Translate

Isnin, 7 September 2009

Siapa Yang Patut Cerminkan Diri.........

Kenyataan Menteri Besar Mahkamah, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir,"Siapa sebenarnya yang tidak menghormati dan mengamalkan demokrasi. Pakatan Rakyat yang mengamalkan demokrasi tidak sihat, seolah-olah seronak bertempur di jalanan serta siri tangkapan dianggap satu kepuasan".

Lihatlah betapa sombong dan angkuhnya kenyataan daripada orang yang mengakui intelek, tetapi pemikiran sama tarah dengan budak tahun 5. Beliau dengan sombong menuduh PAS sebuah parti yang gila kuasa dan tidak menghormati demokrasi ala Malaysia.

Sedarkah beliau betapa ceteknya pemikiran seorang yang bergelar Doktor Falsafah yang selayaknya di gelarkan dengan 'Doktor Falsampah'. Siapa sebenarnya yang patut mencerminkan diri mereka sendiri apabila menuduh PAS tidak demokrasi, gila kuasa dan tidak menghormati undang-undang.

Jika PAS tidak menghormati demokrasi, sudah lama PAS memilih jalan lain dalam perjuangannya. Bagaimana Adun PAS di Kelantan dibunuh, pemimpin dan penyokong PAS dibunuh dalam peristiwa Lubuk Merbau dan Memali.

Apakah tindakkan PAS lebih agresif selepas pembunuhan pendokongnya dengan membalas dendam terhadap ahli-ahli Umno, walau pun PAS boleh melakukannya. PAS sebuah parti yang cukup menghormati demokrasi. Apakah Umno betul-betul mendokong demokrasi?.

Apakah dinamakan demokrasi dengan memperkudakan pihak berkuasa?. Apakah dinamakan demokrasi dengan menghina DUN Perak?. Apakah dinamakan demokrasi dengan mengusung keluar Speaker?. Apakah dinamakan demokrasi dengan merampas kerajaan Perak secara haram?.

Sememang dasar Umno spesis tidak tahu malu, jenis yang tidak boleh menerima kekalahan secara demokrasi. Bagaimana sikap sebenar Umno apabila mereka kalah di Kelantan ketangan PAS, mereka mempertikaikan yang PAS tidak mampu mentadbir negeri Kelantan.

Apabila PAS ingin membina jambatan Sultan Muhammad, bagaimana ketua kaum wanitanya bersumpah akan berlari dalam keadaan telanjang bulat diatas jambatan tersebut. Takdir Allah s.w.t. tidak boleh dilawan, kerajaan PAS Kelantan berjaya menyiapkan jambatan tersebut walau bermacam-macam sekatan digunakan oleh Umno untuk mengagalkannya.

Apabila siap jambatan tersebut, kelibat ketua kaum wanita Kelantan hilang entah kemana. Inilah sikap Umno, sebagaimana pada pilihanraya umum pada tahun 1990. Seorang ketua bahagian Umno yang tidak perlu sebut namanya telah bersumpah sekiranya PAS dapat menawan Kelantan, beliau akan bersunat sekali lagi.

Keangkuhannya Allah s.w.t., bayar secara tunai, PAS hanya kalah 2 kerusi sahaja yang bermakna Umno hanya tinggal batu nesan sahaja. Kelibat ketua Umno bahagian hilang tanpa berita. Lihatlah betapa sombong dan angkuhnya pemimpin Umno yang menolak takdir Allah s.w.t. yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana.

Jika PAS sebuah parti yang gila kuasa, sudah lama PAS menerima cadangan Umno Selangor dan Perak yang akan melantik pemimpin PAS menjadi Menteri Besar sekiranya PAS bergabung dengan Umno. PAS adalah parti yang mempunyai harga diri.

Tidak seperti Umno yang tidak berpijak dibumi yang nyata, yang tidak sanggup menerima kekalahan seperti mana yang berlaku di negeri Perak. Bagaimana Mantan Menteri Besarnya, dua tiga minggu bertapa kat kediaman rasmi MB Perak............... sedih............. kerana kalah............... tidak terkata kerana terlalu sebak.

Ukurlah diri sendiri sebelum menuduh PAS dan Pakatan Rakyat gilakan kuasa. PAS dan PR boleh menerima segala kekalahan, tetapi apakah Umno sanggup menerimanya? PAS dan PR tidak mempertikaikannya sekiranya pertukaran kerajaan dilakukan secara bermaruah.

PAS sudah berpuluh-puluh tahun menjadi pembangkang, penyokongnya di tekan dengan berbagai cara kezaliman. Apakah Umno boleh menerima segala tekanan yang PAS hadapi sejak merdeka?

Jika perjuangan pun berasaskan perkauman, maka generasi yang lahir pun perangainya lebih teruk lagi, seperti kejadian mengarak kepala lembu dan kekecuhan yang berlaku semasa perbincangan tentang mengalihkan kuil Hindu.

Itulah generasi yang telah diasuh oleh Umno, seperti orang yang tidak bertamadum............. memang amat memalukan............ kerana yang membuat kecoh adalah bangsa Melayu yang mengaku Islam............ tetapi Islam sendiri pun mereka tidak memahaminya.......... Tahniah Umno........... di atas segala peninggalanmu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular