Semalam ada terima satu call, tengok pada handphone tertera nombor sahaja,. Bila jawab, rupa-rupanya blogger Alhusseyn. Dia tanya besok pergi tak ke perjumpaan para blogger negeri Perak. Saya kata saya akan pergi, tapi tak ada kawan kerana saya bukannya mengenali siapa-siapa pun.
Saya ajak beliau pergi bersama dengan saya, beliau setuju dan ajak pergi awal sikit jam 12 tengahari, pasal beliau kata nak mandi kat sana. Dan sebelum itu saya bagi tahu beliau yang saya ni ahli PAS kawasan Gopeng tapi tidak aktif. Dia kata tak apa, janji ada nombor keahlian supaya senang untuk dirujuk.
Saya mendaftarnya pada 1999, iaitu selepas hampir 3 tahun tinggal di Ipoh. Saya sememangnya tidak aktif kerana saya tidak mengenali sesiapa dan satu perkara, saya jenis kurang bergaul melainkan ditempat kerja. Saya mendaftar keahlian semasa saya tinggal di Taman Maju Rapat, Ipoh.
Sekarang saya tinggal di Tambun (Dun Ulu Kinta), mengundi di Dun Manjoi(Parlimen Tambun), ahli PAS kawasan Gopeng. Tiga tempat yang berlainan. Sekarang baru saya mempunyai beberapa kawan di kawasan Gopeng. Ini kena aktif kan semula keahlian saya.
Alhusseyn tanya saya nak bawa apa kerana beliau ada bawa sedikit makanan, saya kata bawa diri aje ler. Kerana saya pun tak tahu nak bawa apa. Beliau bagi tahu bawa lah makanan ringan atau kacang. Ok juga.... ni nak kena pergi pasaraya Giant cari kacang menglembu.
Ok..... jumpa kat sana.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 15 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Asal Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di...
-
Memang aku cukup geram dengan blog Alhusseyn, bukan selalu tetapi kadang-kadang kalau tulisan dia tidak kena dengan selera aku. Memang kami ...
-
Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim terhadap konspirasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih Ker...
-
Makam Rasulullah s.a.w. Makam Sayyidah Khadijah (yang besar) dan putranya, Qasim (yang kecil) di sudut Makam Aisyah r.a. (i...
-
Bekas PM Ah jib dan kuncu kuncu nya akan merasmikan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik selatan TBS BTS. [Bandar Tasik Selatan]...
-
Tan Sri Robert Kuok terus mempertahankan kedudukkan sebagai rakyat Malaysia terkaya di Malaysia dengan kekayaan sebanyak US$ 12 bilion. T...
-
ISMAIL SABRI ADALAH MENTERI PALING BODOH DALAM SEJARAH MALAYSIA!? Pergghhh marah betul si Keris Putra dengan Ismail Sabri, dikat...
-
Omar terperanjat mendengar tentang sistem keselamatan mereka yang sempurna dan tertanya-tanya bagaimana semut-semut asing cuba memasuki s...
-
(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah) TANAH MERAH : “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukt...
-
KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan