Translate

Selasa, 15 Disember 2009

Awang Selamat Meniupkan Isu Perkauman.....

MENGAPA konsep ketuanan Melayu yang tidak dilaung-laungkan oleh masyarakat Melayu kebelakangan ini, dijadikan isu oleh DAP?

Apakah ia sebagai satu lagi strategi untuk menutup banyak kepincangan pembangkang dan menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, yang Awang lebih condong percaya begitu.

Semua tahu bahawa DAP amat memerlukan Anwar bagi memecahkan struktur Melayu yang menjadi pasak negara ini.

Selepas turut menyerang Biro Tata Negara (BTN), parti itu mencetuskan sekali lagi isu ketuanan Melayu. Hujahnya tetap sama kononnya ketuanan Melayu tidak adil dan menjadikan kaum lain sebagai hamba. Malah Naib Pengerusi DAP, M.Kulasegaran menyatakan dia akan terus membangkitkan isu itu sampai bila-bila dan tidak takut dengan sesiapa pun.(Utusan Malaysia)

Ulasan Musafirlalu............

Awang Selamat mula meniupkan api perkauman apabila beliau mengungkitkan tentang isu ketuanan Melayu. Umno yang sememangnya terlalu kuat dengan perkauman Melayunya yang mana ianya tidak dinafikan oleh mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir sendiri.

Itulah Umno daripada bermula penubuhannya dahulu sehingga tertubuhnya PAS, apabila alim ulamanya keluar daripada Umno. Mereka membangkitkan ketuanan Melayu untuk mengalihkan pandangan orang Melayu.

Seperti Biro Tata Negara (BTN), semua orang tahu akan modul kepada para peserta krususnya. Walau sebanyak mana alasan yang diberi oleh pihak kerajaan, ianya tetap krusus perkauman dan memburuk-burukkan pihak pembangkang.

Oleh itu jika bangsa Melayu ingin bersatu kerana ketuanan Melayu, jalan keluarnya ialah dengan keluar daripada Umno dan menyertai PAS secara beramai-ramai. Umno bukan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, tetapi memperjuangkan kepentingan mereka, ahli keluarga mereka dan kroni-kroni mereka sahaja.

Hanya PAS sahaja yang dapat mempertahankan bangsa Melayu daripada dihina dan dipermain-mainkan oleh parti perkauman Melayu Umno. Jika PAS kuat, maka bangsa Melayu akan terus terbela. Termasuk juga dengan bangsa-bangsa lain yang berada di Malaysia ini, yang mana nasib mereka akan terus dibela.

Sudah berpuluh-puluh tahun bangsa Melayu telah ditipu oleh pemimpin Umno. Kita boleh melihat sekarang ini bagaimana anak-anak orang melayu telah dipesongkan akan nilai-nilai keIslaman mereka. Bagaimana cara mereka berpakaian, bercakap, bergaul tanpa memikirkan akan akibatnya dari sudut Islam.

Itulah matlamat sebenar Umno untuk melalaikan orang Melayu agar mereka terus berkuasa. Remaja Melayu terus dihidangkan bermacam bentuk hiburan tanpa batas agar mereka terus jauh daripada Islam. Bagi mereka selagi jauh Islam dipinggirkan dari pemikiran orang Melayu, selagi itulah mereka akan terus berkuasa.

Kita boleh melihat contohnya, bagaimana Ayah Pin yang memimpin ajaran sesat 'Kerajaan Dilangit' dibiarkan bebas di Terengganu tanpa apa-apa tindakkan. Ini kerana mereka takut untuk menghukum Ayah Pin kerana hukum Islam berlandaskan Islam telah dipinda 'Hukum Hudud' semasa PAS memerintah Terengganu.

Jika Ayah Pin ditangkap, maka beliau akan dihukum mengikut hukum syariah yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu. Kerana itulah kerajaan Umno/BN Terengganu takut untuk mendakwa pemimpin ajaran sesat tersebut. Mereka takut rakyat akan mengetahui akan keadilan hukum syariah, maka Umno tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

Apabila rakyat mengetahuinya, Umno pasti akan berada didalam bahaya. Lihatlah bagaimana kes sebat Kartika yang mana sampai hari ini tidak dilaksanakan. Jika dulu kerajaan memberi alasan kerana menghormati bulan Ramadhan dan hukuman tersebuat akan dilaksanakan selepas Ramadhan.

Ini sudah melangkaui Aidul Adha, masih lagi belum terlaksana biar pun tuan punya tubuh merelakan hukuman sebat tersebut. Mereka masih lagi berdolak dalik agar ianya tidak berlaku. Lihatlah bagaimana takutnya Umno terhadap hukuman syariah kerana jika ianya terlaksana maka ianya akan mengugat pegangan 'Assobiah' mereka. Itulah Umno yang mengaku sebagai parti Islam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

auta je lebih kamu ni yeop.. PAS bela Melay?? hampas adela..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular