Translate

Ahad, 6 September 2009

Bagaimana PAS Mengajar Penyokongnya Tentang Wa'la............

Saya bukan daripada keluarga penyokong PAS, tetapi sejak saya meminati politik ialah pada tahun 1978. Zaman gerhana buat PAS yang mana, PAS tewas teruk di Kelantan dan hanya tinggal satu kerusi di Parlimen (jika salah tolong sape2 betulkan). Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya jatuh cinta kepada PAS yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Di daearah saya, semua orang memperkatakan tentang Umno yang telah berjaya menawan Kelantan. Saya tidak dapat lupakan bagaimana pagi itu, saya dengan beberapa kawan dalam perjalanan ke sekolah. Tetapi yang menghairankan saya ialah sekolah lenggang, rupa-rupanya kerajaan mengistyiharkan cuti umum keraja berjaya menawan Kelantan. Biasalah , kat rumah tiada TV.

Memang parti PAS betul-betul mengalami gerhana, Umno-Bn menyapu bersih kerusi. PAS betul-betul terpinggir setelah dikhianati oleh Umno dengan politik kotornya. Ditambah lagi dengan gelaran parti tok lebai atau parti orang kampung. Parti yang paling miskin adalah parti PAS kerana setiap kali pilihanraya, penyokong-penyokongnyalah yang mengeluarkan duit poket sendiri.

Tidak seperti Umno yang akan melambakkan duit kepada pengundinya.Siapa undi Dacing akan dapat duit, dapat kain batek dan dapat naik kereta. Zaman itu, kalau dapat sebuah basikal pun dah dikira anak orang kaya. Duit belanja ke sekolah dapat 20 sen, sudah cukup untuk mengalas perut. Itu pun sudah dikata banyak kalau dapat 20 sen.

Zaman yang cukup selesa kerana duit mahal  tetapi barang murah. Beras 40 sen segantang dan rokok yang paling top ialah rokok 555 dan Benson dengan harga 60 sen sekotak(20 batang). Berbeza dengan zaman sekarang ini yang mana nilai duit murah tetapi harga barang melambung-lambung harganya.

PAS terus bangkit walaupun sentiasa kalah didalam pilihanraya. Kelebihan yang ada pada PAS ialah sikap ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya yang tidak pernah mengangkat bendera putih. Seteruk mana pun PAS dikalahkan, semakin kuat semangat ahli dan penyokongnya.

Seandainya perkara tersebut berlaku kepada Umno, pasti dah lama bungkus. Keistimewaan PAS ialah kepada penyokong tidak mengalihkan undi mereka kepada Dacing. Mereka tetap setia bersama parti tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Kesetiaan kepada parti yang ada pada penyokong PAS yang membuatkan PAS terus berdiri dengan megah.

Dan Adun-adun PAS tidak sesekali akan melompat parti melainkan satu  peristiwa pada tahun 1968, yang mana 5 Adun PAS telah dibawa lari ke Kuala Lumpur oleh SB-SB dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS Kelantan. Dan usaha mereka itu telah berjaya 'turn about' 2 Adun PAS berpaling tadah, tetapi gagal menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.

Selepas itu, kirim salam lah kalau nak tarik adun PAS. Ini boleh dilihat di Kelantan yang mana PAS hanya mempunyai majoriti satu kerusi sahaja. PAS tetap dapat mempertahankannya sampai ke pilihanraya umum.. Jika Umno berada didalam keadaan PAS, saya pasti Umno-Bn akan tumbang.

Kerana itulah sikap para pemimpin, ahli dan penyokong PAS jarang berpaling tadah, jika berlaku pun pemimpin tersebut hanya dapat membawa dirinya sahaja keluar daripada PAS. Seperti mana yang berlaku di zaman Datuk Asri dahulu. Dan setiap kali pengundian, undi PAS tidak pernah jatuh daripada sebelumnya walau pun kalah.

PAS tidak menjanjikan kekayaan dan pangkat kepada ahlinya, sebagaimana Umno. PAS mengajar ahli dan penyokongnya berdiri diatas kaki sendiri. PAS sebuah parti yang mempunyai semangat setiakawan yang kuat. PAS tidak pernah mengkhianati kawannya, tetapi PAS sentiasa dikhianati oleh kawan selepas mereka mempunyai kekuatan.

Walau pun Didalam Pakatan Rakyat, PAS yang paling sedikit MP di Parlimen tetapi jangan memperkecilkan kekuatan yang dimiliki oleh PAS. PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang pasti diakui oleh lawan dan kawan. Sekiranya PAS tiada kekuatan, kenapa Umno bersungguh-sungguh cuba memancing PAS.

Andainya PAS sebuah parti yang mementingkan diri, sudah lama PAS bersama dengan Umno yang sekarang ini membuka seluas-luasnya pintu mereka untuk PAS. Kerana asas perjuangan PAS yang bertunjangkan Islamlah yang membuatkan PAS bertambah kuat.

Penyokong PAS telah diasuh sebegitu rupa yang membuatkan Umno cukup-cukup cemburu apa yang PAS miliki. Bermacam-macam cara Umno lakukan terhadap PAS untuk melemahkannya, semuanya gagal. Semakin kuat tekanan yang Umno berikan, semakin mantap kekuatan PAS. Dan tidak mustahil PAS akan menjadi parti yang akan mencorakkan lanskap politik Malaysia.

Dan parti Keadilan patut melakukan pembersihan keatas calon-calon mereka pada PRU 13 nanti. Apa yang berlaku kepada parti Keadilan sekarang ini , ada kebaikkannya kerana ianya boleh dianggap satu pengajaran.Jika ingin menjadi sebuah parti yang kukuh, mesti ada kesilapan. Kerana kesilapanlah yang mengajar kita menjadi lebih matang dan berhati-hati.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular