Apakah sebenarnya motif satu blog ini yang sentiasa merealisasikan cerita tentang PAS. Saya melihat sejak timbulnya sedikit krisis dalam yang dialami oleh PAS, blog ini tidak putus-putus menulis berita tentang isu tersebut sampai kehari ini.
Blog ini boleh dikatakan daripada PKR, cuba menimbulkan keresahan dikalangan ahli-ahli PAS. Bagi saya, adalah lebih elok beliau menjaga rumah tanggannya sendiri yang sekarang ini sedang bergolak.
Sedangkan apa yang mereka siarkan berita tentang PAS, tidak akan merubah kepercayaan ahli-ahli PAS terhadap pasukan yang dilantik untuk menyiasat dakwaan salahlaku PAS Selangor yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Walau bagaimana teruk pun pergolakkan yang dialami oleh PAS, tidak berlaku sampai tahap keluar parti dan mengistihar diri sebagai calon bebas. Dan tidaklah sampai pimpinan tertinggi keluar parti seperti apa yang berlaku di negeri Sabah. Dan usah difikirkan sangat dengan pucuk pimpinan PAS.
Sepatutnya blog tersebut menjaga partinya sendiri yang telah banyak membawa masaalah kepada Pakatan Rakyat. Kami didalam PAS telah diasuh dan ditarbiah dengan baik oleh pimpinan kami. Ini boleh dilihat bagaimana kerajaan PAS Kelantan dapat bertahan sampai PRU 12 dengan hanya kelebihan satu calon sahaja.
Jika perkara ini berlaku pada PKR, saya pasti dah lama tumbang kerana sikap Umno masih ada pada diri sesetengah pemimpin PKR yang masih mempunyai kepentingan diri lebih daripada kepentingan rakyat. Yang masih cuba mencari kekayaan untuk diri sendiri.
Lihatlah peristiwa yang berlaku di negeri Perak sehingga amanah rakyat diketepikan semata-mata kerana RM 2-3 juta yang dijanjikan oleh Umno. Mereka sanggup mengadai harga diri dengan membiarkan diri diperbodohkan oleh Umno.
Isu yang cuba dimainkan ialah masih ada pemimpin PAS yang inginkan kerajaan perpaduan dengan Umno. Sedangkannya telah ditutup dan tiada lagi runduingan dengan Umno. Orang-orang seperti ini akan berusaha supaya ianya berlaku agar mereka dapat merealisasikan berita mereka. Mungkin bila melihat pemimpin PAS dan Umno minum bersama pun akan dikatakan ada usaha perjumpaan gelap telah berlaku............. ini sikap fobia yang sedang ditunjukkan oleh mereka.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
IMEJ yang diambil dari video Express TV menunjukkan mayat Osama Laden terbunuh dalam satu serangan yang diketuai tentera Amerika Syarikat...
-
Definisi - Tenaga Ritual : “ Daya yang terhasil kesan daripada perbuatan-perbuatan sengaja atau tidak sengaja yang bersifat ritualistik yang...
-
Apabila kita memperkatakan tentang kehilangan enjin jet pejuang............. berbuih-buih sampai kering air liur.......... baik pihak pemba...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
Berikut pula adalah prosedur dan bacaan dalam melengkapkan ritual syaitan yang diambil dari sumber yang sama, hanya sekadar maklumat: 1. H...
-
Khairil Abdul Rahim. Apabila Tan Sri Isa Samad bertegas beliau tidak akan sekali-kali meminta maaf kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan S...
-
Pernah tak kita pada dari era 50'an sehingga sehingga kini kita terfikir bukan sahaja bangsa Melayu/Islam mengibar bendera PAS, mal...
-
Apabila Ku Li menerima jawatan sebagai pengarah pilihan raya Dun Galas, senario telah mula berubah. Ini bermakna Ku Li telah memilih jala...
1 ulasan:
Salam....leh tahu tak apa add blog tu?
Catat Ulasan