 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat...
-
Definisi - Tenaga Ritual : “ Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Khairil Abdul Rahim. Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan S...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Apabila Ku Li menerima jawatan sebagai pengarah pilihan raya Dun Galas, senario telah mula berubah. Ini bermakna Ku Li telah memilih jala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan