Translate

Khamis, 1 Oktober 2009

Bagan Pinang : Peguam Negara Memulakan Kempen Untuk BN...


Belum penamaan calon bermula, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail memulakan kempen dengan menghadap seorang anggota polis, Navindran a/l Vivekanandan kemuka pengadilan diatas kematian tahanan polis, A. Kugan.

Anggota polis tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari A Kugan.

Beliau juga menghadapi tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 Kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari A kugan.

Kenapa dakwaan dilakukan diwaktu hampirnya pilihan raya kecil Bagan Pinang memandangkan kaum India mewakili 20 % pengundi di Dun tersebut.

Walau apa pun alasan yang diberikan, umum mengetahui yang Barisan Nasional cuba mengambil hati kaum India dengan pendakwaan yang dirancangkan itu.

Memang kita mencari keadilan buat A Kugan agar penyebab kematiannya didakwa di Mahkamah. Tetapi apakah dakwaan yang dilakukan itu tiada kepentingan politik Barisan Nasional.

Umno sekarang ini benar-benar tersempit dengan bermacam-macam  isu yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat untuk dijawab oleh Umno.

Setelah terpalit dengan isu mengarak kepala lembu di Shah Alam tempoh hari, sekarang mereka cuba mengambil hati kaum India.

Umno memandang, MIC bukan parti yang terbaik untuk menarik kembali sokongan kaum India untuk mengundi BN disebabkan haruman yang ada pada MIC telah bertukar menjadi bau bangkai.

Mereka cuba menunjukkan bahawa kaum India sebenarnya tidak disisihkan dalam mendapat keadilan. Kerana itulah Umno sendiri yang memujuk kaum India dan bukannya MIC.

Walau apa pun yang Umno lakukan untuk kaum India, yang pasti kaum India sudah bijak memilih siapa sebenarnya yang ikhlas membela mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular