Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Umno untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu, yang mana sasarannya ialah 30 %. Apakah DEB betul-betul telah berjaya?. Jawapan ialah tidak, jikalau diamati betul-betul mungkin 12 % sahaja.
Umno boleh canangkan...... lihatlah di Bursa Saham Malaysia (BSKL), ramai orang Melayu menjadi pengerusi syarikat dipapan utama. Memang ramai orang Melayu yang menjadi pengerusi syarikat-syarikat besar, tetapi siapakah yang memiliki saham majoriti. Adakah orang Melayu?. Apa yang kita lihat hanyalah topeng ataupun kulit sahaja, tetapi isinya ........... hampas.
Kita lihat kekayaan yang dimiliki oleh segelintir orang Melayu pun kerana mereka adalah kroni-kroni Umno. Apalah yang ada pada bangsa Melayu jikalau hendak dibandingkan oleh bangsa lain. Bangsa Melayu tetap berada ditakuk yang sama sebelum merdeka, mungkin juga lebih teruk.
Kerana jika ia dinilai dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Melayu semakin berkurangan sebelum merdeka. Betapa banyaknya tanah-tanah orang Melayu telah bertukar tangan kerana jasa-jasa yang telah Umno lakukan terhadap orang Melayu.
Ada juga alasan yang diberikan kerana orang Melayu malas untuk merebut peluang yang disediakan. Bagaimana orang Melayu hendak berjaya jikalau hanya yang rapat dengan para pemimpin Umno sahaja yang diberikan.
Umpama lesen kelas 'F' yang telah lama dibekukan kerana terlalu ramai yang memilikinya. Ada kala dalam satu keluarga, bapa ada satu, ibu ada satu, anak ada satu, menantu ada satu dan hantu pun ada satu tetapi tidak aktif. Bila diselidiki rupa-rupanya mereka adalah orang kuat Umno yang tidak tahu dan tiada pengetahuan tentang perniagaan tetapi untuk di'alibaba'kan apabila ada tender-tender yang dikeluarkan.
Sekiranya kerajaan betul-betul ingin membela orang Melayu, tarik semula lesen kelas 'F' yang tidak aktif. Bagi kepada orang Melayu yang betul-betul memerlukannya. Tidakkah ini yang dikatakan pengkhianat bangsa?........ Umno oh Umno........ sememangnya kamu mudah lupa. Kalau bab-bab lupa ini, kena tanya Tun Dr. Mahathir kerana beliau cukup arif tentang 'Melayu Mudah Lupa'........ yang sebetulnya, 'Umno Mudah Lupa'.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Selasa, 11 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat...
-
Definisi - Tenaga Ritual : “ Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Khairil Abdul Rahim. Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan S...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Apabila Ku Li menerima jawatan sebagai pengarah pilihan raya Dun Galas, senario telah mula berubah. Ini bermakna Ku Li telah memilih jala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan