Translate

Sabtu, 8 Ogos 2009

Untuk Renungan Bersama Tentang ISA.

Saya bukanlah seorang pengamal undang-undang dan juga seorang yang arif tentang undang-undang. Sebenarnya akta ISA ini terlalu banyak seksyennya. Dahulu semasa saya masih belasan tahun, ramai orang melayu yang telah dibuang daerah di Dungun. Saya sempat mengenali mereka, yang kebanyakkannya berasal daripada Kedah. Mereka tinggal menyewa dikampung saya, mereka-mereka ini adalah daripada kumpulan kongsi gelap Melayu yang beroperasi di Kuala Lumpur. Apa yang dikatakan buang daerah ialah mereka tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan 5 batu persegi. Mereka ini tidak dibenarkan menjejakkan kaki ketanah selepas jam 7 malam. Dan setiap hari Isnin, mereka mestilah melapor diri dibalai polis Dungun. Apa yang menyebabkan kerajaan mengatakan tidak boleh memansuhkan akta ISA kerana sekiranya akta ini dimansuhkan maka hampir separuh penghuni penjara Batu Gajah dan Simpang Renggam terpaksa dibebaskan. Itulah realitinya yang menyebabkan kerajaan tidak dapat memansuhkannya. Kerana ramai penghuni penjara Batu Gajah dan Simpang Renggam adalah tahanan ISA dibawah seksyen LLPK (jikalau saya tidak tersilap), saya boleh mengingatinya kerana mereka menyebut seksyen tersebut sebagai "Lari Lari Polis Kejar". Ayat-ayat itulah yang saya tidak dapat lupa. Dibawah seksyen LLPK anak kepada Akta ISA ini kebanyakkannya adalah daripada kalangan penjenayah dan pengedar dadah yang tiada bukti untuk mendakwa mereka, maka pihak polis akan menggunakan seksyen LLPK. Mereka akan ditahan selama 60 hari untuk menyiapkan kertas siasatan. Mereka akan berpindah-randah dari satu dearah ke satu daerah sebagai melanjutkan tempoh tahanan mereka. Saya pernah tanya mereka kenapa mereka akan berpindah dari satu daerah ke satu daerah. Jawapan yang saya dapat ialah pihak polis tidak tidak boleh meminta tempoh tahanan mereka melebihi 2 minggu. Kerana itulah mereka menyatakan kenapa mereka akan dipindahkan, untuk mencukupi tempoh tahanan selama 60 hari dan selepas itu barulah Menteri Dalam Negeri tandatangan perlu atau pun tidak untuk ditahan selama 2 tahun. Apa yang saya ketahui adalah majoritinya akan ditahan dibawah LLPK selama 2 tahun dan boleh ditambah lagi selama 2 tahun. Selepas dibebaskan mereka akan dibuang daerah selama 1 atau pun 2 tahun. Itulah yang dapat saya coretkan mengikut kata-kata mereka yang pernah saya kenali. Kerana itulah bagi pendapat mereka dan juga saya, kuasa yang paling berpengaruh diMalaysia ialah Menteri Dalam Negeri. Kerana merekalah yang mengawal pihak polis dan akta ISA ini. Tidakkah Malaysia ini adalah negara polis?........ Insyaallah...... kita berjumpa lagi andainya masih ada lagi sisa-sisa hidup.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular